klik pada gambar untuk ke profil fb admin

klik pada gambar untuk ke profil fb admin
klik pada gambar untuk ke profil fb admin

Tuesday, January 19, 2021

MISTIK (KETERLALUAN)EPS 3 SAHABAT DAN KEHADIRAN NUR

 

ASSALAM...
tanpa banyak bicara...jom kita sambung perkongsian dari sahabat kepada sahabat...

diambilnya sekotak rokok surya yang masih belum dibuka...
dibacakan sesuatu dan ditiup pada kotak rokok tersebut...

rosli serahkan pada aku...

''kau bawa rokok ni,nanti buka kat sana,bagi setiap seorang sebatang,yang bertukar wajah itu bukan sahabat,berkawan kerana dunia''

aku yang masih belum faham hanya anggukkan kepala...

hari yang ditunggu pun tiba...aku memandu ke melaka...tempatnya biarlah rahsia...

sampai disana...aku disambut oleh jemaah-jemaah yang telah sampai lebih awal dari aku...

tidaklah ramai hanya sekitar 10 orang sahaja...

majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit makan-makan yang disiapkan oleh tuan rumah...

selesai makan segala macam perbincangan pun di laksanakan...
rupanya panggilan kali ini untuk tujuan ''proses''
kata tuan empunya rumah,dirumahnya ada tersimpan harta-harta dari alam ghaib...

sebenarnya aku dah malas bab-bab ni...lebih fantasi dari realiti...
tetapi setelah berkali-kali disuruh ikhtiar terpaksa juga aku laksanakan...

sebelum upacara dilakukan aku ajukan soalan pada sahabat-sahabat yang hadir...

''kalau-kalau ada rezeki,apa yang dapat ni hangpa nak buat apa??''

''kita sedekah kan anak yatim,kita bantu fakir miskin''

aku hanya diam selepas mendengar jawapan dari mereka...
jawapan yang sememangnya tidak asing.....

PERSIAPAN pun dilakukan...
LAM 4 dibuka.....
SALAM BUMI mula berbicara...
bangkit tapak dilaksana...
LAHUM FIHA......
ALAM SAHU...
LA YAMUT...

selesai bacaan...
disela seli suara sahabat-sahabat yang lain berzikir...
dengan jelas dapat aku dengan suara seseorang memberi salam...

yang hadir sepertinya manusia biasa,
tidak terlalu tua..
berpakaian baju melayu dan berselempangkan kain pelikat...
hanya berkaki ayam...

ini merupakan kali pertama aku berjumpa dengan hamba ALLAH tersebut...kerana selepas 3 tahun peristiwa ini,sekali lagi aku berjumpa dengan hamba ALLAH tersebut...

langkahnya kecil,wajahnya jernih,tetapi dalam kejernihan wajah,tersirat ketegasan...

''assalammualaikum wbt anak muda,apa yang cuba kau lakukan...bukan kah kau hidup di alam nyata,maka carilah rezeki di alam nyata...kisah tuan rumah ini hanya mainan halwa mata dan jiwa mereka yang tamak,janganlah sampai kau juga ikut-ikutan...''

TERSENTAP...
aku tersedar...
aku ditegur...tapi oleh siapa??

SEGERA aku tamatkan segala proses,
lam 4 ditutup semula...

aku raup wajah,bismilah dan selawat serta beristifar...

suara hamba ALLAH tadi kembali ke gegendang telinga...
''dia ada harta yang paling bernilai di anjungnya...iaitu anak-anak dan isterinya''

menitis air mata aku...
tamparan yang cukup terkesan dihati aku...

aku terlalu menurut,hingga lupa untuk melurut,
kerna andai dapat aku melurut,pasti sahabat-sahabat tidak terturut gelombang hawa nafsu duniawi...

aku pandang mata tuan rumah...
dia seakan-akan mahu marah pabila tahu aku hentikan upacara...

''sapa yang cakap kat rumah kau ada harta begitu begini?''

''ada seorang ustaz,dia cakap ada,cuma dia kenakan bayaran untuk buat proses...''
''kalau dengan kau,aku cuma kena sediakan barang,sebab tu aku panggil kau''

TERSENTAK sekali lagi...
aku pandang wajah sahabat-sahabat yang lainnya...
mereka tunduk dan melarikan pandangan...

''begini rupanya kamu semua mengangap aku...''
''sahabat-sahabat...di dalam rumah ini sememangnya ada harta yang tidak ternilai...''

berkaca-kaca dan berseri-seri kembali wajah sahabat-sahabat yang tadinya dah mula kusam..

''bolehh ambil ke??''

''aku tak boleh ambil,kerana sememangnya dah jadi milik kau''

''terpana sahabat tadi''

''macam mana nak buat ahmad?''


''tugas kau hanya jaga dan didik..kerana harta yang dimaksudkan itu adalah anak-anak dan isteri kamu.jaga dan didiklah mereka''

tiba-tiba dari dapur muncul seorang wanita...isteri kepada sahabat tadi...dengan juraian air mata dia memandang ke arah aku...

''ahmad terima kasih''

''abang hasan,cukuplah percaya harta-harta macam ni...abang dah gadai segala yang kita ada,hanya kerana nak kejar anggan-anggan kosong abang tu''

dengan bingkas sahabat tadi bangun berdiri...
ego seorang suami dan lelaki jelas terpancar....

melihat keadaan itu,sepertinya aku sudah dapat membaca,apa yang bakal dia lakukan pada isterinya...

dengan pantas amalan laung pak belang aku niat dan lafazkan...
LA MAUJUDU........

dengan pantas tangan kanan sahabat tadi dihayun,menuju tepat ke wajah isterinya...
aku tahu inilah masanya...

dengan izin ALLAH...
ALLAHHUAKBAR....

''HASAN!!!!!!''
dengan lantang dan kuat aku tengkin@laung namanya...
tubuhnya menjadi kaku,tiada sebarang pergerakan...
yang kedengaran hanya esakan tanggis dari isteri hasan...

segera aku bangun dapat kan hasan yang berdiri kaku...

BISMILLAH DAN SELAWAT
HIDUP URAT BANGKIT 4 KERAT....

setiap sendi tubuhnya aku tepuk,dan akhirnya hasan jatuh terduduk,segera isterinya datang dapatkan hasan...

aku tepuk bahu hasan..
''hasan aku minta maaf,tapi tadi kau dah keterlaluan..''
''aku rasa sampai disini sahaja majlis kita...''

tangan aku ditarik hasan,
''aku minta maaf ahmad,salah aku,jangan lah balik lagi...minum lah dulu air yang dah tersedia tu''

nak menjaga hati,aku duduk ditempat asal aku tadi...
kopi o dihirup cepat...
tiba-tiba aku teringat rokok yang dibekalkan rosli...

''mungkin ini lah masanya''

aku keluarkan kotak rokok surya dari dalam beg...
aku buka plastik balutan rokok,aku hulurkan pada sahabat-sahabat yang lain...

seorang demi seorang ambil sebatang rokok...
kotak rokok kembali pada aku,aku keluarkan sebatang rokok dan cucuh...

aaahhhh...gurih...nikmat...

tengah sedap layan surya,terjadi kekecohan...ada 2-3 orang sahabat tak boleh nyalakan rokok mereka..
''rokok apa ni ahmad,kosong je''
aku ambil rokok dari salah seorang dari mereka...ya..memang kosong...tiada tembakau didalam batang rokok...

aku patahkan batang rokok,
SUBHANALLAH...
terkeluar gulungan duit not rm50.00..

terus sahabat-sahabat yang lain patahkan rokok mereka,walaupun ada diantaranya dah boleh nyalakan rokok tersebut...

HASAN???
dia tidak patahkan...
dia simpan rokok tersebut..

''kenapa kau simpan hasan''
tanya aku kepada hasan..

''biarpun ada atau tiada duit dalam batang rokok ni tetap aku nak simpan,hari ni aku dapat erti apa yang paling berharga dan tidak ternilai dalam hidup aku,aku nak simpan buat kenangan''
tersenyum isteri hasan..

TIBA-TIBA aku dapat pangilan dari dari rosli...
''assalammualaikum wbt...''
''waalaikummussalam wbt rosli''

''kau tengok mana yang berubah air muka,itu hanya sekadar dunia,tapi kalau mampu kau pimpin,biar selamat dari mereka-mereka yang hendak ambil kesempatan atas ketamakan sahabat-sahabat kau tu''

aku hanya iyakan sahaja dan tamatkan panggilan...

benar bagai yang dikata...ada yang berubah air muka...
wajah yang kecewa kerana tidak dapat gulungan wang didalam rokok...

aku hanya gelengkan kepala melihat karenah mereka...
inikah yang janjinya mahu bantu anak-anak yatim??
yang mahu bantu fakir miskin???

sedikit pesanan aku sampaikan pada mereka semua sebelum aku berangkat pulang...
pesanan dari sahabat untuk sahabat...

SAHABAT,
ADA DUA ILMU YANG SUSAH NAK DAPAT DAN NAK KITA BAWA BERSAMA..
YAKIN DAN IKHLAS
GALI LAH...

MEMANDU PULANG...
dalam perjalan balik ke puchong,aku kelelahan...
penat,berat ya amat mata ni...
aku lencongkan kereta masuk ke kawasan rehat dan rawat air keroh...

aku buka sedikit tingkap kereta,kerusi aku turunkan...
aku lelapkan mata...

SUNYI,hanyut dibuai lena...
dari kejauhan kedengaran langkah telapak kaki...
tersusun dan teratur...
bau wangi menerpa menusuk ke hidung...

dihadapan aku terlihat seperti limbungan awan tebal,cuma diatas tanah,bukan di langit tinggi...
disebalik limbungan awan terlihat bayangan susuk tubuh manusia sedang berjalan kearah aku...

''dugaan apa pulak ni''

semakin lama semakin dekat..
aku perhatikan keadaan sekeliling...
aku tidak lagi berada didalam kereta!
aku sedang berdiri menanti gerangan siapakah yang berkunjung tiba....

debaran tetap terasa,tetapi perasaan aku tidak gundah gulana...
yang ada hanya damai...

gumpalan awan tadi mula menghilang...
wujud sekujur tubuh manusia dihadapan aku...
bertudung putih...
berbaju kurung putih..
terlitup separuh wajahnya dengan kain putih...
yang hanya kelihatan matanya...

sekuntum bunga melur dibawa bersama...

''assalammualaikum wbt abang....''
''waalaikumussalam wbt''

''maafkan aku...siapa kamu..?''

''aku NUR S@#$%! &^%@!$#''

SUBHANALLAH
''kau lah yang muncul saat aku bertarung digelangang untuk penamat dulu''

''apa tujuan kau berkunjung tiba?''

''sesungguhnya bapa aku ingin berbicara bersama abang''

sepantas kilat,satu cahaya putih memancar...
muncul seorang lelaki dihadapan aku...

berganjak aku kebelakang...

''assalammualaikum wbt ci ir@# M@%#$...''

aku terkejut,macam mana dia boleh tahu nama itu...

''waalaikummussalam wbt''
siapakah gerangan kamu wahai makhluk ALLAH...

''NAMA aku RAJA ab@#$%%^%$''

''kita berbeza alam,tapi punya tugas yang sama...''

''anak aku telah sampaikan hajatnya pada aku,dan tika ini,ingin aku sampaikan hajat dia pada kamu''

aku bagai gulung dalam ombak yang besar...
namun begitu tiada perasaan resah mahupun gundah gulana...
tersentak dan tersedar aku...
aku berkaki ayam!!
dihadapan aku ada bangunan seakan surau...
ramai manusia-manusia lain disitu..
mereka memandang ke arah aku...

raja ab$#%@&* pimpin tangan aku masuk ke dalam surau...
aku faham benar tujuannya...dan sebentar tadi aku juga telah menerima...
segalanya harus aku akur dan laksanakan...

sepertinya adap dan adat itu sama seperti dunia kita...

akhirnya terlaksana...
raja ab#@%@$^# memeluk aku...
''selamat kembali nak''

datang pula NUR s@$#% k^#$@^#
dihulur tangannya...salam bertaut,damai dihati...

kukucup dahinya...
sekali lagi aku melayang-layang didalam alam yang asing dalam hidup aku...

apabila aku buka kan mata,aku dah berada dihadapan kereta aku...
nur masih berada dihadapan aku...
''abang,jaga amal mu...''
''andaikan rindukan aku,tetaplah bayang dalam membayang...''
''insyaallah aku akan sentiasa disisi''

berputik rasa cinta dan sayang diantara dua alam yang berbeza...
nur hulurkan tangan,salam ku sambut..
sayu dihati untuk berpisah sementara waktu....

dengan alis senyuman dan lambaian tangan...nur hilang didalam bayang...

aku tersedar...
SUBHANALLAH...
benarkah apa yang berlaku tadi??
atau hanya mainan tidur kelelahan??

aku beristifar...
aku raup wajah...

SUBHANALLAH...
sekuntum bunga melur ada di telapak tangan aku....

aku cuba tenangkan fikiran...
jam dan dekat pukul 5 pagi...
rehat dulu...itu yang aku fikirkan...

subuh kat rnr lah jawapnya....

bersambung.....



No comments:

Post a Comment