klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Wednesday, February 17, 2016

MAHAR IKHLAS HATI(IBU DUIT)

Assalam...
mahar ikhlas hati...mahar ini khas untuk ibu duit insyaallah...
apa itu ibu duit???
-insyaallah ibu duit ini adalah jalan ikhtiar untuk kerezekian dan pelaris...
-mengunakan kaedah asma' dan rajah lam aliff...
bagaimana cara pengunaan ibu duit???
-insyaallah cuma letak dalam poket-poket kecil didalam beg duit untuk tujuan lapik dalam lapik...
-jika berniaga,letak kertas dalam tempat isi duit hasil niaga,dibawah kertas tadi letak ibu duit yang telah siap di asma'...
pantang larang ibu duit???
-tidak boleh tolak...
**contohnya,andai kata pemahar seorang peniaga nasi lemak,sehari 10 bungkus dapat dijual dan dengan izin Allah,selepas mengunakan ibu duit ini ada tempahan sehingga 30 sehari,jadi macam mana pun kena penuhi kehendak orang yang buat tempahan tadi,selagi tempahan itu dalam bidang jualan pemahar,maknanya,kalau pemahar meniaga nasi lemak,tapi pelangan buat tempahan minyak 2T wangi,untuk kes yang ini tak perlu untuk penuhi kehendak dan tidak melangar pantang tadi,tapi kalau nak penuhi juga,sememangnya anda orang yang suka merebut peluang...tahniah!!!
insyaallah pada malam ini saya akan buat asma' ibu duit,pada pemahar yang berminat untuk dapatkan ibu duit asma khas atas nama,boleh terus whatsap saya dan beri nama binti mak...
untuk ibu duit ini maharnya seikhlas hati pemahar...wang pos laju kena la bagi sebab saya dah cuba mintak abang posmen poskan parcel ikhlas hati,cuma dia cakap "saya tak ikhlas lagi hari ni"
jadi untuk wang pos rm10.00
untuk mahar ibu duit ikhlaskan hati mu itu...
contoh kiraan mahar rm5+wang pos rm10...
baik rasanya dah jelaskan semuanya
whatsap nama binti mak pada saya sebelum pukul 10.00mlm ye...
whatsap saya di 0172935739
"sama-sama kongsi,sama-sama rasa"


Tuesday, February 16, 2016

MAHAR HADIAH KELUARAN KE 48

ASSALAM...
INSYAALLAH DENGAN INI SAYA BUKA MAHAR HADIAH KELUARAN KE 48:

BERMULA MALAM INI 16/02/2016 HINGGA 29/02/2016
PENGHANTARAN AKAN DIBUAT PADA 02/03/2016

SET-SET MAHAR HADIAH

1)11 ITEM-8SET

1-MINYAK HIKMAH WALI
2-MINYAK KASTURI KIJANG 3ML 2 BOTOL
3-MINYAK KASTURI PUTEH 3ML 2 BOTOL
4-MINYAK KASTURI HITAM GRED A1 3ML 2 BOTOL
5-WANGIAN MILLION LADY 1ML
6-WANGIAN BEAUTY SECRET 1ML
7-BUKU KECIL AL MA'THURAT AS SUGHRA
8-KERIS KECIL
9-BATU LABRADORITE 1PCS
10-KEYCHAIN BULU PERINDU
11-POS LAJU

MAHAR HADIAH RM130.00
MAHAR AHLI RM110.00

2)3 ITEM-5SET

1-MINYAK HIKMAH WALI
2-MINYAK KAMBING GURUN ORI
3-POS LAJU

MAHAR HADIAH RM90.00
MAHAR AHLI RM70.00

3)2 ITEM-5 SET
1-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
2-POS LAJU

MAHAR HADIAH RM20.00
MAHAR AHLI RM15.00


4)3 ITEM-1SET

1-KAPAK BINJAI HULU NIBONG 2PCS
2-POS LAJU

MAHAR HADIAH RM120.00
MAHAR AHLI RM90.00


5)2 ITEM-1SET

PERMATA 7 TERAS GABUNGAN
1-PENAWAR ULAR
2-PENAWAR HITAM
3-TERAS PISANG
4-GEMUNGGAL
5-TIKAM BALAK
6-PENUNDUK PUTIH
7-KILO
MAHAR HADIAH RM100.00
MAHAR AHLI RM70.00


6)ITEM BERKHADAM


DURI PARI@SONAK PARI
1-DURI PARI 1PCS
2-MINYAK ZAFFARON JINNAH ORI 1ML
3-POS LAJU

MAHAR RM111.11


ALHAMDULILLAH...INSYAALLAH...KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN...SILA WHATSAP SAYA DI 0172935739....

HIKMAH WALI OFFICIAL
''SAMA-SAMA KONGSI,SAMA-SAMA RASA''


KISAH 16/02



16/02

assalam....


2-3 hari sebelum tiba tarikh 16/2 8tahun lepas...

pelik...ayah selalu nasihat aku...nasihat kawan2 aku...setiap kali kawan2 aku datang rumah@minum2 kat kedai mesti dia datang sembang skali...mcm2 nasihat dia bagi...


12/02

ayah masuk bilik aku...dia bagi top up kat aku rm50...dia suruh aku masukkan dalam henset dia...aku bergurau dgn ayah...''ayah nak call janda mana ni??''ayah cuma balas balik,hang tu henset ja canggih,kredit haram pun tak dak..''kami gelak sama2..

14/02

aku terkejut...tgh2 minum kat kedai ayah datang bawak adik aku fizi...diaorng minum meja lain...jarang ayah bawah adik aku minum tea kat kedai...

dalam masa yang sama aku terasa seperti akan ada kehilangan besar dalam hidup...aku sampaikan pada kawan aku,juli,tapi biasa la bila dah kawan dari kecil mmg kena game...diaorang ckp aku kena wasiatkan harta aku kat diaorg,sbb mgkin aku yg nak mati...


15/02

pagi tu aku bukak bengkel macam biasa,bukan bengkel moto...bengkel lanskap...aku mula buka bengkel lanskap masa umur 14 tahun...mula-mula buka sebelah rumah,kemudian aku dengan ayah buka bengkel kat tepi highway jalan bentong-raub...pagi 15/02 ayah ckp nak tmbah barang kat bengkel...ayah ajak aku ke raub untuk beli stock barang kat bengkel,kami pergi raub dengan arwah pak cik mat...sampai raub,siap beli barang kami naik kereta,nak dijadikan cerita kereta tak boleh hidup,puas aku dengan ayah tolak kereta pak cik mat...last dah penat aku tanya pak cik..''minyak ada ka pak cik??''

arwah pak cik mat ckp ''sat aku cuba tambah minyak''

dia pun tambah minyak dan hehehehe...kereta hidup...kami gelak sama2 sampai nak jamm perut aku....


sampai kedai kami minum sama2,depan pak cik mat ayah masih bagi nasihat kat aku,ayah minta aku teruskan usaha ni...dia dah cakap..''hang tak sesuai kerja dengan orang,hang baran''

aku anggukkan shj...

ptg tu ayah masuk ronda2 ladang sawit,bertahun dia masuk jalan tu,tapi pada 15/02 dia sesat....


petang tu dia bawak mak pergi pasar malam...mcm biasa dia beli rendang limpa...dia suka sgt rendang limpa tu...tiap2 minggu dia beli...dia beli cadar putih,baju putih dgn seluar putih...bila mak tanya kenapa beli warna putih,dia jawab ''aku nak jalan jauh,aku nak p kat zana(kakak aku masa tu ada kat serawak)


8.00malam

dia pangil semua yang berhutang dengan dia dan yang dia berhutang dengan diaorg datang rumah...dia sttlekan hutang2 dia...


10.00mlm

kawan2 aku datang rumah...malam tu kami nak pergi jamming kat kg.asap...

salah sorang kawan aku ni nama dia lan...ayah aku test moto dia...ayah nak beli moto dia...sempat aku bergurau dengan ayah,''kita kongsi duit ayah,nanti kita naik moto sama2,cheq pacak,ayah sagat helmet kat belakang'',ayah cuma gelak....


11.00malam

semua dah berkumpul...kami nak gerak ke studio abg mie...malam tu tak ada penyanyi,aku bergurau lagi dengan ayah,''jom ayah,ayah jadi penyanyi malam ni,kami bawak lagu 60an...''

ayah cuma gelak,dan suruh aku balik awal takut apa2 jadi...


12.00tgh malam

kami tgu giliran...ramai org malam tu...hati aku gelisah...lepas sebatang,sebatang rokok aku cucuh...tiba2 henset aku ada orang call...tgk no ayah,rupanya adik aku yang call...dia suruh balik...dia ckp ayah semput teruk...aku terus gerak balik,sampai kat area kubur cina aku call kawan aku kat bilut,aku suruh iman g rumah aku...

bila sampai rumah aku tgk iman dah ada kat rumah,

ayah...

terbaring kat dapur...sesak nafas...rupanya ayah jatuh dalam bilik air...aku pangku ayah,aku urut dada ayah,ayah makin tak boleh bernafas...

aku pusing badan ayah,aku urut belakang ayah...nampak macam reda sikit,kami angkat ayah letak kat ruang tamu...aku tanya ayah nak g klinik tak,dia cakap nak,dia suruh aku ambil beg duit dia dalam bilik...


abg non pun sampai,kami bawak ayah g klinik,sampai klinik dr. lambat...puas aku bagi salam,tak bangun2...sampai hilang pertimbangan,aku tendang pintu rumah dia...baru dia keluar...masa ni ayah dah sesak nafas balik...


dr. bagi bantuan pada ayah...aku duduk sebelah ayah...ayah macam tak nak bantuan pernafasan tu...dia tolak...ayah macam nak cakap sesuatu kat aku...masa ni,hanya ALLAH yang tahu...hati aku...sedih yang amat sangat...


abg aku yang sulong sampai...abg lan suruh aku keluar dulu...tinggal dia dengan abg non...


tak sampai 10 minit abg non keluar dari unit kecemasan tu...dia panggil aku...dia peluk aku...abg non bisik kat aku...''ayah dah tak ada'''


ALLAH.......


aku jatuh...aku tak sedar...kawan2 aku pangku aku...aku menangis....aku sedih...nasib aku...kawan2 aku kebanyakkan nya dah lalui saat ni...diaorg bagi semangat pada aku...alhamdulillah...aku terima...


memang bagai telah dia tahu...malam tu kami adik bradik semua tak ada kredit dalam henset...aku guna henset ayah untuk call semua adik bradik dan sanak saudara....


16/02

aku hilang seorg ayah....aku hilang seorg guru....aku hilang seorg kawan...aku hilang seorg sahabat....aku hilang tempat mengadu....aku hilang tempat bermanja....


YA ALLAH...kau ampunilah segala dosa ayah ku...kau tempatkanlah ayah bersama orang2 yang beriman...


hingga kini...aku dah jadi seorg ayah...tetap...setiap kali balik bilut...andai aku terlena...bila aku bangun,aku rasa macam ayah masih ada....


aku rindukan ayah....


AL FATIHAH

DISA BIN AHMAD
(gambar ni masa ayah nak hantar aku ke institut skill tech di sunway city perak)