klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Monday, January 30, 2017

PENCARIAN


ASSALAM...
ALHAMDULILLAH...
dapat sekali lagi kita bertemu diruangan ini.ruangan dan garis usia perjalanan dalam pencarian dan pembelajaran,melalui pelbagai cara,daya keilmuan dan kefahaman itu diperolehi....

kefahaman memalui sesuatu perkara itu berdasarkan keilmuan masing-masing...
makin ia terbang tinggi...makin ia halus dalam mentafsir dan memahami segala sesuatu yang datang dalam hidup...

kisah guru@cikgu...

kisah ni jadi bertahun yang sudah...semasa kisah ini terjadi,ramai diantara mereka ini masih boleh aku berbicara,masih boleh aku bergurau senda...masih boleh aku meng'aminn'kan doa mereka...

seperti biasa selepas berpenat lelah di bengkel,aku balik berehat...tengah lepak depan rumah...tengah sedap melayan kopi o bersama surya...hehehe...datang seorang hamba ALLAH yang amat-amat aku rindui saat ini...ayah...bila dah duduk sekali bertentang mata...macam-macam kata nasihat ditaburkan...aku cuma pasang telinga walau kadang-kadang berdesing juga telinga ni...bila tengok ayah dah slow...boleh layan kopi sekali,aku mula bertanya...

''ayah,macam mana nak cari guru??''

soalan yang mudah...kerana semasa itu keghairahan aku untuk menuntut keilmuan-keilmuan dalam bidang pencarian dalam hidup ini amat-amat tinggi...

jawapan yang aku terima tidak seringkas soalan yang aku bagi...

''dalam nak berguru ni kena pastikan dulu guru yang hang nak cari...bukan guru yang cari hang''

''P mengaji pondok,kalau orang dulu bayaq dengan kudrat,dengan keringat,dengan taat setia...lagu tu jugak la kalau hang nak cari guru,kalau guru yang cari hang,sama macam guru yang hang p belajaq kelas tambahan,kena bayaq...dia mai cari mak pak,kena bayaq untuk usaha dia...dalam bab nak belajaq ilmu atas dunia ni kira dah bagus,tapi kalau guru dalam pencarian tu boleh kita kata jual ilmu...''

''ada beza yang besaq diantara kedua jenis guru ni tadi...kalau cikgu sekolah.sebelum dia jadi cikgu kat sekolah,guru besar tengok dulu,dia ni belajaq kat mana??dia p 'U' mana dulu,berapa tahun dia belajaq,keputusan dia belajaq tu layak tak untuk dia jadi cikgu...''

''sama juga macam guru-guru yang hang nak cari...tanya dulu sanad dia...kalau sanad ilmu dia pun tak tau,berkawan la...kot-kot boleh sama-sama ubah...berguru??? hang kena cari yang lain pulak...

''hang kena ingat,murid cari guru,bukan guru cari murid''

Ya...kata-kata itu aku gengam sehingga kini...

kefahaman seseorang bergantung kepada keilmuan seseorang...

seorang kanak-kanak yang baru mula mengenal huruf...apabila kita tunjukkan abjad 'A',dia akan nampak 'ayam','apple' beberapa lagi perkara yang berkaitan huruf 'A' seperti yang diajar oleh cikgunya....

lain pula pandangan dan kefahaman seorang dokter...'A' mungkin kefahaman nya tentang jenis darah...
begitu jugalah pandangan dan kefahaman orang lain tentang huruf 'A'..bergantung atas keilmuan masing-masing...

saya bagi satu lagi contoh...

'SEPAK'

sahabat semua baca macam mana???

satu ejaan yang mewakili dua jenis gerakan tubuh yang berbeza..
sepak(gerakan mengunakan telapak tangan,hasil gerakan keseluruhan tangan)
sepak(gerakan mengunakan kaki,hasil gerakan seluruh kaki)
namun kedua gerakan terhasil bermula dari pangkal...

satu lagi contoh....
semasa dibilut...masa ni kami buat program mengenal akar kayu,seorang hamba ALLAH ni pun turut serta...tengah sedap bersembang bab solat,dia kata ''solat kita ni sekali je diterima''...
ramai yang buat akal kefahaman sendiri,disini lah yang dimaksudkan tentang kefahaman itu atas keilmuan masing-masing...ramai yang cakap hamba ALLAH ni gila dan sesat...tak kurang juga ada yang dah mula menabur cerita,ada juga yang dah mula rasa dialah ''hakim''..

ayat yang mudah dan senang dilafaz,namun kefahaman itu bukan semua yang faham...

saya cuba bagi jawapan mudah,moga-moga sahabat semua dapat memikirkannya...
hamba ALLAH tu cakap,''solat kita ni sekali je diterima''
adakah kita hanya perlu solat sekali sahaja dalam hidup??

jawapan mudah dan ringkas yang saya nak bagi...

KITA TAHUKAH BILA SOLAT KITA DITERIMA???
insyaallah cubalah sahabat semua jawap pada diri sendiri....


pesan bentara guru...
hendak berguru...
belajarlah dulu langkah seribu...
cukurlah seluruh bulu ditubuhmu...
buanglah sepuluh sifat jelek dalam dirimu...

di akhir tinta ini saya nak kongsikan kata-kata dari seorang hamba ALLAH,yang menjadi guru,mentor dan tempat saya menumpang kasih dia sebagai ayah....

''YANG KITA TAK TAHU JANGAN DI ANGGAP SALAH,
YANG KITA TAHU JANGAN DI ANGGAP MUDAH,
BELAJARLAH APA YANG KITA TIDAK TAHU,
AGAR KITA TIDAK KELIRU''


setakat ini dulu perkongsian kali ini...
insyaallah...andai masih diberi kesempatan daya dan usaha kita bertemu lagi pada perkongsian akan datang...

''INGAT,BERGURU BIAR BERTALAKI,BUKAN MENGIRIM IJAZAH DARI GOOGLE,FB DAN WHATSAP''


HIKMAH WALI OFFICIAL
0172935739
sama-sama kongsi
sama-sama rasa