klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Thursday, May 19, 2016

DARI TIADA KEPADA ADA KEPADA TIADA PART4









bertahun setelah kejadian itu...aku berubah...
hinggalah aku berkahwin...
aku mula kembali pada kehidupan gelap...
lantaran kesesakan wang ringgit...
aku kembali pada dunia gelap.....


AKU bernikah dengan sorang gadis dari negeri timur...atas dasar cinta dan sayang...
namun,hanya permulaan keindahan itu dapat kami kecapi...diawal perkahwinan kami,kami tinggal di pulau pinang dan aku bekerja di kilang sea @#$%...tak sampai sebulan aku berkahwin dengan isteri aku,aku diberhentikan kerja...kenapa aku diberhentikan???cukup lah sekadar kamu semua tahu yang aku masih tak boleh buang perangai lama...balik dari tempat kerja,aku sampaikan pada isteri aku yang aku telah dibuang kerja...tiada kata-kata yang mampu isteri aku lafazkan...

PASRAH....

aku dan isteri pasrah...aku???dah putus asa...aku nak pindah balik ke kampung halaman...
duit yang berbaki masih ada RM70.00...kami bahagikan duit tu...aku ambil rm20 dan isteri aku ambil rm50...dia balik naik bas dan aku naik mato...aku hantar isteri aku ke stesen bas sebelah tapak pesta,lepas isteri aku naik bas aku terus bawak moto dan keluar dari pulau pinang...sepanjang jalan di atas jambatan pulau pinang hati aku sayu...air mata mengalir...disini aku pernah mencari rezeki,tapi terpaksa aku tinggalkan untuk mencari kembali peluang yang ada di tempat asal aku...

SAMPAI,dikampung halaman,berminggu aku tak ada kerja...tiap-tiap hari aku dengan orang rumah keluar ke bandar...sama-sama cari kerja...akhirnya aku buat keputusan untuk ambil upah kerja-kerja ladang,menebas dan mesin rumput...alhamdulillah...walau hasil tak banyak,namun cukup untuk kami sekadar mampu buat masa tu...

Hingga lah aku diterima bekerja di sebuah kilang di bandar @#$%^&*...dan isteri aku bekerja dengan seorang hamba ALLAH yang menjual lemang di bandar @#$%^&*...setiap hari kami akan keluar ke bandar sama-sama...selepas subuh kami akan naik moto bersama-sama...isteri aku akan aku tinggalkan dirumah kakak aku,dan aku akan terus ke kilang...aku akan tamat tugas pada pukul 12malam...balik dari kilang aku akan ambil isteri aku di rumah kakak aku di ch@#$%^...sehinggalah kandungan isteri aku semakin membesar...kami masih berulang alik kerja bersama-sama...isteri aku lahirkan anak pertama kami pada 10syawal...

alhamdulillah...rezeki dari ALLAH...kehidupan kami semakin baik...walau tidak sesenang orang lain...tapi kami dah mampu beli kereta sendiri dan menyewa di taman h#$%^&*...
kami masih kesuntukan wang ringgit...pernah aku dan isteri teringin nak makan sotong....kami kepasaraya t#$% f@#$$...kami ambil sotong yang besar dan pergi timbang...bila tengok harga...ALLAH...rm27.00...kami tak mampu...kami tinggalkan sotong tu...kebetulan hari tu hari sabtu,aku bawa isteri aku ke pasar malam m@#$%^&...disana ada orang jual sotong dalam pinggan...satu pinggan rm5...aku beli sotong tu...balik rumah isteri aku masak sotong tu dan kami makan sama-sama...mengalir air mata aku...isteri aku...sungguh selera aku tengok dia makan...
YA ALLAH...sayu hati aku...
aku tekad...aku akan senangkan isteri aku...

DUGAAN...
aku dibuang kerja...
sekali lagi kawan lama datang bertandang...dia mahu aku ikut dia...
disebabkan kesempitan hidup...aku kembali kedunia gelap...
kerja aku hanya buat kutipan disetiap kawasaan jagaan...
setiap malam hasil yang lumayan akan aku bawa pulang...
aku semakin hanyut...segala yang aku buat tidak sekalipun aku ceritakan pada isteri aku...
dunia aku makin gelap...aku dah mula pandai ke tempat-tempat judi VIP...
aku semakin lupa apa yang pernah aku lalui...sehingga lah pada suatu malam...
ALLAH telah memberi aku peringatan...

hari tu badan rasa penat sangat,sendi-sendi tubuh rasa bisa menjalar,kepala rasa pening...aku tengok jam dah dekat pukul 10 malam...akhirnya mata mengantuk dan aku terus tertidur...dalam tidur,aku rasa diri aku seperti menghadiri satu majlis,nampak bangsal kenduri,ramai orang kat situ,aku pun gerakan kaki menuju ke bangsal tu,orang ramai seperti sedang melihat sesuatu di tengah kawasan bangsal,bila semakin hampir,aku dapat lihat degan jelas 2-3 orang berjubah putih dan berserban sedang menguruskan jenazah ditengah bangsal...aku pun berhimpit-himpit dengan orang ramai nak tengok jenazah tu,semakin hmpir makin dapat aku tercium bau,bau yang amat busuk dan meloyakan,bau darah hanyir dan nanah,terdengar alunan zikir orang-orang yang sedang uruskan jenazah tu....hati makin kuat untuk melihat dengan jelas siapakah jenazah itu...aku kuatkan hati cekal kan jiwa,bila aku sampai betul-betul di barisan depan,alangkah terkejutnya aku,muka jenazah tu hitam,tubuhnya lebam dan mengeluarkan darah dan nanah...mengigil aku satu badan,bila diamati wajah jenazah tu,barulah aku sedar,terpancul dari mulut,''YA ALLAH''...itu jenazah aku,tubuh aku,wajah aku,diri aku...tiba-tiba terasa badan seperti di ikat,aku cuba melawan sekuat hati,tapi tidak mampu,akhirnya aku tewas,aku pejamkan mata,bila aku buka balik mata,aku dapati diri aku sedang dikafankan orang-orang berjubah tadi...YA ALLAH,hanya ALLAH saja yang tahu hati aku masa tu,takut yang teramat sangat...terasa orang-orang berjubah mula menggikat tali-tali,apa bila sampai didada,aku seperti lumpuh,apabila orang-orang berjubah mahu menggikat tali di bahagian kepala,bagai ada satu tenaga yang hadir,aku mampu berkata-kata,aku memandang pada orang berjubah,dan aku berkata''saudara,jangan lah ikat dibahagian kepala,tolong lah hanya lipatkan dan letak lebih lipatan itu dibawah kepala aku''org berjubah itu laksanakan permintaan aku,aku angkat sedikit kepala aku supaya dia dapat letakakan lipatan kain tu bawah kepala aku,masa itu aku redha,aku serahkan segalanya pada ALLAH SWT...apabila aku jatuhkan kepala atas lebihan kain tadi,terdengar suara yg amat kuat,''bertaubatlah selagi ada waktu,berbuat baiklah sesama makhluk,tunaikan lah kewajipan atas kamu,ingatlah pada ALLAH yg satu''sebaik habis kata-kata itu,aku tersedar,berpeluh satu badan..bila aku toleh kekanan,terlihat isteri dan anak sedang tidur dengan lena....YA ALLAH,aku memohon keampunan pada mu atas setiap kesalahan yang aku lakukan...terasa teramat kerdil diri ini yang menumpang di alamNya...tersedar aku atas segala kesilapan aku...aku bersyukur ALLAH beri aku peluang untuk bertaubat,sesunguhnya aku fakir didunia ini...terlalu banyak dosa yang aku lakukan....selepas kejadian itu,dalam tempoh 2-3 hari aku bagai orang yang hilang akal...apa yang aku tahu cuma rasa takut yang teramat sangat...alhamdulillah segalanya dapat diterima dengan hati yang berserah hanya pada ALLAH...aku juga ada bertanya pada tok ayah lang @#$%^,katanya''apa yg kamu lihat itu adalah dosa kamu,maka berubah lah kearah kebaikan''...selepas kejadian itu,ada rakan-rakan yang kata aku berubah,ada yang menerima dan ada yang mencela...hari ini tergerak hati aku untuk bercerita apa yang terjadi pada aku,pada sahabat-sahabat,maafkan aku jika aku telah melakukan kesilapan pada diri hati kalian...aku insan yang fakir,sentiasa melakukan kesilapan,pada isteriku,aku memohon maaf atas segala yang telah aku lakukan...dan aku memohon maaf pada semua yang telah aku buat kesilapan...sebenarnya kerana peristiwa inilah aku jadi seperti sekarang...aku bersyukur diberikan kesempatan untuk bertaubat...akhir kata dari aku,selagi ada hayat,selagi ada nafas,selagi ada nyawa,bertaubat lah atas segala kesilapan yang kita lakukan,kembali lah pada jalan yg di beri oleh ALLAH...maafkan aku andai ada yang tersingung perasaan...aku insan yang fakir...moga ikatan persahabatan ini kekal hingga ke 'sana'.


.......bersambung......

MAHAR IKHLAS HATI MINYAK TENGKU SIAH


assalam/salam sejahtera
minyak TENGKU SIAH{gunong gurudo}pada yang mampu insyaallah boleh 'buka' malam ini jam12.30mlm..
minyak ini hasil gabungan getah kelulut,kulit rusa dan beberapa lagi bahan adunan alami...
insyaallah dijadikan sebagai penganti minyak HARUN BIN ALI...
untuk tujuan ikhtiar
-pengasihan umum dan khas
-keyakinan diri
-semangat diri
-aura tubuh
-penaik aura barang-barang berkhadam
-kerezekian
-menganyir
-penunduk
saya akan keluarkan hanya 5 botol sahaja untuk pemaharan kali ini...
setiap satu botol akan dimahar dengan nilai ikhlas hati....
tidak termasuk wang pos laju...(rm10)...
untuk tujuan pukul jarak jauh,seru nama,bangkit khadam,tangkap roh perlu berdepan@belajar berhadapan....
jika berminat boleh terus pm saya di 0172935739...
saya akan tutup mahar pada pukul 7petang hari ini,tebus mahar sebelum jam 7.30 petang..
terima kasih atas sokongan dan perhatian...
perbincangan lanjut di group whatsap hikmah wali...



Tuesday, May 17, 2016

DARI TIADA KEPADA ADA KEPADA TIADA PART 3








TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR AKU ERTI HIDUP...walau dengan cara kau...banyak yang dapat aku belajar...bab niaga??aku ingat apa yang kau pesan...

''biar rugi sikit,jangan lansung tak ada untung''




''MAK KITA SEGALANYA UNTUK KITA''

ayat lu wa simpan sifu...

sampai rumah aku menangis semahunya...menatap wajah mak dan ayah...

TERIMA KASIH YA ALLAH...
namun ini lah yang dikatakan perjalan hidup...bertahun selepas itu aku kembali kedunia gelap.....

16/2
tarikh yang tak ada akan lupa...ayah...

dia pergi selamanya...

16/02

2-3 hari seblum tiba tarikh 16/2
pelik...ayah selalu nasihat aku...nasihat kawan2 aku...setiap kali kawan2 aku datang rumah@minum2 kat kedai mesti dia datang sembang skali...mcm2 nasihat dia bagi...

12/02
ayah masuk bilik aku...dia bagi top up kat aku rm50...dia suruh aku masukkan dalam henset dia...aku bergurau dgn ayah...''ayah nak call janda mana ni??''ayah cuma balas balik,hang tu henset ja canggih,kredit haram pun tak dak..''kami gelak sama2..

14/02
aku terkejut...tgh2 minum kat kedai ayah datang bawak adik aku...diaorng minum meja lain...jarang ayah bawah adik aku minum teh kat kedai...

dalam masa yang sama aku terasa seperti akan ada kehilangan besar dalam hidup...aku sampaikan pada kawan aku,tapi biasa la bila dah kawan dari kecil mmg kena game...diaorang ckp aku kena wasiatkan harta aku kat diaorg,sbb mgkin aku yg nak mati...

15/02
pagi tu aku bukak bengkel macam biasa,bukan bengkel moto...bengkel lanskap...aku mula buka bengkel lanskap masa umur 14 tahun...mula-mula buka sebelah rumah,kemudian aku dengan ayah buka bengkel kat tepi highway...pagi 15/02 ayah ckp nak tmbah barang kat bengkel...ayah ajak aku ke @#$ untuk beli stock barang kat bengkel,kami pergi @#$ dengan arwah pak cik mat...sampai @#$%,siap beli barang kami naik kereta,nak dijadikan cerita kereta tak boleh hidup,puas aku dengan ayah tolak kereta pak cik mat...last dah penat aku tanya pak cik..''minyak ada ka pak cik??''

arwah pak cik mat ckp ''sat aku cuba tambah minyak''

dia pun tambah minyak dan hehehehe...kereta hidup...kami gelak sama2 sampai nak jamm perut aku....

sampai kedai kami minum sama2,depan pak cik mat ayah masih bagi nasihat kat aku,ayah minta aku teruskan usaha ni...dia dah cakap..''hang tak sesuai kerja dengan orang,hang baran''

aku anggukkan shj...
ptg tu ayah masuk ronda2 ladang sawit,bertahun dia masuk jalan tu,tapi pada 15/02 dia sesat....

petang tu dia bawak mak pergi pasar malam...mcm biasa dia beli rendang limpa...dia suka sgt rendang limpa tu...tiap2 minggu dia beli...dia beli cadar putih,baju putih dgn seluar putih...bila mak tanya kenapa beli warna putih,dia jawab ''aku nak jalan jauh,aku nak p kat zana(kakak aku masa tu ada kat serawak)

8.00malam

dia panggil semua yang berhutang dengan dia dan yang dia berhutang dengan diaorang datang rumah...dia settlekan hutang2 dia...

10.00mlm

kawan-kawan aku datang rumah...malam tu kami nak pergi jamming kat kg.!@#$...
salah sorang kawan aku ni nama dia @#$...ayah aku test moto dia...ayah nak beli moto dia...sempat aku bergurau dengan ayah,''kita kongsi duit ayah,nanti kita naik moto sama2,cheq pacak,ayah sagat helmet kat belakang'',ayah cuma gelak....

11.00malam

semua dah berkumpul...kami nak gerak ke studio abg @#$...malam tu tak ada penyanyi,aku bergurau lagi dengan ayah,''jom ayah,ayah jadi penyanyi malam ni,kami bawak lagu 60an...''
ayah cuma gelak,dan suruh aku balik awal takut apa2 jadi...

12.00tgh malam

kami tgu giliran...ramai org malam tu...hati aku gelisah...lepas sebatang,sebatang rokok aku cucuh...tiba-tiba henset aku ada orang call...tengok no ayah,rupanya adik aku yang call...dia suruh balik...dia ckp ayah semput teruk...aku terus gerak balik,sampai kat area kubur cina aku call kawan aku kat @#$%^,aku suruh kawan g rumah aku...

bila sampai rumah aku tgk kawan aku dah ada kat rumah,

ayah...

terbaring kat dapur...sesak nafas...rupanya ayah jatuh dalam bilik air...aku pangku ayah,aku urut dada ayah,ayah makin tak boleh bernafas...

aku pusing badan ayah,aku urut belakang ayah...nampak macam reda sikit,kami angkat ayah letak kat ruang tamu...aku tanya ayah nak pergi klinik tak,dia cakap nak,dia suruh aku ambil beg duit dia dalam bilik...

abg @#$ pun sampai,kami bawak ayah pergi klinik,sampai klinik dr. lambat...puas aku bagi salam,tak bangun2...sampai hilang pertimbangan,aku tendang pintu rumah dia...baru dia keluar...masa ni ayah dah sesak nafas balik...

dr. bagi bantuan pada ayah...aku duduk sebelah ayah...ayah macam tak nak bantuan pernafasan tu...dia tolak...ayah macam nak cakap sesuatu kat aku...masa ni,hanya ALLAH yang tahu...hati aku...sedih yang amat sangat...

abg aku yang sulong sampai...abg @#$ suruh aku keluar dulu...tinggal dia dengan abg @#$...

tak sampai 10 minit abg @#$ keluar dari unit kecemasan tu...dia panggil aku...dia peluk aku...abg @#$ bisik kat aku...''ayah dah tak ada'''

ALLAH.......

aku jatuh...aku tak sedar...kawan-kawan aku pangku aku...aku menangis....aku sedih...nasib aku...kawan2 aku kebanyakkan nya dah lalui saat ni...diaorg bagi semangat pada aku...alhamdulillah...aku terima...

memang bagai telah dia tahu...malam tu kami adik bradik semua tak ada kredit dalam henset...aku guna henset ayah untuk call semua adik bradik dan sanak saudara....

16/02
aku hilang seorang ayah....aku hilang seorang guru....aku hilang seorang kawan...aku hilang seorang sahabat....aku hilang tempat mengadu....aku hilang tempat bermanja....

YA ALLAH...kau ampunilah segala dosa ayah ku...kau tempatkanlah ayah bersama orang2 yang beriman...

selepas ketiadaan ayah...hidup aku bagai hilang arah...tempat aku mengadu telah pergi selamanya...
hingga lah suatu hari seorang hamba ALLAH datang jumpa aku...dia salah seorang kawan lama aku...dia ajak aku ikut dia...katanya joint group dia...
segala modal dia yang siapkan...aku hanya pergi untuk angkat sumpah..
cara yang agak pelik...kena bersumpah depan @#$%^&*(...
kami kena minum dalam satu magkuk yang sama...sebelum itu ada syarat,cuma cukup lah setakat ini aku ceritakan tentang itu...sesungguhnya aku rasa amat-amat menyesal...

selepas dari hari itu,kehidupan aku mula berubah...aku diangkat sebagai sayap kanan untuk negeri !@#$%^...aku terima,kerana nama dan kuasa...aku makin jauh dari jalan hidup...jiwa aku makin hari semakin kotor...bermacam-macam perkara aku lakukan...cuma bila balik kampung,aku berpura-pura baik...aku masih mahu menjaga air muka kedua mak dan arwah ayah aku...

sampai satu ketika aku mula rasa bosan dengan dunia ini...segala arahan dari @#$% @#$%^& aku terima...yang untung dia...aku???
aku jadi penderhaka...

aku mula buat cara aku...aku hilang hormat pada dia...sampailah masa aku hilang segala...

terjadi pentengkaran diantara aku dengan !@# $%^&*...kami bergaduh...sama-sama tumbang...bila aku sedar...aku dah dikurung didalam g!@$....

aku dapat dengar dengan jelas yang mereka nak tamatkan nyawa aku...
dapat aku dengar bunyi aliran sungai yang mengalir...
dapat aku dengar butir bicara mereka...

''kita potong dulu baru buang!!!''

YA ALLAH...aku mengeletar...aku tahu sebentar lagi aku akan mati...nyawa aku bagai dihujung tanduk...
pertama kali setelah dewasa aku terkencing dalam seluar...
sebentar lagi aku akan merasai mati...
pada siapa aku harus mengadu...
HANYA ALLAH....

''YA ALLAH...kau hantar lah bantuan untuk aku...aku belum bersedia untuk mati...aku terlalu banyak dosa...berilah aku peluang untuk bertaubat....''


tiba-tiba aku terdegar deringan handset salah seorang dari mereka...dari cara dia bercakap,dia kenal akan siapa yang handset tadi...dan dia hormat pada orang itu...
aku terasa ada orang pegang g!@# yang membungkus aku...dia buka ikatan g!@#...aku dia keluarkan...
''kau balik,jangan buat hal lagi,nasib kau ada orang nak ambil kau''
mereka hantar aku sampai kesimpang jalan masuk ke kampung aku...
setelah mereka pergi meninggalkan aku,disitu juga aku bersujud...
YA ALLAH betapa kau MAHA PEMBERI RAHMAT...
bertahun setelah kejadian itu...aku berubah...
hinggalah aku berkahwin...
aku mula kembali pada khidupan gelap...
lantaran kesesakan wang ringgit...
aku kembali pada dunia gelap.....
....bersambung...

Monday, May 16, 2016

JHW FAMILY

AKU RINDU KALIAN...
MAAFKAN AKU TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN DUNIAWI...

https://www.facebook.com/mohdismail.disa/videos/1158708810828920/

DARI TIADA KEPADA ADA KEPADA TIADA PART 2



    

''aku tetap tunggu kat luar,sambil jalan-jalan sekitar kawasan tu..tengok-tengok patung buaya...

sampai la pejabat tutup aku masih terpacak kat situ...dia???

ghaib tak dapat dikesan...

aku???

hilang arah...

aku tak pernah kesini...

duit dah habis...sebab dia janji kat singapore nanti makan dan tempat tinggal majikan akan bagi...
sehingga lah lewat malam...aku tersedar....aku kena tipu???
ALLAH...mana arah aku nak tuju???pada siapa aku nak mengadu???

ALLAH....
aku hilang arah...dengan pakaian sehelai sepingang...duit yang berbaki rm3...
aku berkelana seorang diri...aku mengenang nasib diri...terkenang akan kedua mak dan ayah aku...
ALLAH....

malam itu aku tidur di tepi jalan,kalau tak silap aku di kawaasan jalan taat...

aku tersedar awal pagi...
termenung...apa yang aku nak buat...aku buntu yang teramat sangat....ini bukan tempat aku...aku hilang arah....aku lupa untuk meminta pada yang MAHA BERKUASA...
siangnya berbekal baki duit yang ada aku hanya mampu beli air...kerana belum tentu nasibku esok hari...hingga lah hari yang ke 3...duit telah habis aku belanja kan...aku kelaparan,aku dahaga...pada siapa aku harus meminta???

aku tekad untuk meminta dari seorang tauke kedai makan milik orang berbangsa aku...
dihalaunya aku...kata mereka aku ni gila...aku tak salahkan mereka,keadaan aku yang membuatkan mereka kata begitu...dah 3 hari tak mandi,dengan pakaian yang kotor...
tetap aku tadahkan tangan...hingga kini masih aku ingat kata-kata aku kepada dia,aku merayu meminta,hanya untuk seteguk air...
''bang,kalau abang geli nak bagi saya pegang cawan abang,abang tuang lah air dalam tapak tangan saya...''

aku dihalau...ada juga yang nak sepak aku...mereka bimbang pelangan geli melihat aku...

YA ALLAH...AKU REDHA...

rezeki ALLAH itu luas...

aku tinggalkan kedai tu...aku ikutkan langkah kaki...kemana mahu aku dibawa...aku hanya ikut langkah aku...sampai ke kawasan masjid...sekali lagi aku terima dugaan...

sekali lagi aku dihalau...aku tidak salahkan mereka...kerana keadaan aku...dan silap aku tidak bersuara masa tu...aku betul-betul hilang semangat...

aku teruskan perjalanan yang tiada arah...sehingga aku tercium bau laut...
aku melintasi jalan besar...aku mahu tenangkan hati...

laut...udaranya,pukulan ombaknya...ALLAH...tenang jiwa aku...

aku kembali kejalan mula-mula tadi...sepanjang jalan ramai manusia yang memandang aku...alhamdulillah ada rezeki buat aku...seorang hamba ALLAH...buang air minumannya yang masih berbaki...kelam kabut aku kutip....

YA ALLAH...nikmatnya...
KAU telah hilangkan dahaga aku buat seketika YA ALLAH...

aku seorang perokok...bila ada orang buang rokok,tak kira bangsa@rokok jenis apa,aku akan kutip...nikmat dunia....

dalam perjalanan aku,aku terjumpa air pancut...dari lantai akan keluar air pancut buat beberapa detik...dan akan hilang,kemudian akan keluar semula,begitulah seterusnya...masih aku ingat,aku duduk betul-betul tepi air pancut tu...bila air keluar aku cepat-cepat buka mulut...minum air tu...nikmatnya???
HANYA ALLAH YANG TAHU...menyegarkan...aku ambil kesempatan itu untuk basuh muka aku...
aku tersedar....

YA ALLAH dah berapa hari aku tak solat....aku ambil wuduk guna air tu...cuma makan masa sebab air tu ikut turutan masa untuk keluar...tak sempat habis ambil wuduk sekali lagi aku dihalau...aku lari...sampailah aku rasa aku selamat...masa ini aku rasa semua orang bencikan aku,semua orang musuh aku...

dalam perjalanan yang tiada arah...aku kelaparan...aku ternampak tong sampah ditepi pinggir tempat duduk kawasan orang melepak...aku dah tak ada rasa malu...aku selongkar tong sampah tu...alhamdulillah...
ada separuh burger yang orang buang kat dalam tu...walau dah busuk masam tapi mungkin hanya itu rezeki aku...aku makan...dan ALHAMDULILLAH YA ALLAH...KAU TELAH KENYANGKAN AKU...
menitik airmata aku...terkenang masa aku dirumah...berapa banyak makanan yang aku bazirkan...
YA ALLAH AMPUNKAN AKU...

aku teruskan perjalanan tanpa arah aku...
sampai ke kawasan hiok nee hinggalah ke trus...ramai orang cina dikawasan ni...

malamnya aku tidur disatu lorong,dibelakang bangunan...sedang tidur,aku tersentak bangun..

SENAK...bagai hilang nafas aku...
bila aku buka mata ada seorang hamba ALLAH tengah merenung tajam pada aku...
aku ditengkin,aku dimarah...diantara kata-katanya yang masih aku ingat...''kau p@#$%???''

aku merayu memohon maaf...kali pertama aku berkata-kata selepas aku dihalau tauke kedai makan tempoh hari...

aku perkenalkan diri aku...hingga hamba ALLAH itu berubah air muka...dia duduk sebelah aku...dia memperkenalkan diri...
''nama aku @#$ BOTAK...''
aku ceritakan apa yang terjadi pada dia...dari A-Z...
alhamdulillah terbuka hati dia untuk mempercayai aku...
rupanya dia berbangsa cina,pernah memeluk islam,namun sayangnya murtad semula...
dia ajak aku ikut dia balik rumah,masa mulakan langkah ikut dia baru aku perasan,rupanya dia tak datang seorang diri...ramai anak buah dia ikut bersama...tapi aku???
aku terima layanan baik dari abang @#$ botak....

bermulalah kehidupan baru bagi aku...dunia baru...

aku bekerja untuk abang @#$ botak..aku tinggal serumah dengan dia...satu yang paling aku kagum dengan dia...walau keadaan dia macam itu,kerjanya seperti itu...dia masih menjaga ibunya...

dia pernah nasihat aku...
''walau siapa lu,lu kena ingat tak ada lu punya mak,lu tak jadi serupa sekarang''

kerja aku mudah,hanya bawa album gambar dan walking talking...pergi ke setiap kedai,sasaran orang muda dan muka-muka yang mencari jalang...
cukup sampai disitu...mungkin semua dapat meneka apa pekerjaan aku...

gaji aku??
tak habis guna...
dari makan sampai bab pakaian,semua abang @#$ botak tanggung...

walau kerja aku macam tu,aku masih terlindung dari bahana arak...
aku terselamat dalam bab tu...tapi bab lain...ALLAHHURABBI...MOGA ALLAH AMPUNKAN DOSA-DOSA AKU...

sehingga lah aku mahir akan selok belok dalam perniagaan hitam ini...
satu hari aku tersedar...
macam mana aku tersedar???

LAUNGAN AZAN SUBUH...

album ditangan aku terjatuh,aku terduduk....aku tersedar...
YA ALLAH BERIKANLAH AKU KESEMPATAN,PELUANG KEDUA...
AKU MANUSIA PENDOSA...

balik kerumah abang @#$ botak dah tunggu aku...rupanya setiap gerak geri aku ada yang memerhati...dia tanya apa masalah aku...
aku hilang punca nak jawap...hanya yang keluar dari mulut aku...
AKU RINDU...
aku rindu pada mak dan ayah aku...
aku mohon untuk balik ke kampung halaman aku...
dia berkeras tak bagi...dia tak mahu aku hidup susah...

''wa nak lu jadi kanan wa...lu duduk sini..apa lu nak lu cakap''

tapi bila aku cakap aku nak mak aku...dia terkedu...dapat aku lihat air mata dia bergenang...

''sifu,bagi wa peluang nak jaga wa punya mak macam lu...''

dia peluk aku...
''wa lepas lu bukan sebab wa tak percaya sama lu...lu pergi sana lu jadi orang''

dia juga bagi gaji aku untuk bulan tu...dia halau aku balik...
''lu susah lu cari wa...lu punya abang ada sini''

YA ALLAH AKU BERSYUKUR PADA MU,KAU BERI AKU PELUANG INI YA ALLAH...

kau lah yang menetapkan semua ini...tanpa terjadinya peristiwa ini,aku tidak kenal akan yang dikatakan makhluk itu seperti mana,hati itu berupa apa...

KAU LAH YANG MENETAPKAN PERJALANAN AKU INI...

pada hamba ALLAH yang menipu aku...aku telah lama maafkan kau...walau pada mulanya aku marah,namun aku sedar ini ketentuan YANG MAHA ESA...RABB YANG AMAT BESAR RAHMATNYA...

moga kau berbahagia bersama isteri dan anak-anak kau...

Pada abang @#$ botak...andai kau terbaca kisah ini...hanya satu mahu aku sampaikan...

TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR AKU ERTI HIDUP...walau dengan cara kau...banyak yang dapat aku belajar...bab niaga??aku ingat apa yang kau pesan...
''biar rugi sikit,jangan lansung tak ada untung''

''MAK KITA SEGALANYA UNTUK KITA''
ayat lu wa simpan sifu...

sampai rumah aku menangis semahunya...menatap wajah mak dan ayah...
TERIMA KASIH YA ALLAH...

namun ini lah yang dikatakan perjalan hidup...bertahun selepas itu aku kembali kedunia gelap.....

...bersambung....


Sunday, May 15, 2016

DARI TIADA KEPADA ADA KEPADA TIADA

ASSALAM...
alhamdulillah...bertemu lagi kita diruangan ini...
aku yang suka bercerita...
bukan untuk membuka aib sesiapa...
hanya sebagai kisah dan tauladan buat semua...

KISAH BAGAI HIDUP SELEPAS MATI...

kisah dari sahabat kepada sahabat(kebenaran untuk kongsi bersama)

''aku dari keluarga yang agak susah...susah dari segi keperluan wang ringgit...tapi aku kaya dengan kasih sayang kekeluargaan...hidup aku dulu tak macam sekarang...walau sekarang tak kaya,ALLAH bg aku rasa senang....rumah aku dulu pun bukan macam sekarang,dulu lantai rumah aku buka simen,tapi tanah...tanah yang dimampatkan...arwah ayah aku buat pemampat tanah dari plat besi yang agak tebal...balik sekolah je tu la kerja yang dia suruh kami adik beradik buat...
pintu utama pulak,boleh cabut-cabut,sendal dengan kayu...
ayah...ayah banyak mengajar aku erti hidup...memjadi seorang pejuang di alam tumpangan ini...
emak...hanya ALLAH yang mampu balas kasih sayang yang dia berikan pada aku...
aku seorang anak yang agak degil dan keras hati...apa yang aku nak,aku akan cuba dapatkan...
pernah aku teringin nak beli kereta control...balik sekolah aku keluar cari tin,pokok-pokok hutan...hasil dari jualan aku dapat beli...
aku pernah merasa bagai mati hidup semula...pertama sekali masa umur aku 12 tahun...
aku selalu mandi sungai,alasan yang aku bagi kat mak aku ''cheq p kelas fardu ain mak''
satu hari,masa aku tengah mandi kat kasawan yang agak dalam,kaki aku kejang,aku tak boleh berenang,aku makin tengelam...masa tengelam tu aku ternampak wajah ayah dan mak...aku semakin hilang kudrat...sampai kaki aku dapat rasa pasir di dasar sungai...aku macam dah hilang harapan...dah makin tak boleh tahan nafas...mata aku terpejam...
sunyi dan sepi...aku seperti berada di satu ruang yang amat-amat asing...hilang segala tenaga...
tiba-tiba,bagai ada suatu yang menyentak kaki aku...aku bagaikan baru tersedar dari tidur...aku kembali bertenaga...aku cuba melawan dan naik ke permukaan sungai...alhamdulillah...aku nampak cahaya...hingga tangan aku terkena pada batu hidup di tepi sungai...walau aku muntah air...aku lega...aku ada peluang kedua...
setelah aku cukup tenaga untuk berdiri,aku balik ke rumah...bila nampak je muka mak,aku rasa macam nak menangis...aku banyak tipu mak,tengok muka ayah lagi aku sedih,ayah bersusah payah cari rezeki,ajar aku,bagi aku sekolah,akhirnya aku tipu ayah aku...
aku mohon ampun pada mak dan ayah...
cuma mak dan ayah hairan kenapa tiba-tiba aku minta maaf....


tidak sampai disitu...
sekali lagi aku rasa bagai mati hidup semula...
suatu hari masa aku tengah kerja dekat sawmill(masa ni umur aku 16tahun),ada sahabat datang bagitahu yang mak aku kena gigit dengan beruk...
kelam kabut aku balik,bila sampai mak tak ada,ada orang bawa mak ke klinik...aku tunggu mak kat kedai(masa ni mak aku niaga kedai makan)...
bila mak sampai aku terus tengok mak...rupanya kaki mak aku yang kena gigit dengan beruk...putus urat kaki mak aku...teruk juga...lama jugak mak tak boleh jalan...dalam masa yang sama,ayah pula kena asma,sampai tak boleh bangun...
aku jadi pening masa tu..sebab punya pendapatan keluarga makin kurang....akhirnya aku minta izin dari ayah untuk keluar kerja di luar...
dengan linangan air mata...ayah pegang tangan aku...hati aku hanya ALLAH yang tahu...seumur hidup aku itulah kali pertama air mata ayah tumpah didepan mata aku...
ayah minta maaf pada aku...aku cuba tahan air mata aku...aku cuma cakap ini memang dah jadi tangung jawab sebagai seorang anak...
masuk je bilik aku,aku menangis semahu-mahunya...
biarlah hanya ALLAH yang tahu...

aku keluar cari kerja...mula-mula ke kuantan...yang ini biarlah aku simpan..tidak banyak yang terjadi,hanya kisah-kisah nakal anak-anak remaja...

satu hari aku balik ke kampung,dapat cuti 3 hari...masa aku kedai,aku jumpa seorang hamba ALLAH,orang kampung sendiri juga..dia tawarkan aku kerja di singgapura...aku berminat...
modal yang diperlukan rm1.5k...mungkin bagi kamu semua kecil...tapi bagi aku itu modal yang besar...aku janji cukup modal aku akan jumpa dia...

kembali bertugas...hingga cukup bulan...setiap bula aku akan ikat perut kumpul modal nak ke singgapura...cukup je modal,aku berhenti kerja senyap-senyap...

balik kampung aku terus cari hamba ALLAH tadi...
katanya 2-3 hari dia akan hantar aku kesana...
gembira tak payah cakap,gaji yang dijanjikan 1,600 dolar singapore...
tepat pada masanya kami pun bergerak ke johor...sampai sana dia bawak aku ke pejabat imgresen,nak buat passport katanya...tapi aku dia suruh tunggu kat luar...dia masuk dalam...
tak sampai 15minit dia keluar semula...dia minta duit dan henset...katanya henset dia beteri habis...
aku bagi apa yang dia perlu...beg baju semua ada dalam kereta dia...
dia masuk dalam...aku tetap tunggu kat luar,sambil jalan-jalan seketar kawasan tu..tengok-tengok patung buaya...
sampai la pejabat tutup aku masih terpacak kat situ...dia???
ghaib tak dapat dikesan...
aku???
hilang arah...
aku tak pernah kesini...
duit dah habis...sebab dia janji kat singapore nanti makan dan tempat tinggal majikan akan bagi...

....bersambung......