klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Monday, January 18, 2021

MISTIK(KETERLALUAN) EP 2 SAKA HARIMAU

 


assalam...
jom kita sambung cerita bahagian ke 2...

ASTAGA,
dugaan apakah ini...

makhluk berbulu hitam legam bertenggek di atas bahu rosli...
dengan raut wajah yang amat menakutkan...
sebelah biji matanya terjuntai hingga ke bahagian dagu...
dengan taring yang panjang...
muka bagai dilumuri darah...

AKU KENAL WAJAH INI!!!

dalam hati,perasaan marah dan sedih bercampur baur...
marah pada si tuan nya makhluk tadi...
sedih melihat keadaan rosli...

SEPERTI dia tahu...
rosli minta aku ikhtiarkan.
..

AKU teruskan dengan membuka nama,segala punca perlu dahulu aku dapatkan...
pertama yang melintas adalah MAKANAN...

KEMUDIAN kawasan terpasaknya makhluk itu...

AKU minta anak rosli sediakan limau purut beserta bunga...

sememangnya kemana saja aku pergi akan aku bawa bahan ikhtiar yaitu minyak hikmah wali pemberian sahabat aku...

persediaan perlu dilaksanakan untuk berikhtiar mandi hilat...





KISAH ROSLI....
aku kenal rosli dah lama...sudah berpuluh tahun...
kami punya minat yang sama...
masuk ke hutan...
mencari rezeki-rezeki hutan...
mencari teras dan akar-akar kayu...
untuk apa?

untuk buat ikhtiar bagi sahabat-sahabat yang memerlukan...
sambil-sambil tu kami sama-sama menikmati keindahan alam dan kebesaran ALLAH SWT...

DALAM banyak hal tentang hutan aku pelajari dari rosli...
dia amat arif tentang ilmu hutan,teras dan akar kayu...
begitu juga dalam keilmuan GHAIB...

BANYAK peristiwa pelik yang pernah aku lalui bersama rosli...
kami pernah sesat bersama didalam hutan...tidak jumpa jalan untuk pulang,sedangkan hari semakin gelap...

aku dapat tengok cara rosli berikhtiar...
di ambilnya daun kering bersama ranting pokok..
daun diramas sambil rosli membaca sesuatu...yang aku dengar AL FATIHAH...

KEMUDIAN,daun yang diramas tadi digosok pada ranting..
semasa rosli mengosok ranting kayu,terdengar suara seakan-akan wanita menjerit..
nyaring dan garau suaranya..
dengan lantang rosli bertempik..
''KAU NAK BUKA JALAN ATAU AKU TIBAI(pukul) KAU??''

''AHMAD,AZAN!!''

aku sendiri terkejut ditengkin rosli...

tanpa banyak membuang masa aku terus AZAN...

disetiap baris azan,rosli akan libaskan ranting kayu tadi..

suara aku berselang seli dengan suara teriakkan makhluk tadi...

selesai azan,rosli cabut 4 batang anak pokok yang ada disekeliling kami...
dibaca sesuatu pada anak pokok tersebut,dan rosli pacakkan ke empat-empat anak pokok tadi disekeliling kami secara terbalik,yakni akar diatas,pucuk dibawah...

TIBA-TIBA muncul didepan kami pokok balak yang amat besar...

rosli dan aku melompat kebelakang...

''NAMPAKNYA ''DIA BETUL-BETUL mencari geruh''

Rosli mula buka langkahnya...
ALIFF,BAA,TAA..

sambil melangkah ke arah pokok balak tadi,dia membaca sesuatu...
dengan hanya berkaki ayam...

apabila sudah betul-betul berada dihadapan pokok tadi...rosli sekali lagi bertempik...

ALLAHHUAKBAR!!!

dalam masa yang sama dia menampar pangkal pokok tadi...

tamparan itu bukan seperti tamparan yang selalu kita gunakan...lebih kepada cakaran...
tersiat kulit pokok balak,mengalir darah merah kehitaman dari tempat cakaran...

terkedu aku dibelakang....

YA ALLAH selamatkan lah kami...

ROSLI melompat kebelakang...

pokok yang sebesar besarnya tadi hilang dari pandangan...
apa yang ada dihadapan kami kini hanya denai jalan...

''JOM''
panggil rosli setelah melihat aku masih lagi kaku...
tak sampai 10 langkah...kami dah sampai ke tempat asal kami masuk hutan tadi...

apa lagi,''start'' moto dan mula la kami ber'racing' balik ke rumah....


PERNAH sekali aku bawa sahabat-sahabat aku berjumpa dengan rosli,bukan apa hanya untuk berkongsi-kongsi pengalaman...

ADA salah seorang sahabat aku ni bersuara,katanya dia ada saka harimau...
dengan senyuman rosli bertanya...
''besar mana harimau tu''

terpana sebentar sahabat aku...
tapi ego menguasai dirinya...

''ABANG NAK TENGOK KE??''

rosli hanya anggukkan kepalanya...

aku cuba menhalang,tapi sudah terlambat...sahabat aku dah mula dengan bacaannya...
dalam sekelip mata dia dah merangkak seperti harimau...
dengan wajah yang telah berubah,air liur yang mula mengalir dari mulutnya...

GAYA lagaknya seperti mahu menerkam rosli...

ROSLI masih tersenyum...
rokok surya dinyalakan...

rosli duduk di kerusi yang diperbuat dari banir balak...
dengan bersahaja dia cakar banir tadi...
bergaris banir tadi kesan dari cakaran rosli...

tiba-tiba sahabat yang sedang merangkak tadi tumbang...

aku terus papah sahabat tadi...
bismillah dan selawat...raup wajahnya...
dia sedar...
''kau ni menyusahkan orang la...''
hanya itu yang terkeluar dari mulut aku....

ROSLI bangun dari tempat duduknya...
berpaling pada kami...

''korang nak tengok harimau??"
''jangan lari''

itu kata-kata terakhirnya sebelum dia mula ''memanggil''

hanya mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu...

dari kejauhan kami semua dapat mendengar bunyi seperti dahan pohon dipatahkan...

bau hamis segera hadir..

disebalik pondok tempat kami bersembang terlihat bayangan pak belang...

melangkah lambat ke arah kami...

matanya tepat memandang kami...

lemah lulut aku...
besar sungguh harimau yang di''panggil'' rosli...
cuma sedikit pelik kerana badannya panjang dari kebiasaannya harimau...

ROSLI,tepuk tanah 3 kali...
harimau tadi melompat ke arah hutan sawit dan hilang dari pandangan...

''LAIN padang,lain belalangnya''
''jangan angkuh!''

aku faham...begitu juga sahabat-sahabat yang lainnya....


PERNAH sekali aku dibekalkan rosli sekotak rokok suyra...
masa tu aku kerumah rosli seperti biasa,menyantun dan bertanya khabar..
aku sampaikan berita pada rosli tentang keberangkatan aku ke satu majlis yang bakal diadakan di melaka...

majlis tersebut merupakan majlis pertemuan sahabat-sahabat dalam dunia mistik...

bila rosli dengar tentang ''sahabat''

terus dia tanya aku...

''kau kenal sahabat??''

aku hanya tundukkan kepala...

diambilnya sekotak rokok surya yang masih belum dibuka...
dibacakan sesuatu dan ditiup pada kotak rokok tersebut...

rosli serahkan pada aku...

''kau bawa rokok ni,nanti buka kat sana,bagi setiap seorang sebatang,yang bertukar wajah itu bukan sahabat,berkawan kerana dunia''

aku yang masih belum faham hanya anggukkan kepala...

hari yang ditunggu pun tiba...aku memandu ke melaka...tempatnya biarlah rahsia...

sampai disana...



bersambung......



No comments:

Post a Comment