klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Wednesday, November 24, 2021

MISTIK (KETERLALUAN)EPS 5 HATI YANG LARA

 


ASSALAM...
alhamdulillah dapat kembali sambung cerita mistik keterlaluan...


sebelah malamnya aku dibenarkan pulang...
melangkah sahaja kaki kedalam rumah,perasaan tadi kembali hadir...
amat sukar untuk aku bernafas...
aku jadi tidak keruan...segala yang aku belajar luput dalam ingatan...
YA ALLAH dugaan apakah ini...


Hari demi hari kesihatan aku kian merosot...
sukar untuk bernafas dan bergerak...
aku hilang punca...segala yang aku pernah belajar bagai hilang ditelan gelombang bisa tanpa arah...

Aku tumbang kembali...
keadaan semakin teruk...aku mula hilang arah...tak tahu apa puncanya...aku dah mula tak boleh duduk dalam rumah...setiap kali masuk rumah,kepala mula kusut,berat dan tak boleh bernafas...

aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung...

di kampung,aku mula berikhtiar...pelbagai cara dan kaedah..
namun segalanya sia-sia..tiada perubahan...

tiba saatnya aku balik ke kampung halaman isteri...sampai sahaja ke pintu masuk rumahnya dikampung,aku kembali diserang...

ALLAH,ALLAH,ALLAH...

sudah tibakah masa aku kembali?

di kampung halaman isteri,kami tetap berikhtiar...

aku dibawa ke rumah ustaz dan bomoh dikawasan ini...

2-3 orang bomoh sepertinya kenal aku...

kerana apa?

sesampai sahaja aku dihalaman rumah mereka,ada yang mengangkat tangan memohon maaf,ada juga yang lari tak mahu berjumpa...

salah seorang dari mereka jemput aku naik kerumahnya...

di dalam rumah dia serahkan buku pada aku...
dia minta aku buka buku tersebut...
ASTAQFIRULLAH...

yang ada dalam buku tersebut adalah nama aku berbintikan ibu aku,gambar aku juga ada dalam buku tersebut...

''nak,ayah tak kenal kamu,apa yang ayah tahu mereka kata kamu ni jahat...''

''pak cik,pak cik ni di gelar ustaz...inikah makam dan darjat seorang ustaz?aniaya manusia yang lainnya?

dia terkedu...tak mampu menjawab persoalan aku tadi...

''begini lah pak cik...saya halalkan setiap apa yang pak cik buat,dengan syarat...bertaubatlah''

menitis air matanya...

SUNGGUH SEGALANYA MILIK ALLAH,KITA SEBAGAI MAKHLUK HANYA SEKADAR MERANCANG,ALLAH JUALAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA

selesai di kampung halaman isteri,aku pulang ke rumah ibu ku...

tidak sampai 3 hari aku dirumah ibuku,aku lumpuh,separuh badan sakit yang teramat sangat,hinggakan selisih kain pelikat yang aku pakai,bila bergeser dengan kulit,terasa seperti terbakar...hanggat,panas,perit dan sakit...

YA ALLAH...AKU SERAHKAN DIRIKU PADA MU YA ALLAH...

seminggu aku di kampung,dah mula ada sahabat-sahabat yang hadir melawat...
ada yang sekadar melawat,ada yang hadir berikhtiar...

salah seorang nya biarlah aku gelar ''rahim''

dia cuba berikhtiar...katanya kaki aku dipasung...
memang benar,namum kisah ini biarlah aku simpan rapi jadi rahsia didalam hidup aku...
silap aku kerana terlalukan percaya seseorang yang bergelar ''sahabat''

"berbahagialah hati yang tenang"
"andai dapat aku sampaikan,
sudah tentu aku ceritakan,
namun apakan daya,
bayang kan terus membayang"

Kemudian hadir pula salah seorang sahabat aku,biarlah aku gelarnya ''rahmat''...
dia juag tolong berikhtiar...urut segala urat saraf...

6bulan aku tak mampu berjalan...

satu hari seorang hamba ALLAH menghubungi aku,katanya..
''kau tengok bawah rak kasut dekat rumah kau,ingat tarik dengan penyapu,jangan dengan tangan...''

aku segera menghubungi isteri aku di puchong,aku ceritakan segalanya...
dengan segera isteri aku laksanakan apa yang disuruh...

memang benar..dibawah rak kasut,ada sekeping kulit...
ya...KULIT BABI...

ALLAHHU...sampai sebegini rupa balasan yang diberikan...

panca...
terpancar dikala perlu,
hilang dikala gembira,
dicari kala kelu,
hilang kata semanis nira...
lupa...
andika hilang dalam bertapa,
walau manikam bersinar mata,
alpa hadir bersama hampa,
dirayu pujuk hilang permata,
luput...
bagai garuda melebar sayap,
merentas buana membelah awan,
hilang segala sunyi dan senyap,
kerana palsu kasihnya rawan,
"yang dikata kasih punya selisih,
yang dikata sayang,
hanya pembayang,
selagi nafsu menghakis diri,
kau kan tetap dihakis duri"
tidak dikejar gelaran catur,
tidak ku mahu segala pangkat,
sepuluh jari ku atur,
kedua tangan aku angkat,
"moga sesal tidak hadir,moga sedar sebelum terlambat"
"terungkai pasak,terputus ikatan"
"kembali asal"
"salam pisah segala kisah"


''ALI KAU BUKAN SAJA ANIAYA AKU,KAU JUGA ANIAYA ANAK-ANAK DAN ISTERI AKU...''

KEPADA ALLAH AKU SERAH SEGALANYA...


Selepas dibuang kulit tersebut,kesihatan aku kembali pulih...
ingatkan dan akal fikiran aku kembali pulih...

saat inilah baru aku tersedar...

Semasa aku sakit,dengan akal yang bercelaru...aku lepaskan Nur...

ALLAH...

dia tidak bersalah...kenapa harus dia yang aku hukum...

saban hari...hati mula gelisah...
rindu pada kedua yang disayangi...
di nyata dan di sana...

keduanya punya waris...
harus apa yang aku perlu laksanakan...
perlukah aku berterus terang pada isteriku?
dapatkah dia menerima perkhabaran ini?

YA ALLAH,BANTULAH AKU...

sayu,pilu,rasa bersalah bersilih ganti...

aku mula berusaha...
pesanan dari nur dahulu aku cuba laksanakan...

gumpalan asap kembali hadir,bergulung dalam lipatan bayang...
melayang tanpa arah...

''DDUUPP''

dapat aku rasakan tanah yang aku pijak,kaki tanpa sebarang alas...

haruman melur kembali menerpa...
bayangan seseorang yang amat aku kenal,semakin lama semkin hampir...

TIBA-TIBA

bagai petir menyambar,cahaya yang amat terang hadir dihadapan aku...

hilang bersama petir di usir bauan tadi...

kini yang berada dihadapan aku bukan lagi nur,tetapi R$#@ a^&**^%...

''nak,berat benar hukuman yang kau berikan pada puteri aku,pulanglah,selagi tidak diterima ''kedua pihak'' maka jangan lah lagi kau hadir kemari...

dihentakkan kakinya ke tanah...
tercampak aku kebelakang,
aku sedar...
aku kembali,

berat benar hati ini...

sudah tiba masanya aku berterus terang pada isteriku...

''titis hujan ini bagai kata indah cinta,
membisik jiwa rindu pada YANG ESA,
syahdu menusuk qalbu sekian kalinya,
hingga tertunduk duduk agung hatinya...''

astu ku hanya pada NYA...
atma ku hanya untuk NYA...
kerna aku anitnya...
yang kan pergi lembayung malamnya...
nabastala ku nestapa...
redum repui rimpuh sarang ku...
kian lenyap dalam bersapa...
kian hilang dihujung kuku...
sadrah ku pada YANG ESA...
sendu ku hanya pada YANG MAHA PENERIMA...
jiwa tenat makin temaram kuasa...
moga yang masygul hilang di lima...
pulang..
kembali..
hilang..
tidak berganti..

dalam kecelaruan...aku cuba berhubung dengan sahabatku rosli...
bertanya pendapat dan perkhabaran...

''macam mana aku nak selesaikan semua ni rosli?''

''ahmad...kau tahu cerita tentang layang-layang?''

''aku tak tahu rosli...aku celaru''

''nak aku ceritakan?''

''sila rosli,mungkin dengan cara ini aku peroleh jawapan''

''kisah si layang-layang...
ya
layang-layang terbang tinggi...
kerana apa?
kerana angin dan jurumudi yang mahir...
terkadang layang-layang lupa asalnya...
kerana terasa gah mampu terbang tinggi...
lupakah kau layang-layang kepada angin???
lupakah kau layang-layang kepada tali???
lupakah kau layang-layang kepada kemudi???
wahai layang-layang...
kau hanya sebagai nama...
tubuh mu dibalut kertas...
tulangmu dari rautan buluh...
ekor pengimbangmu dari caritan kertas...
ekor belakangmu juga dari caritan kertas....
pandu arahmu tali pengikat...
yang memandumu si pengemudi...
yang naikkan mu itu angin bertiup...
sekarang kamu nampak wahai si layang-layang???
kamu sekadar nama,
kerana tubuhmu punya nama,
tulangmu punya nama,
kamu sekadar meminjam nama diatas nama...
tanpa tali arahmu tiada,
tanpa tali kau hilang punca,
tanpa tali kau tidak bermakna....
bila kau sedar...
inilah ghaib didalam wujud,
wujud dari yang nama ghaib...
mati sebelum masa...
hidup saat kau rasa mati...
fakir...''

aku terkedu...
sunyi,sepi bagai berada di dimensi yang asing...

ALLAH....betapa alpanya aku...

''kau dah merdeka ahmad?''

''aku?''

kelu kembali membungkam lidah yang selama ini lancar kerna tiada bertulang...

''ahmad,merdeka ini luas penggertiannya''

''MERDEKA KAH AKU?
merdeka kan aku...
agar aku dapat bersama...
dalam setiap liku rentak buana...
yang semakin luput dimamah usia...
merdeka kan aku...
agar dapat melihat...
setiap geri tari mereka...
agar dapat sentiasa bersedia...
dipersada mainan terpana puaka dunia...
merdeka kan aku...
agar setiap gerak dapat dilihat,didengar,dirasa...
agar aku merdeka....
disebalik kesenangan dunia...
tersirat jeriji besi...
yang memerangkap,
menarik dan membenam bersama asyik...
MERDEKA KAH AKU?''

rosli kembali bermadah...

''kau narapidana didalam diri sendiri''

''merdekakan diri kau ahmad''

hati aku mula tenang...
YA ALLAH,SUNGGUH TARBIAHMU DARI SEGALA MAKHLUK HAMBAMU...

Semangat kembali hadir...
aku sedar,penyerahan perlu dibuat sebulat-bulatnya...

''rosli,boleh aku guna surau kamu,ada urusan yang perlu aku selesaikan...''

''sila lah ahmad,kalau kau berdaya,angkat bawa balik sekali...hahaha''

garau tawa rosli memerli aku...

yang wajib diselesaikan...
hajat pula disampaikan...
moga segala urusan dipermudahkan...

selesai solat hajat...
aku mula mencari jalan...
untuk berhubung dengan yang terselindung...

Bismillah...
Assalammualaikum ibukan bumi,
salam ku beri kepada...........

zikir dialun selepas bacaan...

dalam alunan,aku mula beralun...

kian hilang rasa tubuh...
bagai diapungan...

kian jelas limbungan alam...
tinggi mengapai awan,rimbun menutup bumi...

bauan harum kian semerbak...

HADIR...

''assalammualaikum wbt''

''waalaikummussalam wbt''

yang hadir ini bukan nur,bukan juga ayahnya...
hanya saudara sealirannya...

''bagaimanakah khabar cerita duka aku?''
aku mula bersoal jawap

''wahai ci $%#^ *&^%$ khabar duka itu tidak asing dalam kehidupan,yang terasing dari kita adalah jalan selesainya,berdoalah kau pada ALLAH,moga segalanya dipermudahkan,
hanya kiriman ini disampaikan dari pada kamu''

''jika tangan mengapai tidak bersahut,
usah bersedih hati yang luka,
kerna yakin kasih disambut,
kepada ALLAH hati dibuka
wahai sahabat,
cinta 
kasih
sayang
punya makna dan erti disetiap bait kata
kalam mungkin berbeza dek rakus jiwa punah hadap nafsu tanpa bicara
balik dan kembali lah...
hanya kepada yang
MAHA PENYAYANG
MAHA PENGASIH
MAHA SEGALANYA
SAHABAT...
sedar dan pulanglah...
moga luka duka sembuh dalam setiap isi butir bicara zikirmu...
aku
kami
sentiasa disini
menunggu khabarmu....''

bersambung....