klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Wednesday, November 15, 2017

SEPOHON POKOK BERAKAR TUNJANG

assalam...
selamat pagi dunia...
kefahaman...
masing-masing punya kefahaman yang berbeza...
moga-moga walau berbeza ianya tetap menghala pada jalan yang satu...
di ibaratkan bagai sepohon pokok yang subur dan besar,
yang berakar tunjang...
dimana banyak dahannya,
bercambah rantingnya,
dedaunanya.
begitu jua akan buahnya...
segalanya berpunca dari satu dan akan kembali pada satu...
perkara ini boleh ditafsir kan dengan pelbagai-bagai tafsiran...
hari ini aku mahu tafsir seperti ini,mungkin esok tafsiran lain yang aku perolehi...
hidup...
sepanjang perjalanan hidup ini...   
pelbagai laluan dan persimpangan telah aku lalui...
pada asalnya tak punya apa,
dipertengahan jalan rasa berpunya,
dan akhirnya lenyap segala...
walau tinggi mana kau terbang,
akhirnya kembali kau pada asalnya...
kadang-kadang aku alpa,
aku lupa siapa aku...   
aku lupa asal usulku...
moga ada tangan-tangan yang mengapai aku..
agar tak terus aku hilang dalam kealpaan...
saling memerlukan...


''sepohon pokok berakar tunjang''
perjalanan ku semakin senja



15/11/2017
09.15am


Wednesday, May 10, 2017

KELUARAN KE 66 MINYAK HIKMAH WALI(MAHAR HADIAH)

ASSALAM...
ALHAMDULILLAH...
MAHAR HADIAH MINYAK HIKMAH WALI KELUARAN KE 66


1-SET KERIS ASMA'
(5 set sahaja)
RM70.00
-MINYAK HIKMAH WALI 8ML
-MINYAK GHAIRAH WANITA 3ML
-MINYAK RATU 3ML
-KERIS ASMA'(umum)pelaris
-BUKU PANDUAN CARA GUNA MHW
-POS LAJU SELURUH KAWASAN SEMENANJUNG
+RM10 UNTUK POS KE SABAH DAN SARAWAK

2-SET KERIS ASMA'(02)
(5 set sahaja)
RM70.00
-MINYAK HIKMAH WALI 8ML
-MINYAK GHAIRAH WANITA 3ML
-MINYAK RATU 3ML
-KERIS ASMA'(umum)pelaris
-BUKU PANDUAN CARA GUNA MHW
-POS LAJU SELURUH KAWASAN SEMENANJUNG
+RM10 UNTUK POS KE SABAH DAN SARAWAK
3-SET KERIS MERAH(4 set sahaja)
RM80.00
-MINYAK HIKMAH WALI 8ML
-MINYAK GHAIRAH WANITA 3ML
-MINYAK RATU 3ML
-KERIS ASMA'(umum)
pelaris
pengerun musuh
pengasihan
-BUKU PANDUAN CARA GUNA MHW
-POS LAJU SELURUH KAWASAN SEMENANJUNG
+RM10 UNTUK POS KE SABAH DAN SARAWAK
4-SET SEMAR(1 set sahaja)
RM80.00
-MINYAK HIKMAH WALI 8ML
-MINYAK GHAIRAH WANITA 3ML
-MINYAK RATU 3ML
-SEMAR(umum)
pelaris
pengasihan
pemanis diri
-BUKU PANDUAN CARA GUNA MHW
-POS LAJU SELURUH KAWASAN SEMENANJUNG
+RM10 UNTUK POS KE SABAH DAN SARAWAK
5-SET KEMUNING(01)
(satu set sahaja)
RM80.00
-MINYAK HIKMAH WALI 8ML
-MINYAK GHAIRAH WANITA 3ML
-MINYAK RATU 3ML
-KERIS TERAS KEMUNING HITAM
ikhtiar-
histeria
lelah
sejuk tubuh badan
lemah tenaga batin dll
-BUKU PANDUAN CARA GUNA MHW
-POS LAJU SELURUH KAWASAN SEMENANJUNG
+RM10 UNTUK POS KE SABAH DAN SARAWAK
6-SET KEMUNING(02)
(satu set sahaja)
RM80.00
-MINYAK HIKMAH WALI 8ML
-MINYAK GHAIRAH WANITA 3ML
-MINYAK RATU 3ML
-KERIS TERAS KEMUNING HITAM
ikhtiar-
histeria
lelah
sejuk tubuh badan
lemah tenaga batin dll
-BUKU PANDUAN CARA GUNA MHW
-POS LAJU SELURUH KAWASAN SEMENANJUNG
+RM10 UNTUK POS KE SABAH DAN SARAWAK


KETERANGAN MINYAK HIKMAH WALI
MINYAK HIKMAH WALI TERHASIL DARI ADUNAN PELBAGAI JENIS TERAS KAYU,AKAR-AKAR KAYU,ADUNAN MINYAK,EMBUN DAN MASAK
DIANTARA ADUNAN MINYAK-
-KASTURI KIJANG
-KASTURI PUTEH
-KASTURI HITAM
-KASTURI HIJAU
-ZAFFRON
-ZAFFARON JINNAH
dll

DIANTARA JENIS ADUNAN BAHAN-
-BULUH PERINDU
-BULU PERINDU
-CENUAI BUKIT
-KEMUNING HITAM
-RAJA KAYU
-GAHARU
-AYAM EMAS
-GETAH KELULUT
-LEKLAI
DAN BEBERAPA JENIS BUNGA DAN BAHAN LAGI

MINYAK INI JUGA DIASMA'KAN,DIEMBUN DAN DIMASAK

ANTARA KHASIATNYA-
-JALAN IKHTIAR UNTUK PENGASIHAN UMUM
-KEYAKINAN DIRI
-SEMANGAT DIRI
-PERUBATAN ALTENATIF(CARA DALAM BUKU PANDUAN)
-KEREZEKIAN
-IBU DUIT(CARA DALAM BUKU PANDUAN)
-KERASUKAN@HISTERIA(CARA DALAM BUKU PANDUAN)
-PELARIS PERNIAGAAN
-PENDINDING
-PELEMBUT HATI PASANGAN DAN ANAK-ANAK(CARA DALAM BUKU PANDUAN)
-MANDI BUKA AURA(CARA DALAM BUKU PANDUAN)
-MANDI HILAT(CARA DALAM BUKU PANDUAN)
DLL

KETERANGAN MINYAK GHAIRAH-
+ Memikat Wanita
+Membuatkan Wanita Rasa Tertarik
+Memberikan Anda Daya Aura Bau "Kejantanan" Yang Unik
+Membuatkan Lelaki & Wanita Tahu Kehadiran Anda
+Menyesuaikan "Chemistry" Anda Dengan Orang Sekeliling
+Membuat Minda Bawah Sedar Orang Sekeliling Anda Jadi Positif
+Meningkatkan Hormon Kelelakian Anda Secara Luaran!

KETERANGAN MINYAK RATU-
+ Memikat Pasangan
+Membuatkan Lelaki Rasa Tertarik
+Memberikan Anda Daya Aura Bau "Kewanitaan" Yang Unik
+Membuatkan Lelaki & Wanita Tahu Kehadiran Anda
+Menyesuaikan "Chemistry" Anda Dengan Orang Sekeliling
+Membuat Minda Bawah Sedar Orang Sekeliling Anda Jadi Positif
+Meningkatkan Hormon Kewanitaan Anda Secara Luaran!

KLIK LINK UNTUK MELIHAT TESTIMONI-TESTIMONI PEMAHAR-
http://eilrejam.blogspot.my/2016/01/album-testimoni-pemahar.html

UNTUK TEMPAHAN SILA WHATSAP SAYA DI-
011 13365536
sama-sama kongsi
sama-sama rasa
HIKMAH WALI OFFICIAL 







Sunday, April 30, 2017

KASIH IBUNDA


ASSALAM...
alhamdulillah...bertemu lagi kita diruangan yang semakin berhabuk ni,,,
maaf pertamanya kerana lama tak update kat sini...agak sibuk dengan tugasan-tugasan duniawi...
bulan lepas...lebih tepat dalam bulan 3...saya balik ke kampung...sebelah malamnya saja ronda-ronda ke pekan )(*&^%..nak dijadikan cerita,tengah minum-minum kat kedai mamak...ternampak sahabat lama...zaman sekolah dulu...saya pun pindah meja...buat-buat muka tak malu...hahaha...mula-mula bimbang jugak,takut salah orang...

dengan selamber saya bagi salam dan tanya betul ke ni mat *^(&...
dia terus senyum...
''nama zaman sekolah tu''

alhamdulillah...dia dah banyak berubah...dulu baran jugak sahabat saya ni...malam kami jumpa tu cara cakap pun dah slow...dulu saya selalu jalan-jalan ke rumah mat ni...kali terakhir saya ke rumah dia,dia bergaduh besar dengan mak dia...

saya tanya khabar mak sahabat saya ni...
tiba-tiba je raut muka dia berubah...
dari ceria,jadi redup...

''hang kenapa mat??''

''chik jom kita lepak dataran''

saya pun follow dia,sampai kat dataran kami duduk kat pokok besar tu...
sekali lagi saya tanya dia pasal mak dia...

kali ni jelas...ada air mata yang bertakung dikelopak mata dia...

''aku lama tak balik chik''
''aku menyesal tinggal mak aku dulu''

rupa-rupanya dia merajuk dulu...dia keluar dari rumah,merantau,sampai dah ada anak bini,tak balik-balik jenguk mak dia...

patut la lama aku tak nampak hang,aku ingat,aku sorang je yang hilang peta nak balik dulu...hehehe...

''mak aku dah tak ada chik,dia dah meninggal...''

ALLAHHU...aku minta maaf mat...aku tak tau...bila?

''bulan lepas''

''hang jangan ikut apa yang aku buat chik...hargailah mak hang selagi dia ada...selalu la bertanya khabar...balik la jenguk mak hang selalu''

kemudian mat terus cerita apa sebenarnya yang berlaku...

''Lepas aku bergaduh dengan mak aku dulu,aku lari dari rumah...aku keluar merantau ikut kawan-kawan aku...mak aku tak bagi aku keluar masa tu,dia suruh aku belajar lagi...aku dah tak boleh nak belajar dah masa tu...aku merantau ke selatan tanah air...kat sana aku kerja kilang,5 tahun aku kat sana,aku menikah dengan bini aku...dia orang seberang...aku tak bagitau sapa-sapa...mak aku sendiri pun tak tau...aku lansung tak balik rumah mak aku...la ni anak aku dah masuk 2 orang...

bulan 1 hari tu...aku terjumpa pak cik aku...dia datang bercuti kat tempat aku,dia cam aku...dia datang peluk aku...memang aku ada berhubung dengan dia sebelum ni...tapi aku tak bagitau aku duduk mana...dia pujuk suruh aku balik...dia cakap mak aku dah makin tak sihat...masa tu hati aku ni keras lagi..aku cuma cakap...insyaallah aku akan balik...

pertengahan bulan 1...tiba-tiba hati ni makin kuat ingat kat mak aku...aku makin rindu kat mak aku...aku sendiri pelik...aku ada kenal dengan 2-3 orang yang pandai bab mistik-mistik ni...bila aku tanya diaorang,diaorang cakap,mak aku buat jampi kat aku,suruh aku balik,...panas balik hati ni...
rupa-rupanya...bukan mak aku berjampi bagi aku rindu...tu semua petanda buat aku...

Hujung bulan 1,makin bertambah kuat aku teringat kat mak aku...tiap-tiap malam aku mimpi mak aku hulur tangan kat aku...dalam mimpi tu aku nampak muka dia...sedih...dia macam merayu suruh aku balik...bila dah tak tahan,awal bulan 2 aku ajak orang rumah aku balik )(*&^%...

sampai depan rumah mak aku...air mata aku gugur...terkenang aku zaman aku kecil-kecil dulu...kat rumah ni lah aku membesar...ternampak-nampak kat mata aku mak dengan arwah ayah bergurau kat tangga depan tu...

aku bagi salam...tak ada yang jawap...mungkin mak aku kat belakang rumah...
kat ruang tamu terhidang air kopi,air kegemaran aku,dalam piring ada kuih donat...pun makanan kegemaran aku...

tak cakap banyak,aku ajak orang rumah aku dengan anak-anak aku makan...
sekali lagi,gugur air mata aku...terkenang kenangan zaman aku membesar kat dalam rumah ni...

tengah sedap makan,anak aku yang sulong nak buang air kencing...aku suruh orang rumah aku bawa anak aku ketandas...aku masih menikmati kuih yang mak aku sediakan...aku cuma bagi arahan...

tengah sedap makan,aku dengar suara orang rumah aku menjerit,anak sulong aku menangis...
aku bingkas bangun menuju kearah dapur...terus keruangan tandas...aku tengok orang rumah aku jatuh terduduk,anak aku yang sulong,kaku...tangan dia tunjuk ke dalam bilik air...,aku terus menerpa kearah mereka....

ALLAH....mak aku...mak aku ada dalam tandas tu...kepalanya berdarah,kesan dia jatuh dalam dalam bilik air...patut la aku bagi salam mak tak jawap...aku pangku mak aku,sejuk tubuh badan dia...aku rasa nadi...dah tiada...INNALLILLAH....

hanya ALLAH yang tahu hati aku saat itu...sayu dan sedih yang teramat sangat...

mak.......

aku panggil jiran-jiran,maklumkan akan perkara yang terjadi...

seminggu selepas mak tiada...
pak cik aku datang melawat aku semula...

rupa-rupanya...
setiap pagi mak memang akan sediakan air kopi dan donat...bila pak cik tanya sapa nak makan?dia cuma jawap...
''mana nak tau,mungkin anak kesayangan aku balik pagi ni''

ALLAH....berdosanya aku pada mak aku...
air mata dah tak ada nilai masa tu....
aku teramat menyesal dengan perbuatan aku....

''chikk,jaga la mak kau...hargailah mak selagi ada...''


dalam tidak sedar...air mata aku turut sama mengalir...YA ALLAH...KAU AMPUNKANLAH SAHABATKU...KAU AMPUNKANLAH DIRIKU INI....

mak...sesungguhnya...kasih mu tiada ternilai...

pada semua sahabat...hargailah mereka yang masih ada...mak...kasihmu tiada nilai...
#sama-sama kongsi
#sama-sama rasa...
011 13365536
rejam



Thursday, April 20, 2017

ASMA' MINYAK HIKMAH WALI KELUARAN KE 65

assalam,insyaallah pada malam ini saya akan buat proses asma' minyak hikmah wali untuk keluaran ke 65...pada pemahar yang telah memiliki minyak hikmah wali dikeluaran sebelumnya,dan mahu turut serta melakukan proses asma',sila pm saya sebelum pukul 10mlm,alhamdulillah,minyak hikmah wali keluaran ke 65 akan di adun semula dan akan ditambah teras dan bahan adunan baru insyaallah...

Friday, March 10, 2017

PEMBUKAAN MAHAR HADIAH HIKMAH WALI KE 63




ASSALAM...
ALHAMDULILLAH...
DENGAN LAFAZ BISMILLAH,SAYA BUKA MAHAR HADIAH MINYAK HIKMAH WALI KELUARAN KE 63

1-MINYAK HIKMAH WALI+CINCIN PERMATA AKID
-BUKU PANDUAN
-HADIAH IRINGAN
-POS LAJU
RM80.00

2-MINYAK HIKMAH WALI+CINCIN PERMATA SERAI SAIZ 17(in stock 2 set)
-BUKU PANDUAN
-HADIAH IRINGAN
-POS LAJU
RM100.00

3-MINYAK HIKMAH WALI+PERMATA SERAI
-BUKU PANDUAN
-HADIAH IRINGAN
-POS LAJU
RM80.00

4-MINYAK HIKMAH WALI+PERMATA GERAHAM GAJAH(in stock 4 set)
-BUKU PANDUAN
-HADIAH IRINGAN
-POS LAJU
RM120.00

5-MINYAK HIKMAH WALI+PERMATA GEMUNGGAL GRED A
-BUKU PANDUAN
-HADIAH IRINGAN
-POS LAJU
RM120.00

6-MINYAK HIKMAH WALI+KEY CHAIN TERAS KEMUNING HITAM
-BUKU PANDUAN
-HADIAH IRINGAN
-POS LAJU
RM100.00

7-MINYAK HIKMAH WALI+MINYAK SYAWAT BUAYA
-BUKU PANDUAN
-HADIAH IRINGAN
-POS LAJU
RM100.00

8-MINYAK HIKMAH WALI+PERMATA BUNTAT KELAPA ORI(SET K1,K2,K3,K5)
-BUKU PANDUAN
-HADIAH IRINGAN
-POS LAJU
RM100.00

9-MINYAK HIKMAH WALI+PERMATA BUNTAT KELAPA ORI(SET KS3)
-BUKU PANDUAN
-HADIAH IRINGAN
-POS LAJU
RM150.00

10-MINYAK PUTERI SALENDANG
-PANDUAN PENGUNAAN
-POS LAJU
RM70.00

11-MINYAK BERTAB BUNIAN(EMAS)
-DALAM KUANTITI 3ML
-POS SEMENANJUNG RM10
-POS SABAH&SARAWAK RM15
MAHAR IKHLAS HATI


KETERANGAN-KETERANGAN MINYAK DAN ITEM:

KETERANGAN MINYAK HIKMAH WALI

MHW ini adalah minyak adunan,di asma’,embun dan masak…
Antara minyak adunan MHW

-kasturi kijang
-kasturi hijau
-kasturi hitam
-kasturi puteh
-zaffaron
-zaffaron Jinnah dan beberapa jenis minyak lagi

Di adun bersama akar-akar kayu dan teras-teras kayu…

Di antaranya ialah:

-buluh perindu
-bulu perindu
-cenuai bukit
-kemuning hitam
-raja kayu
-gaharu
-ayam emas
-getah kelulut(bahan baru)
-leklai
-beberapa jenis bunga dan bahan-bahan lain lagi

Di asma’kan dengan nama-nama ALLAH,doa sulaiman,ayat-ayat lazim,syifa dan doa-doa untuk tujuan pengasihan dan perubatan

Di asma’,di embun kan dan di masak untuk setiap keluaran…

Jalan ikhtiar untuk

-pengasihan umum
-keyakinan diri
-semangat diri
-perubatan altenatif(diberi dalam buku panduan)
-kerezekian
-ibu duit(dalam buku panduan)
-kerasukan(dalam buku panduan)
-pelaris
-pendinding
-pelembut hati anak,isteri@suami
-mandi buka aura(dalam buku panduan)
-mandi hilat@perubatan(dalam buku panduan)

Jangan letak MHW bersama barang-barang berkhadam kerana minyak ini bersifat anti khadam

Di ingatkan kepada semua sahabat dan pemahar…
Apa yang kita lakukan ini hanyalah ikhtiar,segalanya milik ALLAH SWT…
Yang saya maharkan ini hanya minyak,bukan keilmuan…



KETERANGAN MINYAK PUTERI SALENDANG

Keterangan MINYAK PUTERI SALENDANG
(bukan dari keluaran hikmah wali,minyak asal dari sahabat di acheh)
Hasil minyak (unknow)
Ikhtiar untuk:
-berkhadam
-pengasihan khas
-penaik aura diri
-pelaris
-wibawa diri
-penaik aura barang-barang berkhadam
-penaik aura batu permata@geliga

Panduan cara guna diberi dalam bentuk recording di whatsap

KETERANGAN TERAS KEMUNING HITAM
khasiat kemuning hitam ni banyak sebenarnya,saya cuba kongsikan sedikit buat semua...
diantaranya buang angin sesat dalam tubuh,sebu perut,lenguh tubuh,sakit sendi dan lain-lain lagi...cara amat mudah,cuma rendam teras dalam air,kemudian minum air teras ni tadi,tapi untuk wanita mengandung tidak digalakkan sama sekali,kerana air rendaman tadi bersifat panas,bimbang mengangu kandungan...
dalam bidang mistik pula...teras kemuning hitam ini memang agak popular...kerana khasiat dan keberkesananya dengan izin ALLAH...
andai ada diantara kalangan kita yang kena histeria@kerasukan,cukup dengan hanya letak teras ini dibahagian belakang tengkuk pesakit,bagi pesakit wanita cukup sekadar acu pada diantara kedua keningnya...selain itu(bagi perawat altenatif)teras ini juga digunakan untuk rendaman air mandi buat pesakit...bagi teras yang telah dibentuk seakan-akan senjata,digunakan sebagai medium untuk menarik bisa tubuh dan anasir-anasir yang mengangu tubuh pesakit...

KETERANGAN GERAHAM GAJAH
permata geraham gajah ini agak popular dikalangan peminat item-item mistik.
diantara khasiatnya ialah
-pembalik sihir
-pelaris
-pemanis
-pengasih

KETERANGAN GEMUNGGAL
permata teras gemunggal gred a

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah
Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.
Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.
Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin.
Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat.
Teras Gemunggal itu apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)
Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.
Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.
Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.
Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.

BENARKAH BEGITU?

BERDASARKAN PENGALAMAN DAN PENDAPAT SAYA,ADAKALANYA BOLEH BERLAKU DAN ADAKALANYA TIDAK MENJADI.

KENAPA BEGITU?BUKANKAH TERAS GEMUNGGAL@KELOR MEMPUNYAI KHASIAT SEPERTI DIATAS?

GUNAKAN LAH AKAL YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH,BERFIKIRLAH.KONSEPNYA SAMA SAHAJA,CONTOH,KITA SAKIT PERUT,KITA MAKAN UBAT,ADAKALANYA SEMBUH DAN ADAKALANYA SAKIT JUGA.WAHHAL UBAT TELAH DIAMBIL.FIKIRKANLAH.


TIDAK MENJADI KESALAHAN KITA MENCARI SEDIKIT IKHTIAR,TETAPI PERLU DIINGAT,KEPADA ALLAH LAH KITA BERTAWAKKAL.FIKIRKANLAH,JIKA SEKUMPULAN BERKATA TERAS GEMUNGGAL BENAR-BENAR HEBAT,LAGI HEBAT YANG MENCIPTANYA IAITU ALLAH YANG MENCIPTA SEGALANYA.

JADI?

PILIHLAH PEGANGANMU,DIANTARA 100% UNTUK TERAS GEMUNGGAL@KELOR  ATAUPUN 100% UNTUK ALLAH YANG MAHA BESAR.SEMUA YANG BERLAKU ATAS IZIN-NYA.WALLAHULAM.

Keterangan MINYAK BERTAB EMAS
Hasil minyak adunan bersama bertab emas
Ikhtiar untuk:
-pengasihan umum
-wibawa diri
-keyakinan si pemakai
-aura diri
Panduan cara guna diberi bersama minyak

KETERANGAN BUNTAT KELAPA
salah satu item yang dicari peminat-peminat barangan mistik
-buang bisa sengatan
-buang bisa tubuh
-ikhtiar santau
-anti basi

alhamdulillah...
setakat ini dulu...
insyaallah mahar hadiah ini akan dibuka sehingga hujung bulan 3 ini...
berminat boleh terus whatsap saya di
011 13363536
rejam
HIKMAH WALI OFFICIAL
''SAMA-SAMA KONGSI,SAMA-SAMA RASA''
eilrejam.blogspot.com


Monday, January 30, 2017

PENCARIAN


ASSALAM...
ALHAMDULILLAH...
dapat sekali lagi kita bertemu diruangan ini.ruangan dan garis usia perjalanan dalam pencarian dan pembelajaran,melalui pelbagai cara,daya keilmuan dan kefahaman itu diperolehi....

kefahaman memalui sesuatu perkara itu berdasarkan keilmuan masing-masing...
makin ia terbang tinggi...makin ia halus dalam mentafsir dan memahami segala sesuatu yang datang dalam hidup...

kisah guru@cikgu...

kisah ni jadi bertahun yang sudah...semasa kisah ini terjadi,ramai diantara mereka ini masih boleh aku berbicara,masih boleh aku bergurau senda...masih boleh aku meng'aminn'kan doa mereka...

seperti biasa selepas berpenat lelah di bengkel,aku balik berehat...tengah lepak depan rumah...tengah sedap melayan kopi o bersama surya...hehehe...datang seorang hamba ALLAH yang amat-amat aku rindui saat ini...ayah...bila dah duduk sekali bertentang mata...macam-macam kata nasihat ditaburkan...aku cuma pasang telinga walau kadang-kadang berdesing juga telinga ni...bila tengok ayah dah slow...boleh layan kopi sekali,aku mula bertanya...

''ayah,macam mana nak cari guru??''

soalan yang mudah...kerana semasa itu keghairahan aku untuk menuntut keilmuan-keilmuan dalam bidang pencarian dalam hidup ini amat-amat tinggi...

jawapan yang aku terima tidak seringkas soalan yang aku bagi...

''dalam nak berguru ni kena pastikan dulu guru yang hang nak cari...bukan guru yang cari hang''

''P mengaji pondok,kalau orang dulu bayaq dengan kudrat,dengan keringat,dengan taat setia...lagu tu jugak la kalau hang nak cari guru,kalau guru yang cari hang,sama macam guru yang hang p belajaq kelas tambahan,kena bayaq...dia mai cari mak pak,kena bayaq untuk usaha dia...dalam bab nak belajaq ilmu atas dunia ni kira dah bagus,tapi kalau guru dalam pencarian tu boleh kita kata jual ilmu...''

''ada beza yang besaq diantara kedua jenis guru ni tadi...kalau cikgu sekolah.sebelum dia jadi cikgu kat sekolah,guru besar tengok dulu,dia ni belajaq kat mana??dia p 'U' mana dulu,berapa tahun dia belajaq,keputusan dia belajaq tu layak tak untuk dia jadi cikgu...''

''sama juga macam guru-guru yang hang nak cari...tanya dulu sanad dia...kalau sanad ilmu dia pun tak tau,berkawan la...kot-kot boleh sama-sama ubah...berguru??? hang kena cari yang lain pulak...

''hang kena ingat,murid cari guru,bukan guru cari murid''

Ya...kata-kata itu aku gengam sehingga kini...

kefahaman seseorang bergantung kepada keilmuan seseorang...

seorang kanak-kanak yang baru mula mengenal huruf...apabila kita tunjukkan abjad 'A',dia akan nampak 'ayam','apple' beberapa lagi perkara yang berkaitan huruf 'A' seperti yang diajar oleh cikgunya....

lain pula pandangan dan kefahaman seorang dokter...'A' mungkin kefahaman nya tentang jenis darah...
begitu jugalah pandangan dan kefahaman orang lain tentang huruf 'A'..bergantung atas keilmuan masing-masing...

saya bagi satu lagi contoh...

'SEPAK'

sahabat semua baca macam mana???

satu ejaan yang mewakili dua jenis gerakan tubuh yang berbeza..
sepak(gerakan mengunakan telapak tangan,hasil gerakan keseluruhan tangan)
sepak(gerakan mengunakan kaki,hasil gerakan seluruh kaki)
namun kedua gerakan terhasil bermula dari pangkal...

satu lagi contoh....
semasa dibilut...masa ni kami buat program mengenal akar kayu,seorang hamba ALLAH ni pun turut serta...tengah sedap bersembang bab solat,dia kata ''solat kita ni sekali je diterima''...
ramai yang buat akal kefahaman sendiri,disini lah yang dimaksudkan tentang kefahaman itu atas keilmuan masing-masing...ramai yang cakap hamba ALLAH ni gila dan sesat...tak kurang juga ada yang dah mula menabur cerita,ada juga yang dah mula rasa dialah ''hakim''..

ayat yang mudah dan senang dilafaz,namun kefahaman itu bukan semua yang faham...

saya cuba bagi jawapan mudah,moga-moga sahabat semua dapat memikirkannya...
hamba ALLAH tu cakap,''solat kita ni sekali je diterima''
adakah kita hanya perlu solat sekali sahaja dalam hidup??

jawapan mudah dan ringkas yang saya nak bagi...

KITA TAHUKAH BILA SOLAT KITA DITERIMA???
insyaallah cubalah sahabat semua jawap pada diri sendiri....


pesan bentara guru...
hendak berguru...
belajarlah dulu langkah seribu...
cukurlah seluruh bulu ditubuhmu...
buanglah sepuluh sifat jelek dalam dirimu...

di akhir tinta ini saya nak kongsikan kata-kata dari seorang hamba ALLAH,yang menjadi guru,mentor dan tempat saya menumpang kasih dia sebagai ayah....

''YANG KITA TAK TAHU JANGAN DI ANGGAP SALAH,
YANG KITA TAHU JANGAN DI ANGGAP MUDAH,
BELAJARLAH APA YANG KITA TIDAK TAHU,
AGAR KITA TIDAK KELIRU''


setakat ini dulu perkongsian kali ini...
insyaallah...andai masih diberi kesempatan daya dan usaha kita bertemu lagi pada perkongsian akan datang...

''INGAT,BERGURU BIAR BERTALAKI,BUKAN MENGIRIM IJAZAH DARI GOOGLE,FB DAN WHATSAP''


HIKMAH WALI OFFICIAL
0172935739
sama-sama kongsi
sama-sama rasa

Thursday, January 19, 2017

PEMBUKAAN MAHAR HADIAH MINYAK HIKMAH WALI KELUARAN KE 61

ASSALAM...

PEMBUKAAN MAHAR HADIAH MINYAK HIKMAH WALI KELUARAN KE 61.

MINYAK HIKMAH WALI 8ML
-BULUH PERINDU
-BUNGA BULUH PERINDU
-HADIAH IRINGAN

MAHAR
RM67.00sm
RM70.00Sss


MAHAR BATU BUNTAT KELAPA

K1,K2,K3,K5
MAHAR RM40.00

KS3
MAHAR RM60.00

MAHAR PERMATA GEMUNGGAL
KECIL RM60.00
BESAR RM80.00

PEMAHAR DENGAN NILAI RM200 KEATAS LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH BAJU JEMAAH HIKMAH WALI UNTUK MAHAR HADIAH KELUARAN KE 61
PERMATA GEMUNGGAL

PERMATA BUNTAT KELAPA

MINYAK HIKMAH WALI



Assalam…


Keterangan MINYAK HIKMAH WALI…


MHW ini adalah minyak adunan,di asma’,embun dan masak…


Antara minyak adunan MHW


-kasturi kijang


-kasturi hijau


-kasturi hitam


-kasturi puteh


-zaffaron


-zaffaron Jinnah dan beberapa jenis minyak lagi


Di adun bersama akar-akar kayu dan teras-teras kayu…


Di antaranya ialah:


-buluh perindu


-bulu perindu


-cenuai bukit


-kemuning hitam


-raja kayu


-gaharu


-ayam emas


-getah kelulut(bahan baru)


-leklai


-beberapa jenis bunga dan bahan-bahan lain lagi


Di asma’kan dengan nama-nama ALLAH,doa sulaiman,ayat-ayat lazim,syifa dan doa-doa untuk tujuan pengasihan dan perubatan






Di asma’,di embun kan dan di masak untuk setiap keluaran…






Jalan ikhtiar untuk


-pengasihan umum


-keyakinan diri


-semangat diri


-perubatan altenatif(diberi dalam buku panduan)


-kerezekian


-ibu duit(dalam buku panduan)


-kerasukan(dalam buku panduan)


-pelaris


-pendinding


-pelembut hati anak,isteri@suami


-mandi buka aura(dalam buku panduan)


-mandi hilat@perubatan(dalam buku panduan)






Jangan letak MHW bersama barang-barang berkhadam kerana minyak ini bersifat anti khadam






Di ingatkan kepada semua sahabat dan pemahar…


Apa yang kita lakukan ini hanyalah ikhtiar,segalanya milik ALLAH SWT…


Yang saya maharkan ini hanya minyak,bukan keilmuan… link ke album testimoni:http://eilrejam.blogspot.my/2016/01... link ke blog HIKMAH WALI OFFICIAL:www.eilrejam.blogspot.com link ke pages:https://www.facebook.com/PRODUKHIKM... link ke pages ke dua:https://www.facebook.com/Hikmah-Wal... link ke group fb:https://www.facebook.com/groups/hik... link mesej fb:https://www.facebook.com/eilrejam# :https://www.facebook.com/PRODUKHIKM... :https://www.facebook.com/Hikmah-Wal...


Mahar asal rm66.00 semenanjung


Mahar asal rm69.00 sabah dan Sarawak


Mahar akan direndahkan apabila dibuka minggu mahar hadiah


Untuk tempahan boleh whatsap saya di 0172935739…


Testimoni pemahar ada di pages saudagar minyak dan botol kosong dalam album testimoni pemahar…

Friday, January 13, 2017

HIKAYAT RAHSIA




TELAH beberapa purnama...
tidak aku membuka diri...
menyampai khabar berita buat mereka...
kini tergerak hati...
melaksana ia akan aku...
mengirim diri dialam nyata didalam bayang...

MULA langkah telah diatur...
selangkah kedepan demi menyusun...
pabila bayang datang membayang...
tercampak aku didalam bayang...

JELAS kini dihadapan mata...
bagai melihat lakunan semula...
bayang menghilang dihadapan mata...
gerak lakunan dimain semula...

kisah bermula di tanah jawa...
bergulung dalam lipatan abadnya...
dua kekasih bermula cinta...
tari disambut geri hatinya...
tanda berkumtum kasih juga cintanya...

bertemu semula ditepian sumur...
bermadu kasih tetap adat dijunjung...
janji setia mula ditabur..
kan jejak kakinya di tanah daulat dijunjung...

dimana tanah mu tetap ku pijak,
dimana udaramu tetap sama ku bernyawa...
walau ber aral tidak ku berganjak...
kerana padamu telahku serahkan nyawa...

berpisah mereka diselang waktu...
pulangnya laksamana mengunung rindu...
puteri dikasih duduk termenung...
berharap tali dapat disambung...

banyak purnama telah lamanya...
puteri resah rawan rindunya...
ikutkan kata hati berangkatlah ia...
ke gunung menanti arjunanya dia...

khabar diterima ditanah berdaulat...
sang laksamana menerima perintah rajanya...
bersarat dihati rindu tak terubat...
meminang puteri buat pemerintahnya...

pertama kali bertentang mata...
jantung terhenti jiwa berbicara...
bagai hilang telah isi segalanya...
bersatu laksamana bersama puteri indahnya...

namun perintah tidak boleh dipersia...
junjungan daulat perlu diterima...
walau kasih mengunung dipandang sia...
walau cinta belum mekar berbunga...

khabar duka disampaikan jua...
walau hati terguris dan luka...
puteri menangis tidak terkira...
kasih diharap racun yang menimpa...

syarat diberi tanda murka nya...
7 dulang bersulam darah istimewa...
bukan niat memberatkan cara...
hanya petanda pinangan tidak diterima....

kecewa laksamana bukan kepalang...
terhiris hati daulat dijulang...
larilah dia hingga senja menjelang...
membawa diri dirasa walang...

sari dibuang dicantuman sumur...
di tiga arah dia berjemur...
mengukir janji dipahat umur...
tidak kan jejak kaki di negeri makmur...

murka sultan bukan kepalang...
walau rebah istana beralang...
sumpah daulat kini dijulang...
pabila terlihat kan tumpah darah berulang-ulang...

hilang puteri disebalik gunung...
membawa diri duduk termenung...
menanti laksamana disebalik relung...
kerna cintanya tidak berpenghujung...

alamat diberi sapaan diri...
hadir laksamana menunjukkan diri...
maaf dipohon memperkenalkan diri...
agar puteri tidak terus menunggu lagi...

''kau dan aku bersama erti...
diriku ini bagai kamu didalam diri...
sama kita di adab adat dan diri...
tidak mungkin cinta ini dapat bersemi...''


kabur pandangan bayang menghilang...
tertolak aku disebalik limbungan...
terkedu kata lisan terpalang...hilang aku dalam bayangan....

balik aku ketempat asal...
dimana mula disitu akhirnya...
sedikit hati tidak menyesal...
kerana terjawab cerita hikayat akhirnya...

sari masih menunggu keturunannya...
berdarah waja cekal hatinya...
di cantuman tiga sumur adanya...
meniti detik kan keluarlah ia...


''tanah itu yang kamu pijak,tanah itu jualah yang ku pijak,
udara itu yang kamu sedut,udara itu jualah yang aku terima...''

''cinta itukan kekal bersama ku digunung ini...
bersemadi disebalik awan...
dilata ke tujuh bersemayan diriku kini...''


yang disangka laksamana rupanya punya lenggok pada jalannya...
yang disangka tegap,rupanya punya lekuk pada tubuhnya...

''HIKAYAT RAHSIA...''



Thursday, January 12, 2017

MAHAR HADIAH

ASSALAM...
ALHAMDULILLAH...
KALI NI SAYA BUKA MAHAR HADIAH UNTUK ITEM-ITEM TERSEBUT.
UNTUK KHASIAT BOLEH TERUS WHATSAP SAYA DI 0172935739


CINCIN PERMATA SERAI SAIZ 17-18
MAHAR HADIAH RM60.00
-CINCIN
-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
-SET MINYAK KASTURI
POS RM7.20SM,RM11SS
 CINCIN PERMATA BADAR SAIZ 18-19
MAHAR HADIAH RM100.00
-CINCIN
-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
-SET MINYAK KASTURI
POS RM7.20SM,RM11SScaption

CINCIN PERMATA BATU SARANG ULAR SAIZ 20-21
MAHAR HADIAH RM360.00
-CINCIN
-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
-SET MINYAK KASTURI
POS RM7.20SM,RM11SS

CINCIN PERMATA AKID SAIZ 17-18
MAHAR HADIAH RM60.00
-CINCIN
-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
-SET MINYAK KASTURI
POS RM7.20SM,RM11SS

 PERMATA GERAHAM GAJAH
MAHAR HADIAH RM60.00
-PERMATA GERAHAM GAJAH
-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
-SET MINYAK KASTURI
POS RM7.20SM,RM11SS

PERMATA GERAHAM GAJAH
MAHAR HADIAH RM60.00
-PERMATA GERAHAM GAJAH
-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
-SET MINYAK KASTURI
POS RM7.20SM,RM11SS

MINYA 1000 BUNGA MILKY
RM60.00
POS RM7.20SM,RM11.00SS

CINCIN PERMATA SERAI SAIZ 17-18
MAHAR HADIAH RM100.00
-CINCIN
-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
-SET MINYAK KASTURI
POS RM7.20SM,RM11SS

PERMATA GERAHAM GAJAH
MAHAR HADIAH RM60.00
-PERMATA GERAHAM GAJAH
-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
-SET MINYAK KASTURI
POS RM7.20SM,RM11SS

PERMATA GERAHAM GAJAH
MAHAR HADIAH RM60.00
-PERMATA GERAHAM GAJAH
-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
-SET MINYAK KASTURI
POS RM7.20SM,RM11SS

CINCIN PERMATA SERAI SAIZ 17-18
MAHAR HADIAH RM60.00
-CINCIN
-MINYAK HIKMAH WALI 3ML
-SET MINYAK KASTURI
POS RM7.20SM,RM11SS

ALHAMDULILLAH...BAIK INSYAALLAH...ANDAI BERMINAT BOLEH TERUS WHATSAP SAYA DI 0172935739...
TERIMA KASIH SEMUA...
SAMA-SAMA KONGSI
SAMA-SAMA RASA
HIKMAH WALI OFFICIAL


Wednesday, January 11, 2017

SAHABAT



assalam...
selamat pagi donia...
alhamdulillah...masih diberi peluang tika dan saat ini...

SAHABAT...


“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” (Riwayat Abu Daud)

“Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan.” (Riwayat Muslim)

“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

1 . iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,

2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,

3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,

4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,

5. menziarahinya ketika sakit,

6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan

7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

(Riwayat Ibnu Babawaih)

DI dunia kini muncul 2 jenis sahabat yang amat2 terkenal...
jenis yang pertama...sahabat yang mendoakan sahabat didalam diam....alhamdulillah andai anda bertemu dengan sahabat seperti ini...

jenis kedua...jenis ''diam'' juga...yakni apabila berhutang pada sahabatnya dan dia diam seribu bahasa...umpama tak kenal didepan mata....moga kita terlindung dari jenis ini...andai masih punya sahabat seperti ini...redhalah...ujian dari ALLAH itu datang dari pelbagai rupa...punya 3 cara untuk menegur...gunakanlah...

PADA SAHABAT-SAHABAT AKU...YANG PERNAH MAKAN SEPINGAN,MINUM SECAWAN...YANG ENTAH KENAPA DIAM SERIBU BAHASA,WALAU HUTANG MU JUGA BERIBU RINGGIT MALAYSIA...LILLAH HITAALA...DI PAGI YANG MULIA INI,AKU HALALKAN SEGALA MALA HUTANG PIUTANG KAMU TERHADAP AKU,ANDAI AKU MASIH BERHUTANG DENGAN KAMU...MAKA DATANGLAH PADAKU...NYATAKAN HUTANG AKU KEPADA KAMU...INSYAALLAH AKAN AKU CUBA LANSAIKAN...TERUSKAN LAH KEHIDUPAN KAMU...AJAR DAN DIDIKLAH PUSAKA KAMU AGAR TIDAK MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DICERITAKAN PAJANG LEBAR DI DALAM AL-QURAN....MOGA AKU DAN KAMU TERLEPAS DARI URUSAN INI PABILA KEMBALI KE 357...
APA TU????LUBANG KUBUR KITA....

REJAM...

KISAH KUBURAN DIDALAM RUMAH

KISAH KUBUR...
ASSALAM...
ada diantara kita takut bila lalu tepi kubur...
ada yang yang lansung tak mau pandang tanah perkuburan sebab terlalu takut dengan momokan kisah terdahulu...
DAN...
tanpa sedar didalam rumah kita sendiri ibarat kuburan andai tidak diusik senaskah AL-QURAN...
“Janganlah kalian menjadikan rumah kalian bagai kuburan. Sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan.” (HR. Muslim).
“Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang di antara kalian meletakkan salah satu kakinya di atas kakinya yang lain, sambil bernyanyi dan meninggalkan Surah Al-Baqarah tanpa membacanya. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah bagian dalam rumah yang hampa dari kitab Allah (Al-Qur’an).” (HR. An-Nasa’i).
“Bacalah Al-Baqarah, karena membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkannya adalah kerugian. Dan, para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkau (pembacanya).” (HR.Muslim).
jadi pilihlah...
sama ada nak membina istana bahgia@kuburan di bayang mata...
''seribu nikmat tak pernah cukup,
senaskah AL-QURAN tak habis dibaca''
eilrejam.blogspot.com