klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Thursday, April 14, 2016

''JANGAN DILIHAT SIAPA''

assalam...


PERKONGSIAN HARI INI...


jangan melihat siapa yang memberi...lihatlah apa yang diberi...


kisah hidup saya...
dulunya saya seorang yang egonya tinggi...
kalau bab menerima nasihat saya pilih orang...klau orang yang bagi nasihat tu saya rasa tak layak,saya tak akan layan...


tapi sesungguhnya ALLAH itu MAHA MERANCANG...


nasihat tentang bersedekah...
satu hari masa zaman saya buat jual kereta,saya terima teguran dari seorang hamba ALLAH...tentang sedekah...masa tu hati panas..darah panas...tak mahu menerima,sebab dia pun sama(kata nafsu)...
suatu masa ALLAH beri saya ujian,dimana masa tu saya kena ambil kereta di sri petaling,naik bas dari bentong sampai pekeliling...kemudian masa nak naik tangga untuk ke stesen lrt,ada seorang hamba ALLAH datang kearah saya,dan meminta sedekah...lihat dari tubuh badan,lebih kurang saiz saya...sihat orangnya...terus terang masa tu terus bersangka buruk,lupa yang terkadang ujian itu datang dari macam-macam punca...1 sen pun saya tak hulurkan pada hamba ALLAH tadi...siap terdetik dalam hati,''badan sihat cari la kerja''...


sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR...
saya menerima dugaan selepas kejadian itu,selama 6 bulan berturut-turut tiada punca rezeki yang masuk,1sen pun tak dapat...bayangkan dengan anak yang masih minum susu...saya terpaksa ambil upah mesin rumput,kait kelapa dan macam-macam kerja lagi untuk menyara keluarga...gaji orang rumah pun tak cukup masa tu...


bila dah tak tahan saya mengadu pada mak tentang apa yang terjadi...segalanya saya ceritakan...apa mak cakap???


''hang jangan tengok sapa yang mai mintak,hang tengok sapa yang hantaq dia untuk mintak''


''kita bagi ikhlas,kalau dia tipu sekalipun tu antara dia dengan ALLAH....''


subhanallah...saya terlupa akan perkara itu...lupa tentang ''yang dipandang itu hati''


saya menyesal akan khilaf saya...


alhamdulillah...natijah dari dugaan itu,hingga kita saya cuba amalkan...


sungguh bersedekah tidak akan merugikan kita,tidak akan memiskinkan kita,percayalah PEMBENDAHARAAN ALLAH ITU MAHA KAYA...


moga-moga dengan sedikit perkongsian kali ini dapat memberi sedikit pengajaran danmembuka mata hati kita semua...saya hanya mampu ceritakan kerana KEFAHAMAN itu MILIK ALLAH...


bukan membuka aib sendiri...hanya mahu beri sempadan dalam hidup buat semua sahabat diluar sana...insyaallah...


''jangan lihat siapa yang memberi nasihat,lihatlah apa isi nasihat''


eilrejam.blogspot.com
hwprinting.blogspot.com


fakir...