klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Saturday, December 31, 2016

BERALIH TAHUN



ASSALAM...
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bersama semua sahabat disini...

beralih tahun...
bermakna beralihlah umur kita semua...
semakin hari,semakin pantas masa berlalu...
terkadang mata ini bagai tidak percaya melihat anak-anak kecil yang sedang membesar...
bagai baru semalam aku menukar lampin darwisy,
bagai baru semalam aku mandikan danish,
bagai baru semalam aku buaikan daffa supaya terlena dalam lelahnya merangkak di pentas ini...
kini aku dan isteri sedang membilang hari...
untuk menyambut seorang lagi anak kurniaan ILLAHI...
dalam kegembiraan kami...
aku terkenang pada yang telah pergi...
sungguh wajah ini mampu aku tutup dengan senyuman,
suara hati ini mampu ku selindungkan disebalik gelak dan tawa...
hakikatnya...
aku menangung lara rindu yang tidak bertepi...
rindu aku pada insan-insan yang telah pergi meningalkan aku di dunia sementara ini...
di dunia yang segalanya kini bagai mainan palsu mereka yang sentiasa menukar topeng-topeng kehidupan...

Tahun 20016 merupakan tahun yang mencabar buat aku...
awal tahun 2016 aku mengambil keputusan untuk menceburi bidang printing baju...
dari mana datang idea???
secara TIBA-TIBA...
segala maklumat dan teknik aku cuma belajar dari youtube pada asalnya...
hinggalah aku terjumpa seorang hamba ALLAH...
dia sudi ajar aku sedikit sebanyak tentang printing...
untuk BOSS Hery...terimas bos...mohon halal segala ilmu...dan tak lupa sahabat-sahabat printing yang lain kerana sudi berkongsi serba sedikit teknik dan cara....

2 minggu sebelum puasa anak yang sulong masuk hospital...
dekat 2 minggu juga kena tahan dalam wad...
2 minggu selepas tu masuk lagi sebab denggi...
2 hari lepas tu adiknya pula masuk hospital yang sama sebab sawan...
kami suami isteri kena jaga dua-dua anak dalam wad...
danish...
kak nora jaga...

lepas 2 minggu baru boleh keluar...
hari yang sama balik bilut...
malamnya...
adik ipar pula kemalangan di pasir puteh...
bergegas balik kesana...
adik parah...
paginya masuk icu...
kena berjaga di icu...
doa dan pengharapan sepenuhnya pada ALLAH...

raya tahun ni kami di hospital...
alhamdulillah...
masih diberi peluang...


sep/2016...
aku jatuh sakit...
sekali lagi anak kena sawan...

okt/2016...
dapat berita dari kawan...
adik kandung aku kemalangan...
dan meninggal ditempat kejadian...
hati...
bagai tiada...
kudrat...
bagai hilang...
alhamdulillah...
ada penguat...
kini yang tinggal hanya ingatan dan doa untuknya...

dis/2016...
sekali lagi aku sakit...
mulanya hanya sikit,
lama-lama makin melarat sampai tak boleh bangun...
hanya mampu baring di atas katill..
alhamdulliah...
sekali lagi ALLAH buka jalan...
dapat berikhtiar...
kini mampu berjalan...
cuma masih tak mampu melakukan kerja-kerja berat...
doa kan aku...


terkenang aku peristiwa dahulu...dimana aku bersama seorang Hamba ALLAH bersama-sama mengejar cita-cita..aku dan dia sama-sama belajar seni silat dari tanah seberang...dari kami dibangku sekolah,hinggalah masing-masing membawa arah berlainan dalam pencarian kehidupan ini...

semasa itu...kami jadi kawan dan lawan di dalam gelangang...tidak cukup malam latihan,kami berlawan dipingir sungai...aku selalu berkasar dengan dia...ada kalanya sampai mengalir darahnya...dia tidak kurang hebatnya...aku banyak mengambil kesempatan dalam perlawanan...telah ditakdirkan...dia tak mampu untuk mengambil yang ''batin''...dia benar-benar hanya sekadar mengunakan akal,fizikal dan kemampuan helahnya...

tidak sampai disitu...dia sertai pula satu lagi pertubuhan silat...dia benar-benar mengejar cita-citanya...pada masa ini aku telah mula beralih didalam aliran perubatan...dia pernah ditawar untuk menjadi wakil ke sukma...namun ditolaknya kerana mahu bersama aku ke kelantan...

kini dia tiada lagi...
ALLAH lebih sayangkan dia...
sungguh hati ini perlukan masa untuk merejam rindu ini yang sentiasa ada untuk dia...
AL FATIHAH BUATMU ADIK...
MUHAMMAD HAFIZI BIN DISA.

Hujan malam menambah resah
Hati sepi sejak kau tiada
Semakin hari semakin rindu
Biarpun badan terpisah jauh

Bagai patah tak tumbuh lagi
Bagai hilang tidak berganti
Bagai terbawa separuh diri
Bersama pergimu yang tak kembali

Bukanlah gurauan
Bukan sekadar mainan perasaan

Apa yang tersurat
Itu yang tersirat namun ku rela

Dalam doaku kusebut namamu
Tenanglah dikau sayangku

Aku bagai musafir lalu
Menyusulmu sudahlah tentu
Disana kasih kekal abadi
Suci dan kudus janji Ilahi

Dalam doaku kusebut namamu
Tenanglah dikau sayangku


cukup dulu setakat ini,
panjang umur kita bersua kembali...

rejam...



No comments:

Post a Comment