klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Sunday, December 22, 2019

KEMANISAN MISTIK TERAKHIR 2019

assalam buat semua sahabat...
alhamdulillah...
ada sedikit masa untuk berkongsi sedikit coretan berkenaan program kemanisan mistik terakhir 2019...

alhamdulillah...
pada 13-14 hingga 15 hb 12 2019 tempoh hari telah berlansung program yang sememangnya menjadi aktiviti setiap tahun hikmah wali resources...

jumaat
sepatutnya saya bergerak ke bilut pada awal pagi...tetapi disebabkan masalah kesihatan...terpaksa juga bergerak lewat...

sesampai di tapak program yakni di km18 dari arah bentong-raub,kami pun mulakan persediaan ala kadar untuk program...

tengah siap-siap,sampai perkhabaran tentang "syarat" yang terbuka...

terpaksa call sahabat2 yang lain supaya segera sampai ke tapak program...

sampai je sahabat-sahabat,"usaha" terus perlu di jalankan...

"buka tapak"
setelah semuanya telah bersedia,
buka tapak perlu dijalankan...

semasa proses buka tapak,hadir makhluk yang tidak diundang...
sebelum program ni dijalankan sememangnya amalan 3minggu telah dijalankan,dan selama hampir 2 minggu saya di gangu makhluk yang sama...

berekor ular,berbadan manusia...
selama tempoh 2minggu sebelum buka tapak saya selalu di gangu,tidur tak lena dibuatnya...

akhirnya semasa buka tapak,"dia" datang menyapa...

rupa-rupanya dialah yang bakal hadir membawa hajat penerima...

setelah tercapai hajat si pembawa...

pintu terbuka...

pertamanya untuk penerima warisan yang dipinta...

untuk warisan Alhamdulillah...
tiada gerak daya bencana...segalanya berjalan dengan lancar...dapatlah si pemberi nama merasai bagaimana yang dikatakan pertembungan 2 masa...


hingga lah pada pintu hajat tidak bernama...

kudrat semasa ini telah makin berkurangan...
tenaga telah semakin luput dek lelah yang panjang...

semua bilah tak mampu dinaikkan...

Alhamdulillah...
kanda lan hadir untuk membantu...

setelah selesai bahagian bilah...
tanah terasa bagai gempita mengegar telapak kaki yang bertelanjang...

halus salju hadir tanpa dipinta...

pintu kedua terbuka...

cuma hati ini merasa curiga...
kerana terasa lain benar kehadiranya...

usaha membelah tanah dilaksanakan...
telapak tangan dipasak kedalam tanah...

masuk sehingga pergelangan tangan,sejuk,salju,wangi tiba-tiba menerpa...

semakin jelas dan semakin nyata...

"keras"

itu yang pertamanya dapat dirasa...seperti ketulan ais yang keras wujud didalam tanah...

usaha masih diteruskan sehingga muncullah satu bekas tembaga yang harum baunya...

.............................


setelah segalanya siap dilapik...

proses "memutus" segera dilaksanakan...

yang hadir keluar pertamanya dari sibuyung tembaga adalah pakaian si ular...

ya..kulit ular dewasa...besar dan panjang...
cuma tiada bahagian ekor dan kepala nya...


barang-barang lain biarnya hanya sahabat yang hadir menjadi saksi...


selesai hari pertama...

hari kedua hanya fokus pada majlis baiah malakut...

alhamdulillah berjalan lancar...
hanya ada beberapa ujian yang terjadi...

semasa talkin diri dijalankan,hadir makhluk yang sepertinya mahu menguji sahabat-sahabat yang mengambil keilmuan malakut...

masih bersarung kain putih,wajah tidak berupa berwarna hijau yang kusam...

mata tergantung dipipi kanan,lidah terjulur hingga ke dada...

segera lampu dibuka...agar tidak berterusan digangu sahabat kita...


hari ke 3...

selesai sudah penyampaian...
masa akhir menjelma jua...

segala ada di uji bersama...
alhamdulillah meningkat dengan kehendak YANG MAHA ESA...

penyampaian amanat dilaksanakan...
bicara nasihat disampaikan...
moga pedoman menjadi ikatan...
moga persaudaraan kekal ke akhir hayat...

bacaan doa dilaksanakan...
sebak dada melantun kata...
terfikir sejenak memori menjelma...
bilakah lagi kan berkumpul mesra...

tak tertahan dek alis mata...
mengalir juga si air mata...


insyaallah berpisah sementara...
kan bersaudara selamanya...


program ini tiada gahnya...

tiada busana diragakan
tiada pangkat dinamakan...
hanya ikatan menjadi jaminan...
hanya persahabatan jadi sandaran...

mohon ampun dan maaf buat semua sahabat yang terlibat,andai diri ini ada melakukan kesilapan dalam sedar mahupun tidak...

moga dapat lagi kita berkumpul kelak...

benar kata yang terdahulu...

"mahu seribu daya"
"mengelak dengan seribu kata"

salam sayang dari saya...
tok chik rejam fakir