klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Thursday, May 12, 2016

PENGASIH BUAT BONDA

ASSALAM...
bertemu lagi kita diruangan ini...maafkan saya kerana lama tak buat perkongsian disini...saya agak sibuk kebelakangan ini...dikesempatan ini saya nak buat satu perkongsian tentang
 ''PENGASIH BUAT BONDA''

kisah perkongsian kali ni jadi masa saya jumpa kawan ''saya'' baru-baru ni...dan saya dah pun dapat kebenaran untuk kongsikan kisah ini untuk semua...

saya dapat pangilan dari kawan saya dan katanya ingin berjumpa,ada perkara yang nak dibincangkan...

masa dan tempat pun diaturkan...kat mana???kolam pancing....hehehe...

selepas joran dilabuhkan,saya pun mulakan bicara...bertanya tentang perkara yang nak dibincangkan tempoh hari...

dia minta saya buatkan minyak pengasih untuk mak dia...
terkejut juga saya dibuatnya...ingatkan mak dia yang nak minyak tu,rupanya dia nak guna untuk mak dia...pelik saya,biasanya org buat untuk isteri@suami...jadi saya tanya apa yang berlaku sebenarnya...
kawan saya pun mula bercerita...


''aku anak ke 7 dari 8 orang adik beradik...
aku ni jenis tak pandai nak ucap sayang dan rindu pada mak aku,tambahan pula aku ni dah tua,ada anak bini...tapi rejam...LILLAHHITAALA aku sayang mak aku...cuma aku ni macam dipinggirkan...
baru-baru ni aku ada call mak aku,sebab aku rindu kat dia,bila aku call nama adik aku yang mak aku panggil,bukan nama aku...terus terang aku tidak cemburu,cuma aku sedih...kenapa hanya nama adik aku yang bermain dibibir mak aku..''

saya:mungkin sebab dia anak bongsu kot,dia banyak bantu ke,sory bro jangan terasa pulak...

''waallahhuallam...macam-macam mak aku buat untuk adik aku,sampai belikan kereta untuk dia...tapi pada kami adik beradik mak aku cakap abang aku yang sulong bagi adik aku pinjam duit,terus terang bro,aku tahu keluarga aku,aku kenal abang aku...mak aku sangup tipu kami untuk adik aku...kami tak kisah andai berterus terang,cuma janganlah sampai tipu kami adik beradik...''

saya:sabar bro,mungkin mak kau tak nak korang adik beradik terasa hati..kita bersangka baik ye...

''ntah la bro...siap kali aku call nama adik aku je yang selalu mak aku sebut...kadang-kadang sampai tahap naik rimas,dia pun dah berkeluarga...aku pun dah berkeluarga...kadang-kadang rasa macam tak adil...''

saya:jadi sebab kau rasa mak kau tak adil,kau nak buat minyak ni???

''mungkin kot''

saya:macam ni la...adik kau ada call mak kau???

''tak ada..dia sibuk dengan hidup macam orang bujang...''

saya:sabar bro mai sini no dia,aku call dia...

seminggu lepas kami berjumpa kawan aku datang jumpa aku,dengan muka berseri...senyum sampai ketelinga...

''kau buat apa rejam??adik aku dah ok dengan aku,mak aku pun dah ok dengan aku...tapi kecoh satu family aku,adik aku cakap ada orang call kata mak aku dah meninggal...kelam kabut dia call semua adik beradik,kami semua pergi rumah mak aku,sampai sana elok je mak aku tengah sapu sampah..tapi kesan kat adik aku memang ketara,dia macam dapat peluang kedua...''

saya:kadang-kadang bro,nak bagi orang sedar perlu cara lembut,tapi kadang-kadang kena ada cara yang brutal sikit,walau aku kena maki,aku rela,janji kau dengan family kau ok balik...hehehehe...jangan marah ye bro...

pengasih...
kasih itu terkadang bukan dari tidak tanduk,
bukan dari butir bicara...
kasih biar hanya ALLAH SWT yang tahu...

sayang...
sayang itu hadir dari lahirnya...
sayang dia membesarkanya...
sayang dia bawa kesyurga...

mak...
walau apa dugaan melanda..
walau bagai tiada dalam sejarah..
walau hilang bagai tanpa arah...
tetap aku sayang dan rindukan mu...

buka semua masalah boleh diselesaikan dengan cara yang halus...kerana disebalik kasar kan terbit yang halus...

pada sahabat semua...jika masih ada ibu dan ayah...luangkanlah sedikit masa untuk mereka...tak boleh balik kampung,call la..rokok sebungkus boleh beli,top up buat data boleh beli,tak kan nak call mak dan ayah tak cukup dana...

mak kadang-kadang dia sebut sebab rindu...dia tidak akan membahagi kasih...kerana dia adalah MAK..insan yang amat-amat istimewa...


setakat ini dulu perkongsian pada kali ini...
hargai selagi ada...

sama-sama kongsi
sama-sama rasa
eilrejam.blogspot.com
0172935739