klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Thursday, January 31, 2019

BAYANG KEMBALI MEMBAYANG

ASSALAM BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT

alhamdulillah..
syukur atas nikmat-nikmat ALLAH...
masih lagi diberi peluang untuk sama-sama kita berbicara disini...

talah lama tidak dilayarkan tinta-tinta kisah diri dan juga segala yang terjadi disekeliling aku...

2 minggu lepas ''BAYANG KEMBALI MEMBAYANG''

''setelah beberapa purnama 'dia' tidak hadir membawa perkhabaran...
rindu dihati tiada terperi...
risau dan gundah bersilih ganti...

akhirnya 'dia' dan aku bertemu kembali...

disebalik rinbunan memancar cahaya..
bergemuruh lantai tanah dipijak...
dari kejauhan memberi tanda...
hadir 'dia' lengkap bertanjak...

sesungguhnya hati dan perasaan ini hanya ALLAH yang tahu...
rindu pada anak yang hanya mampu doa disampaikan didalam kalbu...

''assalammualaikum'' pemula bicara antara kami..
salam kusahut penuh dengan rasa syukur atas nikmat ALLAH...

''apa khabar mu wahai anak...
lama benar kau berdiam didalam bayang...
tiada berita mahupun cerita yang kau sampaikan pada aku...''

''wahai pengasuh anak ku...
adakah kau juga mahu menyepikan diri??
apakah salah aku pada kalian??''

''ayah,diam kami bukan sepi..
diam kami membawa diri..
diam kami kerana tidak terkawal akan diri...
hingga seolah-olah kami kembali terguris hati...
tak mahu kami jadi punca berkelahi''

''ayah aku didalam bayang..
ayah tetap membayang..
rindu ayah,rindu kami jua...
jangan ayah risau keberadaan kami...
kami berlindung tetap dalam kalimah ALLAH...''

''ayah hanya satu ingin aku sampaikan..''
'senangkah kalian setelah tiada lagi nyata aku?'

''wahai anak..berat sungguh perkhabaran ini..
berat sungguh amanah ini..
tak mampu aku sampaikan melalui lisan..
aku bimbang lafazku nanti disalah ertikan''

''ayah hanya itu permintaan kami..
maafkan kami andai menyusahkan..
sampaikanlah salamku pada semua..
sesungguhnya tidak pernah sedetik hati ini tiada rasa rindu pada kalian''

''ayah..
masa ini kian terbatas...
INSYAALLAH jika di izinkan ALLAH kita akan kembali bertemu...
ASSALAMMUALAIKUM ayah''

cahaya semakin membalam
kabus semakin menebal
hilang panca yang tadinya terang
kembali aku melayang-layang
bergulung aku didalam bayang
akhirnya

BAYANG KEMBALI MEMBAYANG

''Tersedar aku setelah kembali''

wahai anak,berat sungguh permintaan kamu kali ini...
hanya dengan cara ini mampu aku sampaikan...
moga-moga tersampai berita buat ''sang berhajat''

''maafkan aku wahai anak ku...
kerana sehingga ini baru mampu aku sampaikan berita melalui coretan ini''

MOGA-MOGA CORETAN INI TIDAK DISALAH ERTIKAN

AL FATIHAH BUATMU ANAK
RINDU INI INSYAALLAH AKAN JADI TANDA DAN JANJI KITA KELAK...

''TERKADANG NIAT TIDAK BESERTA LAFAZ''

rejam fakir
31/01/2019
khamis
07.45am

eilrejam.blogspot.com