klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Wednesday, November 24, 2021

MISTIK (KETERLALUAN)EPS 5 HATI YANG LARA

 


ASSALAM...
alhamdulillah dapat kembali sambung cerita mistik keterlaluan...


sebelah malamnya aku dibenarkan pulang...
melangkah sahaja kaki kedalam rumah,perasaan tadi kembali hadir...
amat sukar untuk aku bernafas...
aku jadi tidak keruan...segala yang aku belajar luput dalam ingatan...
YA ALLAH dugaan apakah ini...


Hari demi hari kesihatan aku kian merosot...
sukar untuk bernafas dan bergerak...
aku hilang punca...segala yang aku pernah belajar bagai hilang ditelan gelombang bisa tanpa arah...

Aku tumbang kembali...
keadaan semakin teruk...aku mula hilang arah...tak tahu apa puncanya...aku dah mula tak boleh duduk dalam rumah...setiap kali masuk rumah,kepala mula kusut,berat dan tak boleh bernafas...

aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung...

di kampung,aku mula berikhtiar...pelbagai cara dan kaedah..
namun segalanya sia-sia..tiada perubahan...

tiba saatnya aku balik ke kampung halaman isteri...sampai sahaja ke pintu masuk rumahnya dikampung,aku kembali diserang...

ALLAH,ALLAH,ALLAH...

sudah tibakah masa aku kembali?

di kampung halaman isteri,kami tetap berikhtiar...

aku dibawa ke rumah ustaz dan bomoh dikawasan ini...

2-3 orang bomoh sepertinya kenal aku...

kerana apa?

sesampai sahaja aku dihalaman rumah mereka,ada yang mengangkat tangan memohon maaf,ada juga yang lari tak mahu berjumpa...

salah seorang dari mereka jemput aku naik kerumahnya...

di dalam rumah dia serahkan buku pada aku...
dia minta aku buka buku tersebut...
ASTAQFIRULLAH...

yang ada dalam buku tersebut adalah nama aku berbintikan ibu aku,gambar aku juga ada dalam buku tersebut...

''nak,ayah tak kenal kamu,apa yang ayah tahu mereka kata kamu ni jahat...''

''pak cik,pak cik ni di gelar ustaz...inikah makam dan darjat seorang ustaz?aniaya manusia yang lainnya?

dia terkedu...tak mampu menjawab persoalan aku tadi...

''begini lah pak cik...saya halalkan setiap apa yang pak cik buat,dengan syarat...bertaubatlah''

menitis air matanya...

SUNGGUH SEGALANYA MILIK ALLAH,KITA SEBAGAI MAKHLUK HANYA SEKADAR MERANCANG,ALLAH JUALAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA

selesai di kampung halaman isteri,aku pulang ke rumah ibu ku...

tidak sampai 3 hari aku dirumah ibuku,aku lumpuh,separuh badan sakit yang teramat sangat,hinggakan selisih kain pelikat yang aku pakai,bila bergeser dengan kulit,terasa seperti terbakar...hanggat,panas,perit dan sakit...

YA ALLAH...AKU SERAHKAN DIRIKU PADA MU YA ALLAH...

seminggu aku di kampung,dah mula ada sahabat-sahabat yang hadir melawat...
ada yang sekadar melawat,ada yang hadir berikhtiar...

salah seorang nya biarlah aku gelar ''rahim''

dia cuba berikhtiar...katanya kaki aku dipasung...
memang benar,namum kisah ini biarlah aku simpan rapi jadi rahsia didalam hidup aku...
silap aku kerana terlalukan percaya seseorang yang bergelar ''sahabat''

"berbahagialah hati yang tenang"
"andai dapat aku sampaikan,
sudah tentu aku ceritakan,
namun apakan daya,
bayang kan terus membayang"

Kemudian hadir pula salah seorang sahabat aku,biarlah aku gelarnya ''rahmat''...
dia juag tolong berikhtiar...urut segala urat saraf...

6bulan aku tak mampu berjalan...

satu hari seorang hamba ALLAH menghubungi aku,katanya..
''kau tengok bawah rak kasut dekat rumah kau,ingat tarik dengan penyapu,jangan dengan tangan...''

aku segera menghubungi isteri aku di puchong,aku ceritakan segalanya...
dengan segera isteri aku laksanakan apa yang disuruh...

memang benar..dibawah rak kasut,ada sekeping kulit...
ya...KULIT BABI...

ALLAHHU...sampai sebegini rupa balasan yang diberikan...

panca...
terpancar dikala perlu,
hilang dikala gembira,
dicari kala kelu,
hilang kata semanis nira...
lupa...
andika hilang dalam bertapa,
walau manikam bersinar mata,
alpa hadir bersama hampa,
dirayu pujuk hilang permata,
luput...
bagai garuda melebar sayap,
merentas buana membelah awan,
hilang segala sunyi dan senyap,
kerana palsu kasihnya rawan,
"yang dikata kasih punya selisih,
yang dikata sayang,
hanya pembayang,
selagi nafsu menghakis diri,
kau kan tetap dihakis duri"
tidak dikejar gelaran catur,
tidak ku mahu segala pangkat,
sepuluh jari ku atur,
kedua tangan aku angkat,
"moga sesal tidak hadir,moga sedar sebelum terlambat"
"terungkai pasak,terputus ikatan"
"kembali asal"
"salam pisah segala kisah"


''ALI KAU BUKAN SAJA ANIAYA AKU,KAU JUGA ANIAYA ANAK-ANAK DAN ISTERI AKU...''

KEPADA ALLAH AKU SERAH SEGALANYA...


Selepas dibuang kulit tersebut,kesihatan aku kembali pulih...
ingatkan dan akal fikiran aku kembali pulih...

saat inilah baru aku tersedar...

Semasa aku sakit,dengan akal yang bercelaru...aku lepaskan Nur...

ALLAH...

dia tidak bersalah...kenapa harus dia yang aku hukum...

saban hari...hati mula gelisah...
rindu pada kedua yang disayangi...
di nyata dan di sana...

keduanya punya waris...
harus apa yang aku perlu laksanakan...
perlukah aku berterus terang pada isteriku?
dapatkah dia menerima perkhabaran ini?

YA ALLAH,BANTULAH AKU...

sayu,pilu,rasa bersalah bersilih ganti...

aku mula berusaha...
pesanan dari nur dahulu aku cuba laksanakan...

gumpalan asap kembali hadir,bergulung dalam lipatan bayang...
melayang tanpa arah...

''DDUUPP''

dapat aku rasakan tanah yang aku pijak,kaki tanpa sebarang alas...

haruman melur kembali menerpa...
bayangan seseorang yang amat aku kenal,semakin lama semkin hampir...

TIBA-TIBA

bagai petir menyambar,cahaya yang amat terang hadir dihadapan aku...

hilang bersama petir di usir bauan tadi...

kini yang berada dihadapan aku bukan lagi nur,tetapi R$#@ a^&**^%...

''nak,berat benar hukuman yang kau berikan pada puteri aku,pulanglah,selagi tidak diterima ''kedua pihak'' maka jangan lah lagi kau hadir kemari...

dihentakkan kakinya ke tanah...
tercampak aku kebelakang,
aku sedar...
aku kembali,

berat benar hati ini...

sudah tiba masanya aku berterus terang pada isteriku...

''titis hujan ini bagai kata indah cinta,
membisik jiwa rindu pada YANG ESA,
syahdu menusuk qalbu sekian kalinya,
hingga tertunduk duduk agung hatinya...''

astu ku hanya pada NYA...
atma ku hanya untuk NYA...
kerna aku anitnya...
yang kan pergi lembayung malamnya...
nabastala ku nestapa...
redum repui rimpuh sarang ku...
kian lenyap dalam bersapa...
kian hilang dihujung kuku...
sadrah ku pada YANG ESA...
sendu ku hanya pada YANG MAHA PENERIMA...
jiwa tenat makin temaram kuasa...
moga yang masygul hilang di lima...
pulang..
kembali..
hilang..
tidak berganti..

dalam kecelaruan...aku cuba berhubung dengan sahabatku rosli...
bertanya pendapat dan perkhabaran...

''macam mana aku nak selesaikan semua ni rosli?''

''ahmad...kau tahu cerita tentang layang-layang?''

''aku tak tahu rosli...aku celaru''

''nak aku ceritakan?''

''sila rosli,mungkin dengan cara ini aku peroleh jawapan''

''kisah si layang-layang...
ya
layang-layang terbang tinggi...
kerana apa?
kerana angin dan jurumudi yang mahir...
terkadang layang-layang lupa asalnya...
kerana terasa gah mampu terbang tinggi...
lupakah kau layang-layang kepada angin???
lupakah kau layang-layang kepada tali???
lupakah kau layang-layang kepada kemudi???
wahai layang-layang...
kau hanya sebagai nama...
tubuh mu dibalut kertas...
tulangmu dari rautan buluh...
ekor pengimbangmu dari caritan kertas...
ekor belakangmu juga dari caritan kertas....
pandu arahmu tali pengikat...
yang memandumu si pengemudi...
yang naikkan mu itu angin bertiup...
sekarang kamu nampak wahai si layang-layang???
kamu sekadar nama,
kerana tubuhmu punya nama,
tulangmu punya nama,
kamu sekadar meminjam nama diatas nama...
tanpa tali arahmu tiada,
tanpa tali kau hilang punca,
tanpa tali kau tidak bermakna....
bila kau sedar...
inilah ghaib didalam wujud,
wujud dari yang nama ghaib...
mati sebelum masa...
hidup saat kau rasa mati...
fakir...''

aku terkedu...
sunyi,sepi bagai berada di dimensi yang asing...

ALLAH....betapa alpanya aku...

''kau dah merdeka ahmad?''

''aku?''

kelu kembali membungkam lidah yang selama ini lancar kerna tiada bertulang...

''ahmad,merdeka ini luas penggertiannya''

''MERDEKA KAH AKU?
merdeka kan aku...
agar aku dapat bersama...
dalam setiap liku rentak buana...
yang semakin luput dimamah usia...
merdeka kan aku...
agar dapat melihat...
setiap geri tari mereka...
agar dapat sentiasa bersedia...
dipersada mainan terpana puaka dunia...
merdeka kan aku...
agar setiap gerak dapat dilihat,didengar,dirasa...
agar aku merdeka....
disebalik kesenangan dunia...
tersirat jeriji besi...
yang memerangkap,
menarik dan membenam bersama asyik...
MERDEKA KAH AKU?''

rosli kembali bermadah...

''kau narapidana didalam diri sendiri''

''merdekakan diri kau ahmad''

hati aku mula tenang...
YA ALLAH,SUNGGUH TARBIAHMU DARI SEGALA MAKHLUK HAMBAMU...

Semangat kembali hadir...
aku sedar,penyerahan perlu dibuat sebulat-bulatnya...

''rosli,boleh aku guna surau kamu,ada urusan yang perlu aku selesaikan...''

''sila lah ahmad,kalau kau berdaya,angkat bawa balik sekali...hahaha''

garau tawa rosli memerli aku...

yang wajib diselesaikan...
hajat pula disampaikan...
moga segala urusan dipermudahkan...

selesai solat hajat...
aku mula mencari jalan...
untuk berhubung dengan yang terselindung...

Bismillah...
Assalammualaikum ibukan bumi,
salam ku beri kepada...........

zikir dialun selepas bacaan...

dalam alunan,aku mula beralun...

kian hilang rasa tubuh...
bagai diapungan...

kian jelas limbungan alam...
tinggi mengapai awan,rimbun menutup bumi...

bauan harum kian semerbak...

HADIR...

''assalammualaikum wbt''

''waalaikummussalam wbt''

yang hadir ini bukan nur,bukan juga ayahnya...
hanya saudara sealirannya...

''bagaimanakah khabar cerita duka aku?''
aku mula bersoal jawap

''wahai ci $%#^ *&^%$ khabar duka itu tidak asing dalam kehidupan,yang terasing dari kita adalah jalan selesainya,berdoalah kau pada ALLAH,moga segalanya dipermudahkan,
hanya kiriman ini disampaikan dari pada kamu''

''jika tangan mengapai tidak bersahut,
usah bersedih hati yang luka,
kerna yakin kasih disambut,
kepada ALLAH hati dibuka
wahai sahabat,
cinta 
kasih
sayang
punya makna dan erti disetiap bait kata
kalam mungkin berbeza dek rakus jiwa punah hadap nafsu tanpa bicara
balik dan kembali lah...
hanya kepada yang
MAHA PENYAYANG
MAHA PENGASIH
MAHA SEGALANYA
SAHABAT...
sedar dan pulanglah...
moga luka duka sembuh dalam setiap isi butir bicara zikirmu...
aku
kami
sentiasa disini
menunggu khabarmu....''

bersambung....



Thursday, November 11, 2021

GROUP BIDAAN DI WHATSAP

 assalam...

info mesra...

hari ni kita mula bidaan senjata...

tapak bermula dari rm40 shj!


berminat boleh joint group👇


https://chat.whatsapp.com/Kcxhc424eR53jqf0iTNzvz


*PERATURAN BIDAAN*

TIADA LAGI JOYBIDDER

NO JOY UPPER

TIADA JOY LOCKER


*TEMPOH TEBUS 14 HARI DARI TARIKH DETAIL MENANG DIBERI*


*JIKA MAHU HOLD PERLU BAYAR 50% DARI NILAI MENANG*


*SENTIASA BERHUBUNG JIKA ADA MASALAH*


*JIKA MAHU KUMPUL ITEM,SETIAP ITEM PERLU BAYAR DAHULU 50% DARI NILAI MENANG*


HARAP MAKLUM

REJAM

HIKMAH WALI OFFICIAL



Thursday, February 4, 2021

MISTIK (KETERLALUAN)EPS 4 PUKAU






Assalam...
jom kita sambung episod ke 4...

SUBUH kali ni aku berada di hentian ayer keroh....

lepas solat aku teruskan perjalanan pulang...

letih,penat,celaru semua bercampur aduk...

aku perlu berehat....


BERBALIK pada kisah rosli yang hendak berikhtiar....

LEMBAGA hitam legam tu terus berada di bahu rosli...

menyeringai menunjukkan taringnya setiap kali aku memandang...

aku tidak hiraukan lembaga itu,aku teruskan dengan usaha untuk berikhtiar tentang masalah rosli...

DIDALAM talam telah lengkap persiapan mandi hilat yang diperlukan...

limau purut 7 biji
bunga tujuh jenis
wangian kasturi
air mawar dan minyak hikmah wali...

aku ambil baldi dan masukkan separuh air ke dalam baldi...

syarat senjata tajam diperlukan

pisau...ya sekadar pisau dapur...

duit 77sen sebagai ganti potong nyawa,ini diantara syarat mandi hilat...

duit tadi dilipat dalam lipatan kertas,dan diletakkan di bawah baldi...

PERTAMA...
perkara pemula yang perlu dilaksanakan ada lah membuka kepala air...
dengan lafaz BISMILLAH...
YA ALLAH,AKU BUKA KEPALA AIR INI UNTUK..........YA HAYYUN YA QAYYUM...

Salam bumi juga perlu diniat lafazkan...
assalammualaikum ibukan bumi....
syarat malaikat 4...
dengan izin ALLAH,kau turunkan lah segala jenis hilat,hasad,fasad,ain,ureh dan simpulan pada tubuh badan rohani dan jasmani hamba ALLAH dihadapan ku ini....
air dihembus sebagai syarat...
bacaan ibu quran,3 qul,bismillah 5 berkumandang...
bangkit hilat juga di lafazkan...
sekali lagi air didalam baldi dan gelas ditiup sebagai syarat...

7 jenis bunga mula dimasukkan kedalam baldi,limau purut mula di potong dua dan dimasukkan ke dalam baldi...
limau yang pertama tertangkup kebawah...
lembaga tadi tersenyum sinis...
bagai mengejek usaha yang sedang dilakukan...
rosli pula semakin lemah...
YA ALLAH...DENGAN RAHMAT DAN KEBESARANMU,BANTU LAH HAMBAMU YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIMU YA ALLAH....
Limau kedua diambil dan dipotong,
memancut darah keluar dari kesan hirisan...
aku tahu ini mainan mata dari lembaga itu,sengaja hendak kucar kacirkan fikiran aku...

aku terus beristifar dan berselawat...
limau ku lepaskan kedalam baldi...
alhamdulillah kedua bekas hirisan terbuka....
SAAT ini terdengar suara jeritan yang amat kuat,seperti marah dengan usaha ini,lembaga yang bertenggek di atas bahu rosli mula bergerak kekiri dan kekanan...
dengan mata yang merah menyala,gayanya seperti hendak menerkam aku...

gaya nya sudah melampau,kunci gerak perlu dilakukan,agar segalanya lancar...kerana kelihatan rosli juga dah mula menarik muka,seakan marah pada aku...

rajah lam aliff di rajah pada tubuh nya...
LA YAMUT......

ROSLI kembali kaku melemah...
lembaga tadi seakan kepanasan...
berteriak nyaring setiap kali limau purut dipotong...

sehabis kesemua 7 biji limau dipotong,aku ramaskan kesemua bahan-bahan tadi,kemudia aku masukkan wangian kasturi bersama minyak hikmah wali...

BEKAS air ramasan melekat pada telapak tangan aku...dengan tangan itu aku tepuk perlahan bahu rosli...

menyeringai lembaga tadi,jeritan yang amat mengerikan...lembaga tadi terpelanting kebelakang...
SUBHANALLAH...
SESUNGGUHNYA ALLAH LAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU...

rosli seakan tersedar dari lamunan yang panjang....
ditenungnya wajah aku...

"la...hang ahmad?"
itu kata-kata pertama yang keluar dari mulutnya...

"jom rosli aku mandikan kau"

aku pimpin dia,dudukkan dia dan mandikan dia...
"ingat rosli,bismillah,selawat,niat,YA ALLAH,SEPERTI MANA AIR INI TURUN DARI TUBUH BADANKU,BIGITU JUALAH AKAN TURUNNYA SEGALA JENIS BISA,HILAT,HASAD,FASAD,AIN,UREH DAN SIMPULAN DARI TUBUH BADANKU,ROHANIKU DAN JASMANIKU..."

SAMBIL aku jiruskan air pada rosli,aku juga niat dan lafazkan doa yang sama....

jirusan pertama di bahagian bahu kanan,kedua bahu kiri,
sampai pada jiruskan ke tiga yakni di kepala,aku bagai disentap dengan kuat kebelakang...

perit dan nyeri seluruh sendi tubuh,
terpejam mata aku menahan sakit...
ALLAH...dugaan apa pula kali ni...

perlahan-lahan aku buka mata,dan perlahan-lahan aku cuba untuk berdiri...

aku berada di tempat yang amat asing...
kawasan berlumpur hijau kehitaman,bau bangkai menusuk deria bau aku...

ALLAH,ALLAH,ALLAH...

DIsekeliling aku hanya ada gumpalan-gumpalan asap hitam...

dari gumpalan asap tadi muncul satu makhluk...

dari wajah yang menakutkan kepada wajah manusia biasa...

AKU KENAL KAU SIAPA!!!
kenapa sampai begini sanggup kau buat pada rosli...
apa salah dia?

makhluk tadi berubah kepada rupa seorang wanita yang amat aku kenal...

sememangnya aku tidak berkenan dengan tingkah lakunya...

bukan tak pernah aku nasihatkan rosli,tapi beribu alasan yang diberi...

"KAU TAK PERLU IKUT CAMPUR URUSAN AKU!!"

"DIA HAK AKU"

ASTAGA...

"KAU SEDAR TAK KAU TU ISTERI ORANG?DAN ROSLI INI SUAMI ORANG?"

"SOAL HATI,SAYANG DAN CINTA INI ATURAN TUHAN!"

DEMI ALLAH,semasa ini aku hampir-hampir hilang kawalan,perasan amarah datang membuak-buak....

ASTAGFIRULLAH....
YA ALLAH BERILAH KESABARAN PADA KU....

"itu kau kata aturan tuhan,apa yang kau buat ini melanggar perintah tuhan...siapa tuhan kau?"

"KAU DAN AKU SAMA MAKHLUK"
jerit wanita tadi kemarahan
wajahnya berubah kemerahan,keningnya bertemu bagai menjadi bentuk tanduk yang kecil...

"jika kau kata kita sama,hari ini aku akan bunuh kamu,kerana perasaan marah dan dendam ini datangnya dari DIA"

wanita tadi mengilai panjang...
berdekah-dekah dia ketawakan aku...

ALLAH...
ampunkan aku...
dalam berbicara,terkadang aku menurut hawa nafsu....

istifar....

tanpa banyak bicara aku bacakan bismillah 5 dan 6...
aku teruskan dengan ayatul kursi,sehingga ada satu bahagian didalam ayatul kursi aku ulang 7 kali...

wanita tadi mengelupur kepanasan,
wajahnya kembali berubah hodoh...
pakaiannya disambar api...
melolong-lolong dia kepanasan...

aku kuatkan lagi bacaan...
kawasan tempat pertembugan kami bergoncang kuat,telapak kaki bagai bergegar...
kembali aku ditarik dari belakang...
tersentap...
aku bukakan mata...

aku sedar...
aku kembali berada ditempat asal...
cuma aku tidak mampu untuk bergerak...

aku cuma dapat melihat,tanpa boleh berkata-kata....

dihadapan aku,rosli sedang dimandikan...
tapi bukan oleh aku,oleh orang lain...
ku amati wajahnya...
subhanallah...

Raja ab=%]>>o%....
dia hanya tersenyum memandang aku...

YA RABB...sesungguhnya kau lah yang MAHA BERKUASA DAN MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU...

SEGALA tingkah laku yang berlaku dihadapan mata hanya dapat akan lihat tanpa sebarang kata...

setiap jirusan air yang mengalir dari tubuh rosli berubah warna,
HIJAU KEHITAMAN...

Setelah selesai rosli di mandikan Raja ab^[]]^=,dia perpaling pada aku...
ditatapnya mata aku...
"Nak,berat dugaan kamu kali ini...bersabar dan bertabah,dugaan ini adalah ujian dalam perjalanan,ikhtiar dan berdoalah pada ALLAH SWT...kisah antara kau dan juga anakku biar lah aku uruskan kelak"

"maafkan aku atas kelancangan kata dan tingkah aku sebelum ini..."
hanya itu yang mampu aku lafazkan"

aku faham benar apa maksud raja ab%][]]$=...

kisah ni berlaku 3-4tahun lepas....

dimana aku "melepaskan" puteri nur S=^<$ <]%=$<q...





KEBELAKANG WAKTU....

aku rasa amat-amat tidak selesa...
pening,mual,tidak boleh bernafas,letih dan lesu...

aku tercari-cari,apakah penyebab segala ini...

sebulan yang lepas,aku didatangi seorang hamba ALLAH...kita gelar sahaja namanya ali...

ali datang satu keluarga bertemu dengan aku,tanpa ulah,aku jemput mereka masuk kerumah aku...

katanya hendak berikhtiar tentang isterinya...

nama diberi,segala tugas juga sedia dilaksanakan...

apabila terbuka nama,yang pertama terlihat keadaan isterinya...
seperti terkurung didalam bebola kaca...

meronta-ronta untuk keluar...
dengan izin ALLAH,aku tahu ini sejenis ikatan,untuk tujuan penunduk dan ikatan kasih begitu juga penurut kata...

dengan izin ALLAH,aku mencari punca...
pertama yang terlihat,seorang manusia....lelaki tua...terbongkok-bongkok mencari sesuatu...
kemudian bayangan dimasukkan sesuatu didalam botol,
tiba-tiba hadir seorang lelaki lain,
memegang botol tersebut,sepertinya minyak yang terkandung didalam botol...
diambil dengan jari dan dicalit pada isteri ali...

aku teruskan lagi...
setelah dicalit,serentak dengan perbuatan itu,muncul bebola kaca yang amat besar,menutup dan mengurung isteri ali...

akhirnya lelaki tadi berpaling wajahnya pada aku,

ALLAHHU...
ASTAGA...

ALI...
ya...ali...
dia sendiri yang lakukan perbuatan itu...

aku terkejut...
aku tutup segala yang terbuka...
aku beristiqfar dan berselawat...
aku raup wajah...

tatapan mata tepat aku halakan kemata ali...
dia tunduk...

"dengan izin ALLAH...andai terbuka ikatan ini,isteri kamu akan sedar...
isteri untuk disayangi,dicintai dan dilindungi...bukan dibuat hamba,mengerti??"

ali hanya anggukkan kepala....

ikhtiar pun bermula...


SEPERTI biasa..
persiapan untuk mandi hilat disiapkan...
cuma untuk pesakit wanita,warisnya saja yang mandikan...

selepas segalanya siap...
ali mandikan isterinya...
segala bahan-bahan dari baldi tadi dikutip,kain yang dipakai untuk basahan juga dimasukkan ke dalam plastik...dan syarat ini perlu dibuang...

kemana??
biarlah rahsia...

selesai buang syarat tadi...
ali bersama isterinya hadir kembali ke rumah aku...

makan dan minum telah isteri aku sediakan...

''jamah lah dulu makanan tu...''
hanya itu yang terkeluar dari mulut aku...

isteri ali bersungguh-sungguh makan...bagai orang yang dah lama tidak makan...

''sedap kuih akak buat ni''

itu kata-kata pertama yang terlafaz dari mulut isteri ali...

wajahnya yang lesu kembali merah...
raut wajahnya kembali ceria...


ALHAMDULILLAH...
SESUNGGUHNYA...
SEGALANYA MILIK ALLAH...


''ali jom ikut aku jap''

aku turun ke bawah bersama ali...

sebatang rokok dicucuh...

''kenapa kau sanggup buat macam ni kat bini kau sendiri??"

''kau sedar tak apa yang kau buat''

''dari mana kau dapat minyak tu??''

ali tertunduk...
tiada kata-kata yang dapat dia lafazkan...

dengan wajah yang tertunduk dia mula tersedu-sedu menanggis...

''la buat akai hinsdustan pulak hang ni''


dari tanggisan mendayu,semakin keras dan keras,hingga tiba-tiba satu jeritan suara kasar kedengaran...

tempik suara amarah...

aku tercampak kebelakang...

SEKALI LAGI...

KELAM...

''kenapa kau gangu urusan aku!!!''
satu suara lantang bertempik ke arah aku....

dari dalam kabut asap,muncul seorang manusia...bertubuh sederhana,tidak berbaju...hanya memakai seluar singkat bersama ikat kepala...

''bukan aku cuba mengangu,aku hanya berikhtiar mengikut kemahuan ali''

''itu semua mahunya ali,aku juga mengikut apa kehendak dia!!!''
makhluk tadi kembali bertempik...

''aku faham,kau juga ikutkan kata-kata si ali,tapi apa yang kau ikutkan ini salah''

''siapa kau untuk menegur silap salah aku!!''

serentak dengan itu makhluk dari mulakan serangan terhadap aku...

senjata berbentuk lembing di lontarkan,dalam masa yang sama,dia berlari menghampiri aku...

lafaz mula bicara...

''aku duduk dalam mim ALLAH.......''

SESUDAH ITU KEMBALI BUAT PENYERAHAN...

walahaulawala....

saat lembing menghampiri tubuh aku,makhluk tadi telah tepat berada dihadapan aku...
lembing itu hanya sekadar mainan alih gerak...dengan satu hentakan kaki kedada,aku terpelanting kebelakang...

ALLAH...ALLAH...ALLAH...

perit dan bisa menjalar seluruh badan...

saat aku cuba bangun,sekali lagi aku dihenyak,dipijak belikat aku...

TERKUNCI...

segala gerak daya hilang...

''YA ALLAH,KAU LAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU''

''YA WAHIDUL BAQIL.....''

seperti ada tenaga baru mengalir masuk kedalam tubuh...dengan lafaz ALLAHHUAKBAR!!!

aku mampu bangun berdiri,makhluk tadi tercampak kebelakang...

''aku tidak berniat menunjuk jagoan...tetapi yang mungkar tetap perlu aku hancurkan...''

''WAIN YAM SASKA ALLAHHU....''

aku layangkan tembukan pada tubuh makhluk tadi...

meraung-raung makhluk tadi apabila terkena tumbukan,

tidak berhenti disitu...

''QULLAN YUSIBANA ILLA MA KATABAL LAHU LANA.....''

serentak dengan itu makhluk tadi berkecai di hadapan mata...
aku kembali tertarik kebelakang...
dari gulungan bayang,wujud kembali membayang...

aku tersedar...


ali ada dihadapan aku...
masih menangis...berjurai air matanya...

ikutkan hati,mahu saja aku tampar muka ali...

aku cuba bergerak...tetapi gerak badan aku terbatas...
bisa masih tersisa menjalar seluruh badan...

''bang,memang salah aku...aku buat semua tu sebelum kami bernikah...dia orang pandai bang,gaji besar...aku nak kan dia''


ALLAHHU...

''ali kau sedar tak cara kau ni salah...
kau kunci nafsu dia...
kau kunci jiwa dia...''

''ali..
wanita ini untuk kita sayang,cinta dan lindungi...
bukan buat aniaya macam ni''

''siapa orang tua tu??''

PUCAT...

ali kelihatan benar-benar terkejut...

''jangan banyak bolak balik''
''aku tanya sapa orang tua tu??''

''guru saya bang''

''ada masa dan ketika,aku nak pergi berjumpa dengan dia...''




''BAGAI MELEPASKAN ANJIN TERSEPIT''

hanya itu yang selayaknya...

selepas beberapa bulan..
ali dan isteri hadir kembali kerumah aku..kononnya dengan niat mahu membantu aku...hendak membeli barang-barang jualan aku...

tapi bila dijemput naik kerumah mereka menolak...

mereka hanya mahu berjumpa dikedai makan...

aku turutkan saja,aku bawa juga satu beg kertas yang didalamnya adalah barang niaga aku yakni cincin dan permata...

sampai dikedai air sudah siap ditempah...

dengan lafaz bismillah,air aku minum...

setelah barang-barang aku mereka pilih,akad jual dan beli hendak dilaksanakan...

pada ketika ini,aku rasa seperti ada yang tidak kena...cuma puncanya aku tak jumpa...

aku masih dalam kelam,tidak dapat mencari punca dimana salah dan silapnya...

tiba-tiba handset aku berdering...

''bang dah nak maghrib ni,balik la''
panggilan dari isteri aku

sejurus aku tamatkan panggilan,azan berkumandang...

ALLAH...ALLAH..ALLAH...

sekali lagi aku diselamatkan...

rupanya kesemua barang niaga aku telah mereka ambil,tiada yang tinggal dalam beg kertas...
dan mereka letakkan not rm50 tiga keping diatas meja,sedangkan modal untuk barang-barang tersebut melebihi nilai yang hendak mereka bayar...


setelah aku jawab azan,aku terus bangun berdiri...

syukur YA ALLAH...

''ali,cukup-cukup lah aniaya orang sekeliling,kelak nanti kau akan terima padahnya...pulang kan semula semua barang-barang aku,atau kau dan aku beradu tenaga disini...''

''sifat amarah sudah mula menguasai diri''

ali keluarkan semua barang-barang niaga aku,dicampak ketas meja makan...

''ambil balik barang kau ni,kau tunggu!''

mereka suami isteri terus berlalu...

aku??

sedaya upaya menahan rasa amarah...

akhirnya aku pulang kerumah menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan...


BEBERAPA BULAN selepas berjumpa ali dan isterinya...

badan mula terasa berbisa..
mual,perut berangin,sukar untuk bernafas,gelisah dan macam-macam lagi perasaan yang tidak enak melanda dalam diri aku...

mulanya aku hanya bersangka baik...kurang tidur aku jadikan penyebab...

AKHIRNYA AKU TUMBANG...

aku dikejarkan ke hospital,segala rawatan kecemasan diberikan...
aku diberikan bantuan pernafasan...

lemah...

keputusannya??

kata doktor,gastrik...

sebelah malamnya aku dibenarkan pulang...

melangkah sahaja kaki kedalam rumah,perasaan tadi kembali hadir...
amat sukar untuk aku bernafas...

aku jadi tidak keruan...segala yang aku belajar luput dalam ingatan...

YA ALLAH dugaan apakah ini...

bersambung....


Tuesday, January 19, 2021

MISTIK (KETERLALUAN)EPS 3 SAHABAT DAN KEHADIRAN NUR

 

ASSALAM...
tanpa banyak bicara...jom kita sambung perkongsian dari sahabat kepada sahabat...

diambilnya sekotak rokok surya yang masih belum dibuka...
dibacakan sesuatu dan ditiup pada kotak rokok tersebut...

rosli serahkan pada aku...

''kau bawa rokok ni,nanti buka kat sana,bagi setiap seorang sebatang,yang bertukar wajah itu bukan sahabat,berkawan kerana dunia''

aku yang masih belum faham hanya anggukkan kepala...

hari yang ditunggu pun tiba...aku memandu ke melaka...tempatnya biarlah rahsia...

sampai disana...aku disambut oleh jemaah-jemaah yang telah sampai lebih awal dari aku...

tidaklah ramai hanya sekitar 10 orang sahaja...

majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit makan-makan yang disiapkan oleh tuan rumah...

selesai makan segala macam perbincangan pun di laksanakan...
rupanya panggilan kali ini untuk tujuan ''proses''
kata tuan empunya rumah,dirumahnya ada tersimpan harta-harta dari alam ghaib...

sebenarnya aku dah malas bab-bab ni...lebih fantasi dari realiti...
tetapi setelah berkali-kali disuruh ikhtiar terpaksa juga aku laksanakan...

sebelum upacara dilakukan aku ajukan soalan pada sahabat-sahabat yang hadir...

''kalau-kalau ada rezeki,apa yang dapat ni hangpa nak buat apa??''

''kita sedekah kan anak yatim,kita bantu fakir miskin''

aku hanya diam selepas mendengar jawapan dari mereka...
jawapan yang sememangnya tidak asing.....

PERSIAPAN pun dilakukan...
LAM 4 dibuka.....
SALAM BUMI mula berbicara...
bangkit tapak dilaksana...
LAHUM FIHA......
ALAM SAHU...
LA YAMUT...

selesai bacaan...
disela seli suara sahabat-sahabat yang lain berzikir...
dengan jelas dapat aku dengan suara seseorang memberi salam...

yang hadir sepertinya manusia biasa,
tidak terlalu tua..
berpakaian baju melayu dan berselempangkan kain pelikat...
hanya berkaki ayam...

ini merupakan kali pertama aku berjumpa dengan hamba ALLAH tersebut...kerana selepas 3 tahun peristiwa ini,sekali lagi aku berjumpa dengan hamba ALLAH tersebut...

langkahnya kecil,wajahnya jernih,tetapi dalam kejernihan wajah,tersirat ketegasan...

''assalammualaikum wbt anak muda,apa yang cuba kau lakukan...bukan kah kau hidup di alam nyata,maka carilah rezeki di alam nyata...kisah tuan rumah ini hanya mainan halwa mata dan jiwa mereka yang tamak,janganlah sampai kau juga ikut-ikutan...''

TERSENTAP...
aku tersedar...
aku ditegur...tapi oleh siapa??

SEGERA aku tamatkan segala proses,
lam 4 ditutup semula...

aku raup wajah,bismilah dan selawat serta beristifar...

suara hamba ALLAH tadi kembali ke gegendang telinga...
''dia ada harta yang paling bernilai di anjungnya...iaitu anak-anak dan isterinya''

menitis air mata aku...
tamparan yang cukup terkesan dihati aku...

aku terlalu menurut,hingga lupa untuk melurut,
kerna andai dapat aku melurut,pasti sahabat-sahabat tidak terturut gelombang hawa nafsu duniawi...

aku pandang mata tuan rumah...
dia seakan-akan mahu marah pabila tahu aku hentikan upacara...

''sapa yang cakap kat rumah kau ada harta begitu begini?''

''ada seorang ustaz,dia cakap ada,cuma dia kenakan bayaran untuk buat proses...''
''kalau dengan kau,aku cuma kena sediakan barang,sebab tu aku panggil kau''

TERSENTAK sekali lagi...
aku pandang wajah sahabat-sahabat yang lainnya...
mereka tunduk dan melarikan pandangan...

''begini rupanya kamu semua mengangap aku...''
''sahabat-sahabat...di dalam rumah ini sememangnya ada harta yang tidak ternilai...''

berkaca-kaca dan berseri-seri kembali wajah sahabat-sahabat yang tadinya dah mula kusam..

''bolehh ambil ke??''

''aku tak boleh ambil,kerana sememangnya dah jadi milik kau''

''terpana sahabat tadi''

''macam mana nak buat ahmad?''


''tugas kau hanya jaga dan didik..kerana harta yang dimaksudkan itu adalah anak-anak dan isteri kamu.jaga dan didiklah mereka''

tiba-tiba dari dapur muncul seorang wanita...isteri kepada sahabat tadi...dengan juraian air mata dia memandang ke arah aku...

''ahmad terima kasih''

''abang hasan,cukuplah percaya harta-harta macam ni...abang dah gadai segala yang kita ada,hanya kerana nak kejar anggan-anggan kosong abang tu''

dengan bingkas sahabat tadi bangun berdiri...
ego seorang suami dan lelaki jelas terpancar....

melihat keadaan itu,sepertinya aku sudah dapat membaca,apa yang bakal dia lakukan pada isterinya...

dengan pantas amalan laung pak belang aku niat dan lafazkan...
LA MAUJUDU........

dengan pantas tangan kanan sahabat tadi dihayun,menuju tepat ke wajah isterinya...
aku tahu inilah masanya...

dengan izin ALLAH...
ALLAHHUAKBAR....

''HASAN!!!!!!''
dengan lantang dan kuat aku tengkin@laung namanya...
tubuhnya menjadi kaku,tiada sebarang pergerakan...
yang kedengaran hanya esakan tanggis dari isteri hasan...

segera aku bangun dapat kan hasan yang berdiri kaku...

BISMILLAH DAN SELAWAT
HIDUP URAT BANGKIT 4 KERAT....

setiap sendi tubuhnya aku tepuk,dan akhirnya hasan jatuh terduduk,segera isterinya datang dapatkan hasan...

aku tepuk bahu hasan..
''hasan aku minta maaf,tapi tadi kau dah keterlaluan..''
''aku rasa sampai disini sahaja majlis kita...''

tangan aku ditarik hasan,
''aku minta maaf ahmad,salah aku,jangan lah balik lagi...minum lah dulu air yang dah tersedia tu''

nak menjaga hati,aku duduk ditempat asal aku tadi...
kopi o dihirup cepat...
tiba-tiba aku teringat rokok yang dibekalkan rosli...

''mungkin ini lah masanya''

aku keluarkan kotak rokok surya dari dalam beg...
aku buka plastik balutan rokok,aku hulurkan pada sahabat-sahabat yang lain...

seorang demi seorang ambil sebatang rokok...
kotak rokok kembali pada aku,aku keluarkan sebatang rokok dan cucuh...

aaahhhh...gurih...nikmat...

tengah sedap layan surya,terjadi kekecohan...ada 2-3 orang sahabat tak boleh nyalakan rokok mereka..
''rokok apa ni ahmad,kosong je''
aku ambil rokok dari salah seorang dari mereka...ya..memang kosong...tiada tembakau didalam batang rokok...

aku patahkan batang rokok,
SUBHANALLAH...
terkeluar gulungan duit not rm50.00..

terus sahabat-sahabat yang lain patahkan rokok mereka,walaupun ada diantaranya dah boleh nyalakan rokok tersebut...

HASAN???
dia tidak patahkan...
dia simpan rokok tersebut..

''kenapa kau simpan hasan''
tanya aku kepada hasan..

''biarpun ada atau tiada duit dalam batang rokok ni tetap aku nak simpan,hari ni aku dapat erti apa yang paling berharga dan tidak ternilai dalam hidup aku,aku nak simpan buat kenangan''
tersenyum isteri hasan..

TIBA-TIBA aku dapat pangilan dari dari rosli...
''assalammualaikum wbt...''
''waalaikummussalam wbt rosli''

''kau tengok mana yang berubah air muka,itu hanya sekadar dunia,tapi kalau mampu kau pimpin,biar selamat dari mereka-mereka yang hendak ambil kesempatan atas ketamakan sahabat-sahabat kau tu''

aku hanya iyakan sahaja dan tamatkan panggilan...

benar bagai yang dikata...ada yang berubah air muka...
wajah yang kecewa kerana tidak dapat gulungan wang didalam rokok...

aku hanya gelengkan kepala melihat karenah mereka...
inikah yang janjinya mahu bantu anak-anak yatim??
yang mahu bantu fakir miskin???

sedikit pesanan aku sampaikan pada mereka semua sebelum aku berangkat pulang...
pesanan dari sahabat untuk sahabat...

SAHABAT,
ADA DUA ILMU YANG SUSAH NAK DAPAT DAN NAK KITA BAWA BERSAMA..
YAKIN DAN IKHLAS
GALI LAH...

MEMANDU PULANG...
dalam perjalan balik ke puchong,aku kelelahan...
penat,berat ya amat mata ni...
aku lencongkan kereta masuk ke kawasan rehat dan rawat air keroh...

aku buka sedikit tingkap kereta,kerusi aku turunkan...
aku lelapkan mata...

SUNYI,hanyut dibuai lena...
dari kejauhan kedengaran langkah telapak kaki...
tersusun dan teratur...
bau wangi menerpa menusuk ke hidung...

dihadapan aku terlihat seperti limbungan awan tebal,cuma diatas tanah,bukan di langit tinggi...
disebalik limbungan awan terlihat bayangan susuk tubuh manusia sedang berjalan kearah aku...

''dugaan apa pulak ni''

semakin lama semakin dekat..
aku perhatikan keadaan sekeliling...
aku tidak lagi berada didalam kereta!
aku sedang berdiri menanti gerangan siapakah yang berkunjung tiba....

debaran tetap terasa,tetapi perasaan aku tidak gundah gulana...
yang ada hanya damai...

gumpalan awan tadi mula menghilang...
wujud sekujur tubuh manusia dihadapan aku...
bertudung putih...
berbaju kurung putih..
terlitup separuh wajahnya dengan kain putih...
yang hanya kelihatan matanya...

sekuntum bunga melur dibawa bersama...

''assalammualaikum wbt abang....''
''waalaikumussalam wbt''

''maafkan aku...siapa kamu..?''

''aku NUR S@#$%! &^%@!$#''

SUBHANALLAH
''kau lah yang muncul saat aku bertarung digelangang untuk penamat dulu''

''apa tujuan kau berkunjung tiba?''

''sesungguhnya bapa aku ingin berbicara bersama abang''

sepantas kilat,satu cahaya putih memancar...
muncul seorang lelaki dihadapan aku...

berganjak aku kebelakang...

''assalammualaikum wbt ci ir@# M@%#$...''

aku terkejut,macam mana dia boleh tahu nama itu...

''waalaikummussalam wbt''
siapakah gerangan kamu wahai makhluk ALLAH...

''NAMA aku RAJA ab@#$%%^%$''

''kita berbeza alam,tapi punya tugas yang sama...''

''anak aku telah sampaikan hajatnya pada aku,dan tika ini,ingin aku sampaikan hajat dia pada kamu''

aku bagai gulung dalam ombak yang besar...
namun begitu tiada perasaan resah mahupun gundah gulana...
tersentak dan tersedar aku...
aku berkaki ayam!!
dihadapan aku ada bangunan seakan surau...
ramai manusia-manusia lain disitu..
mereka memandang ke arah aku...

raja ab$#%@&* pimpin tangan aku masuk ke dalam surau...
aku faham benar tujuannya...dan sebentar tadi aku juga telah menerima...
segalanya harus aku akur dan laksanakan...

sepertinya adap dan adat itu sama seperti dunia kita...

akhirnya terlaksana...
raja ab#@%@$^# memeluk aku...
''selamat kembali nak''

datang pula NUR s@$#% k^#$@^#
dihulur tangannya...salam bertaut,damai dihati...

kukucup dahinya...
sekali lagi aku melayang-layang didalam alam yang asing dalam hidup aku...

apabila aku buka kan mata,aku dah berada dihadapan kereta aku...
nur masih berada dihadapan aku...
''abang,jaga amal mu...''
''andaikan rindukan aku,tetaplah bayang dalam membayang...''
''insyaallah aku akan sentiasa disisi''

berputik rasa cinta dan sayang diantara dua alam yang berbeza...
nur hulurkan tangan,salam ku sambut..
sayu dihati untuk berpisah sementara waktu....

dengan alis senyuman dan lambaian tangan...nur hilang didalam bayang...

aku tersedar...
SUBHANALLAH...
benarkah apa yang berlaku tadi??
atau hanya mainan tidur kelelahan??

aku beristifar...
aku raup wajah...

SUBHANALLAH...
sekuntum bunga melur ada di telapak tangan aku....

aku cuba tenangkan fikiran...
jam dan dekat pukul 5 pagi...
rehat dulu...itu yang aku fikirkan...

subuh kat rnr lah jawapnya....

bersambung.....



Monday, January 18, 2021

MISTIK(KETERLALUAN) EP 2 SAKA HARIMAU

 


assalam...
jom kita sambung cerita bahagian ke 2...

ASTAGA,
dugaan apakah ini...

makhluk berbulu hitam legam bertenggek di atas bahu rosli...
dengan raut wajah yang amat menakutkan...
sebelah biji matanya terjuntai hingga ke bahagian dagu...
dengan taring yang panjang...
muka bagai dilumuri darah...

AKU KENAL WAJAH INI!!!

dalam hati,perasaan marah dan sedih bercampur baur...
marah pada si tuan nya makhluk tadi...
sedih melihat keadaan rosli...

SEPERTI dia tahu...
rosli minta aku ikhtiarkan.
..

AKU teruskan dengan membuka nama,segala punca perlu dahulu aku dapatkan...
pertama yang melintas adalah MAKANAN...

KEMUDIAN kawasan terpasaknya makhluk itu...

AKU minta anak rosli sediakan limau purut beserta bunga...

sememangnya kemana saja aku pergi akan aku bawa bahan ikhtiar yaitu minyak hikmah wali pemberian sahabat aku...

persediaan perlu dilaksanakan untuk berikhtiar mandi hilat...





KISAH ROSLI....
aku kenal rosli dah lama...sudah berpuluh tahun...
kami punya minat yang sama...
masuk ke hutan...
mencari rezeki-rezeki hutan...
mencari teras dan akar-akar kayu...
untuk apa?

untuk buat ikhtiar bagi sahabat-sahabat yang memerlukan...
sambil-sambil tu kami sama-sama menikmati keindahan alam dan kebesaran ALLAH SWT...

DALAM banyak hal tentang hutan aku pelajari dari rosli...
dia amat arif tentang ilmu hutan,teras dan akar kayu...
begitu juga dalam keilmuan GHAIB...

BANYAK peristiwa pelik yang pernah aku lalui bersama rosli...
kami pernah sesat bersama didalam hutan...tidak jumpa jalan untuk pulang,sedangkan hari semakin gelap...

aku dapat tengok cara rosli berikhtiar...
di ambilnya daun kering bersama ranting pokok..
daun diramas sambil rosli membaca sesuatu...yang aku dengar AL FATIHAH...

KEMUDIAN,daun yang diramas tadi digosok pada ranting..
semasa rosli mengosok ranting kayu,terdengar suara seakan-akan wanita menjerit..
nyaring dan garau suaranya..
dengan lantang rosli bertempik..
''KAU NAK BUKA JALAN ATAU AKU TIBAI(pukul) KAU??''

''AHMAD,AZAN!!''

aku sendiri terkejut ditengkin rosli...

tanpa banyak membuang masa aku terus AZAN...

disetiap baris azan,rosli akan libaskan ranting kayu tadi..

suara aku berselang seli dengan suara teriakkan makhluk tadi...

selesai azan,rosli cabut 4 batang anak pokok yang ada disekeliling kami...
dibaca sesuatu pada anak pokok tersebut,dan rosli pacakkan ke empat-empat anak pokok tadi disekeliling kami secara terbalik,yakni akar diatas,pucuk dibawah...

TIBA-TIBA muncul didepan kami pokok balak yang amat besar...

rosli dan aku melompat kebelakang...

''NAMPAKNYA ''DIA BETUL-BETUL mencari geruh''

Rosli mula buka langkahnya...
ALIFF,BAA,TAA..

sambil melangkah ke arah pokok balak tadi,dia membaca sesuatu...
dengan hanya berkaki ayam...

apabila sudah betul-betul berada dihadapan pokok tadi...rosli sekali lagi bertempik...

ALLAHHUAKBAR!!!

dalam masa yang sama dia menampar pangkal pokok tadi...

tamparan itu bukan seperti tamparan yang selalu kita gunakan...lebih kepada cakaran...
tersiat kulit pokok balak,mengalir darah merah kehitaman dari tempat cakaran...

terkedu aku dibelakang....

YA ALLAH selamatkan lah kami...

ROSLI melompat kebelakang...

pokok yang sebesar besarnya tadi hilang dari pandangan...
apa yang ada dihadapan kami kini hanya denai jalan...

''JOM''
panggil rosli setelah melihat aku masih lagi kaku...
tak sampai 10 langkah...kami dah sampai ke tempat asal kami masuk hutan tadi...

apa lagi,''start'' moto dan mula la kami ber'racing' balik ke rumah....


PERNAH sekali aku bawa sahabat-sahabat aku berjumpa dengan rosli,bukan apa hanya untuk berkongsi-kongsi pengalaman...

ADA salah seorang sahabat aku ni bersuara,katanya dia ada saka harimau...
dengan senyuman rosli bertanya...
''besar mana harimau tu''

terpana sebentar sahabat aku...
tapi ego menguasai dirinya...

''ABANG NAK TENGOK KE??''

rosli hanya anggukkan kepalanya...

aku cuba menhalang,tapi sudah terlambat...sahabat aku dah mula dengan bacaannya...
dalam sekelip mata dia dah merangkak seperti harimau...
dengan wajah yang telah berubah,air liur yang mula mengalir dari mulutnya...

GAYA lagaknya seperti mahu menerkam rosli...

ROSLI masih tersenyum...
rokok surya dinyalakan...

rosli duduk di kerusi yang diperbuat dari banir balak...
dengan bersahaja dia cakar banir tadi...
bergaris banir tadi kesan dari cakaran rosli...

tiba-tiba sahabat yang sedang merangkak tadi tumbang...

aku terus papah sahabat tadi...
bismillah dan selawat...raup wajahnya...
dia sedar...
''kau ni menyusahkan orang la...''
hanya itu yang terkeluar dari mulut aku....

ROSLI bangun dari tempat duduknya...
berpaling pada kami...

''korang nak tengok harimau??"
''jangan lari''

itu kata-kata terakhirnya sebelum dia mula ''memanggil''

hanya mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu...

dari kejauhan kami semua dapat mendengar bunyi seperti dahan pohon dipatahkan...

bau hamis segera hadir..

disebalik pondok tempat kami bersembang terlihat bayangan pak belang...

melangkah lambat ke arah kami...

matanya tepat memandang kami...

lemah lulut aku...
besar sungguh harimau yang di''panggil'' rosli...
cuma sedikit pelik kerana badannya panjang dari kebiasaannya harimau...

ROSLI,tepuk tanah 3 kali...
harimau tadi melompat ke arah hutan sawit dan hilang dari pandangan...

''LAIN padang,lain belalangnya''
''jangan angkuh!''

aku faham...begitu juga sahabat-sahabat yang lainnya....


PERNAH sekali aku dibekalkan rosli sekotak rokok suyra...
masa tu aku kerumah rosli seperti biasa,menyantun dan bertanya khabar..
aku sampaikan berita pada rosli tentang keberangkatan aku ke satu majlis yang bakal diadakan di melaka...

majlis tersebut merupakan majlis pertemuan sahabat-sahabat dalam dunia mistik...

bila rosli dengar tentang ''sahabat''

terus dia tanya aku...

''kau kenal sahabat??''

aku hanya tundukkan kepala...

diambilnya sekotak rokok surya yang masih belum dibuka...
dibacakan sesuatu dan ditiup pada kotak rokok tersebut...

rosli serahkan pada aku...

''kau bawa rokok ni,nanti buka kat sana,bagi setiap seorang sebatang,yang bertukar wajah itu bukan sahabat,berkawan kerana dunia''

aku yang masih belum faham hanya anggukkan kepala...

hari yang ditunggu pun tiba...aku memandu ke melaka...tempatnya biarlah rahsia...

sampai disana...



bersambung......



Saturday, January 16, 2021

MISTIK(KETERLALUAN)



 assalam buat semua sahabat-sahabat..
apa khabar semuanya..moga berada dalam kesejahteraan dan rahmat ALLAH SWT...

dah lama kita tidak bersua diruangan ini,dah naik berhabuk blog ni...

musim-musim wabak ni macam berlaku...ada diantara kita dah nak dekat setahun tak dapat bertemu mata...

rindu pada sahabat-sahabat..

untuk kisah kali ini..
bersesuaian dengan tajuknya...

kisah pengalaman salah seorang sahabat kita...
sebulan yang lepas saya ke rumah beliau,menyantun dan bersapa...

banyak yang kami kongsikan...

sehingga lah masuk kepada cerita tentang mistik..

saya sedia mendengar dan menerima segala cerita yang ingin disampaikan....

cerita dari sahabat...

cerita tentang ikhtiar 'orang mistik'

kenal sahaja aku dengan nama ahmad...
aku ada kenalan yang tinggal berdekatan kampung L@#^% B*&$%...

SEPERTI biasa setiap bulan aku ke rumah rosli(bukan nama sebenar)...
untuk bersembang dan juga hobi aku...
memancing...

RUMAH rosli ni ada kolam ikan...
sambil-sambil bersembang biasanya aku akan melabuhkan joran...

ini cerita sebelum kejadian tersebut...

AKU juga manusia biasa,ada masa sakit dan ada masa sihat...
setelah 3-4 bulan aku tidak ke rumah rosli...
tebal rindu rasa dihati hendak berjumpa dengannya...

TANPA banyak arah,aku terus memandu kereta menuju ke rumah rosli...
seperti biasa aku akan ''park'' kereta aku dibahagian belakang rumah...

rumah rosli ni dalam kebun...

TURUN dari kereta bagai ada renjatan pada tubuh badan aku...
meremang bulu roma...
bergetar tubuh badan aku...

DENGAN LAFAZ BISMILLAH aku mula ''berbicara''
dihadapan mata bagai ada gumpalan asap hitam menjelma...
menyeringai ngeri memandang tepat ke mata aku...

semakin lama semakin berbentuk asap hitam itu...

wajahnya semakin jelas kelihatan...
matanya merah menyala,dengan rambut kusut masai,bau bangkai mula menusuk masuk ke hidung...

''wahai makhluk ALLAH,aku baharu kau juga baharu''

bagai gegar gempita,terasa telapak kaki bergegar,bagai lintar memanah pepohon,
kuat dan kasar suara lembaga itu membalas kata-kata aku...

''tidak layak kau disini,bukan disini urusan kamu!!''

AKU sedar,ini bukan bahan mainan...sepertinya ''dia'' terpasak ditanah ini...

sekali lagi persediaan perlu dilaksanakan...

BANGKIT DIRI...
DENGAN LAFAZ BISMILLAH...
alam sahu mat sahu kaf sahu
wahai........

sehabis ayat bangkit dilafazkan,makhluk tadi kembali pada gumpalan asap...
dari berbentuk,kembali berpecah tanpa arah...
terbang mengikut angin bersama hilaian seakan mengejek aku...

KUAT rasa hati untuk ketempat munculnya makhluk tadi...

BISMILLAH DAN SELAWAT setiap melangkah kaki kanan...
hanya berkaki ayam...

tidak sampai 3 langkah,bagai ada akar-akar berselirat melingkari kaki aku...
aku kuatkan lagi bacaan selawat sehingga sampai kehujung kawasan tersebut,dimana tempatnya muncul makhluk tadi...

SAMPAI disitu,tiba-tiba terasa amat berat kepala,berserabut,celaru,terasa seperti hendak marah,sedih bercampur baur...

AKU berikhtiar...
lam 4 dibuka..
tapak tersebut cuba aku kunci dengan izin ALLAH
dengan gerak lafaz dan niat
laa yamut,yaa hayyun......


SEPI...
Keadaan kembali normal seperti sedia kala....

AKU kembali ke kereta untuk turunkan barang-barang aku dan terus menuju ke rumah rosli....

SAMPAI di hadapan rumah rosli,sekali lagi aku terkejut...

Rosli...
sahabat aku...
YA ALLAH dugaan apakah ini....

BERSAKSI mata aku..
rosli kelihat amat tidak bermaya..
kurus,lesu..
hinggakan untuk berjalan perlu berpapah...
orang yang sebelum ini amat kuat tenaganya...
ceria orangnya...
kini lesu tidak bermaya...
sungguh...
segalanya hanya pinjaman dari ALLAH SWT...

SAYU hati ini melihat keadaan rosli,gugur air mata aku melihat keadaannya yang benar-benar lesu...

AKU menberi salam..salam dijawab dengan hanya gerak bibir dan lambaian tangan...
DENGAN izin ALLAH,aku tahu ini bukan ''sakit'' biasa...

PERTAMA kalinya dalam hidup,aku membuka nama tanpa izin..

DENGAN LAFAZ BISMILLAH...
assalammualaikum ibukan bumi....
salam ku beri.......

selepas membuka nama,muncul kembali makhluk tadi...
tetapi kali ini jelas berbentuk...
bertenggek diatas bahunya rosli...

ASTAGA...
dugaan apakah ini...

bersambung......