klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Saturday, January 16, 2021

MISTIK(KETERLALUAN)



 assalam buat semua sahabat-sahabat..
apa khabar semuanya..moga berada dalam kesejahteraan dan rahmat ALLAH SWT...

dah lama kita tidak bersua diruangan ini,dah naik berhabuk blog ni...

musim-musim wabak ni macam berlaku...ada diantara kita dah nak dekat setahun tak dapat bertemu mata...

rindu pada sahabat-sahabat..

untuk kisah kali ini..
bersesuaian dengan tajuknya...

kisah pengalaman salah seorang sahabat kita...
sebulan yang lepas saya ke rumah beliau,menyantun dan bersapa...

banyak yang kami kongsikan...

sehingga lah masuk kepada cerita tentang mistik..

saya sedia mendengar dan menerima segala cerita yang ingin disampaikan....

cerita dari sahabat...

cerita tentang ikhtiar 'orang mistik'

kenal sahaja aku dengan nama ahmad...
aku ada kenalan yang tinggal berdekatan kampung L@#^% B*&$%...

SEPERTI biasa setiap bulan aku ke rumah rosli(bukan nama sebenar)...
untuk bersembang dan juga hobi aku...
memancing...

RUMAH rosli ni ada kolam ikan...
sambil-sambil bersembang biasanya aku akan melabuhkan joran...

ini cerita sebelum kejadian tersebut...

AKU juga manusia biasa,ada masa sakit dan ada masa sihat...
setelah 3-4 bulan aku tidak ke rumah rosli...
tebal rindu rasa dihati hendak berjumpa dengannya...

TANPA banyak arah,aku terus memandu kereta menuju ke rumah rosli...
seperti biasa aku akan ''park'' kereta aku dibahagian belakang rumah...

rumah rosli ni dalam kebun...

TURUN dari kereta bagai ada renjatan pada tubuh badan aku...
meremang bulu roma...
bergetar tubuh badan aku...

DENGAN LAFAZ BISMILLAH aku mula ''berbicara''
dihadapan mata bagai ada gumpalan asap hitam menjelma...
menyeringai ngeri memandang tepat ke mata aku...

semakin lama semakin berbentuk asap hitam itu...

wajahnya semakin jelas kelihatan...
matanya merah menyala,dengan rambut kusut masai,bau bangkai mula menusuk masuk ke hidung...

''wahai makhluk ALLAH,aku baharu kau juga baharu''

bagai gegar gempita,terasa telapak kaki bergegar,bagai lintar memanah pepohon,
kuat dan kasar suara lembaga itu membalas kata-kata aku...

''tidak layak kau disini,bukan disini urusan kamu!!''

AKU sedar,ini bukan bahan mainan...sepertinya ''dia'' terpasak ditanah ini...

sekali lagi persediaan perlu dilaksanakan...

BANGKIT DIRI...
DENGAN LAFAZ BISMILLAH...
alam sahu mat sahu kaf sahu
wahai........

sehabis ayat bangkit dilafazkan,makhluk tadi kembali pada gumpalan asap...
dari berbentuk,kembali berpecah tanpa arah...
terbang mengikut angin bersama hilaian seakan mengejek aku...

KUAT rasa hati untuk ketempat munculnya makhluk tadi...

BISMILLAH DAN SELAWAT setiap melangkah kaki kanan...
hanya berkaki ayam...

tidak sampai 3 langkah,bagai ada akar-akar berselirat melingkari kaki aku...
aku kuatkan lagi bacaan selawat sehingga sampai kehujung kawasan tersebut,dimana tempatnya muncul makhluk tadi...

SAMPAI disitu,tiba-tiba terasa amat berat kepala,berserabut,celaru,terasa seperti hendak marah,sedih bercampur baur...

AKU berikhtiar...
lam 4 dibuka..
tapak tersebut cuba aku kunci dengan izin ALLAH
dengan gerak lafaz dan niat
laa yamut,yaa hayyun......


SEPI...
Keadaan kembali normal seperti sedia kala....

AKU kembali ke kereta untuk turunkan barang-barang aku dan terus menuju ke rumah rosli....

SAMPAI di hadapan rumah rosli,sekali lagi aku terkejut...

Rosli...
sahabat aku...
YA ALLAH dugaan apakah ini....

BERSAKSI mata aku..
rosli kelihat amat tidak bermaya..
kurus,lesu..
hinggakan untuk berjalan perlu berpapah...
orang yang sebelum ini amat kuat tenaganya...
ceria orangnya...
kini lesu tidak bermaya...
sungguh...
segalanya hanya pinjaman dari ALLAH SWT...

SAYU hati ini melihat keadaan rosli,gugur air mata aku melihat keadaannya yang benar-benar lesu...

AKU menberi salam..salam dijawab dengan hanya gerak bibir dan lambaian tangan...
DENGAN izin ALLAH,aku tahu ini bukan ''sakit'' biasa...

PERTAMA kalinya dalam hidup,aku membuka nama tanpa izin..

DENGAN LAFAZ BISMILLAH...
assalammualaikum ibukan bumi....
salam ku beri.......

selepas membuka nama,muncul kembali makhluk tadi...
tetapi kali ini jelas berbentuk...
bertenggek diatas bahunya rosli...

ASTAGA...
dugaan apakah ini...

bersambung......